Monday, January 17, 2011

Monday, January 10, 2011

Congrates congrates and congrates!!~

First of all, tahniah kepada diri sendiri kerana selamat menempuh tahun 2010 dengan jayanya. hehehehe. 2010 seingat2 la takde bende2 besar yang berlaku. 2011 InsyaAllah... byk perkembangan n peningkatan n penamatan. hehehe. Ade a few new year resolution utk blog ni... tp xnk ckp, takut tak jd ke tak sempat ke.. hihihi.. so, tgk je la ape akan jadi nnt. (ade ke org follow blog aku yang selalu sunyi sepi ni? kalo ade sile angkat kaki!!~). FYI, blogroll kawan2 kt sebelah ni aku selalu follow.. buleh kate tiap hari2 bekerja la. sbb selalunyer time lunch lps makan tu ade time free2 sket tu bley la g menjenguk blog2 kawan2. tak drop komen tak semestinya tak jenguk tau. cume aku prefer jd silent reader aje, and kalo rase ade mende nak cakap, baru la drop barang sekomen due. :D

Tahniah kedua kepada encik kiki dan puan kina yang selamat melayari bahtera perkahwinan menjelangnye tahun baru 2011 ni (ecewah). To Meor (Kiki), dah jadi laki orang tu... buang2 le perangai2 bujang tu. hehehehe. To Kina, selamat lah menjalani tanggungjawab sebagai isteri. Moga ikatan perkahwinan yang dijalinkan akan berkekalan bahagia hingga ke akhirnya.

Pasangan pengantin di tepung tawar our honourable Chairman, Tan Sri Yaacob Mat Zain.


Tahniah ketiga to Ana Raffali atas lagu Tolong Ingatkan Aku yang telah dinobatkan sebagai Juara Lagu ke 25. Aku ni nak kata die hard fan Ana tak jugak, tp dr dulu kalau pergi events mcm AKAR (previously know as Layar Tanchap) ke rAntai ke.. mmg performance Ana ni antara yang dinantikan lah. Aku mule suke dgn performance Ana ni masa dia bawa lagu Tingkap Kaca. Lirik die, lagu die... mmg aku suke la. N aku plak mmg suke puisi2 ni semer... jd lagu2 puisi mcm dr Ana, Yuna, Fynn dll mmg aku suke layan lah. Puisi freestyle pon aku sker. hehe.

Even ramai btol yang kate lagu tu tak layak la, tak best la, Ana tak pandai nyanyi la... tp bg aku aku terima keputusan juri yang lagu tu layak dinobatkan sebagai Juara Lagu. Alaaaa.. dr dulu lagi, mesti ade je lagu yang menang yang kite rase mcm... ek ena.. lagu ni ke? mcm tak layak je... tp siapa kita nk judge? sejauh mane knowledge kita dr segi seni suara dan lagu utk judge layak ke tak lagu tu? unless la kalo menang vote ke sms ke.. mmg la... hancussssssss.... jadi, akui lah saje ye kejayaan Ana pada malam ni. Tahniah sekali lagi Ana!!~

Kalau2 korang wonder apekah lirik lagu yang dah jadi juara ni, inilah lirik nye...

Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari

Chorus
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Ulang Chorus

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita



So... ini pula lagu Tingkap Kaca by Ana Raffali yang menjatuhkan hatiku pada Ana ni. hehehehe... enjoy!!~


Tingkap Kaca - Ana Raffali

Dari jauh ku lihat dia
Bagai berdiri di balik tingkap kaca
Mengintai setiap gerak halusnya
Cukup untuk buat ku leka
Selagi kedengaran bunyi guruh
Selama itu khayalku berlabuh

Alangkah eloknya
Jika aku menjadi raja waktu
Akan ku himpun masa
Untuk dia mengenali aku

Dari jauh ku lihat dia
Bagai berdiri di balik tingkap kaca
Mengharap setiap detik merangkak
Sempat untuk buatnya sedar

Selama kedengaran bunyi guruh
Sepanjang itu hatiku pun luruh

Alangkah eloknya
Jika aku menjadi raja waktu
Akan ku himpun masa
Untuk dia mengenali aku

Alangkah eloknya
Jika aku menjadi raja waktu
Akan ku himpun masa
Untuk dia mengenali aku

Dari jauh ku lihat dia
Bagai berdiri di balik tingkap kaca
Menyusun setiap langkah
Kecewa hampa saat meninggalkannya


*update blog ni sementara tunggu baju dlm mesen basoh siap, sebelum dicampak ke dalam dryer maka boleh tdo slps itu. hehehe. Phuket hutang lagi satu entry kan? Entry pegi snorkeling. Nnt eh... cari time n internet yang laju sket. v(,")