Tuesday, July 14, 2009

bila perut meragam

Hari ni aku MC. Sakit perut. Sgt seriyes. Dr mlm smlm mula, rasa mcm nk g spital dah mlm td. Pagi g klinik, doc kasik mc 1 hari. Lepak rumah dan sampai skrg masih sakit sikit2.

Aku rase sbb yong tau foo kakak van kt blkg ING tu. Pekerja indon die sgt slow dan tak cekap. Tanak dah beli makanan kat situ.

Ahad ari tu ai beli dumbell baru. comel tak?



Sunday, July 5, 2009

Hari ini saya bersenam di pagi hari

Entry ni banyak gambar. Tibe semangat semacam ari ni. Gamba fresh dr memory card. Tipu, masuk photoshop sket je, level and crop.



Pagi Ahad nan syahdu. Awal2 dah bangun, pagi ni dah plan nk g jogging same2 parents and adikku. Malas nk g jauh2, kami ke Central Park Setia Alam saje. Dah puas berpeluh, kitorang g breakfast dkt Old Town dkt2 rumah ni, btul2 dekat. Mula2 mak mcm nk ajak g umah abang2 kus (mmg dkt sgt la rumah diorang dgn central park tu, jalan kaki pon bley), tp malas plak nk kacau diorang pagi2 Ahad ni.

Lps makan, dah sampai rumah tu saje2 la tgk hasil tanaman mak bapak gua tuh. Wah, dah ade yang dah berbuah, yang dah nak berbuah pun ade. Teruja kejap tros capai Lola and attach 50mm.


blue sky

peria dah berbuah

available light plak

bayam baru semai

cuba teka ni pokok apa? sapa teka betul dpt hadiah!!

Nananananassssss....

bunga peria

terung yang suda berbuah

bendi yang suda mau berbuah

kasihan la pokok naga gua. masih dlm tong cat.



Pokok2 yang sedia ada pun dah mula berbuah. Tak lama lagi masak2 dan besar2 la buah2 nye.

cermai berbuah lagi


belimbing buluh

aku tatau ni pokok ape. tapi jiran aku tanam. mcm pokok hiasan la.



my dad's new ride. MYVi SE full spec. kaler je tak pearl white, kalo tak mmg complete abes. Best kete ni, and I am jeles. Orang dah pencen bley afford kete ni, dan aku hanya afford...

kotornye kete aku.


kasut gym aku pon dah kotor pasal td pakai g Setia Alam. Gatal, sape suro pakai kasut ni. heh!!~

merapu je ari ni. mood memetik dan mengupdate mcm best. Nnt mlm kalo mood ni berterusan aku update pasal trip ke Padang. Hehehehehe. kalau la......

Friday, July 3, 2009

Aktiviti mase lunch hour





Skrg aku dah ade aktiviti baru. Jadi sape2 yang carik aku time lunch tu mmg mintak maaf la ye. Im busy. hehehehehe.

Thursday, July 2, 2009

Essence of human


uiceh... title mmg takleh blah. hehehe.

I love taking portraits. Bagi aku pada potret seseorang kita boleh tgk mcm2 emosi dan essence di dlm diri seseorang tu. Hari ni kt opis aku telah beri khidmat sosial secara sukarela, mengambil gambar untuk sistem HR yang baru. Sbnrnye, dah lama juga kiotrang mintak gambar passport dr staff, tp biasa la... ada yang cuti lama, ada juga yang takde gambar. Takkan nk g kedai bayo 10 hengget semata2 sbb nk kasik gambar kan?

Tak la ramai yang dtg menyerah diri (hehehehe), aku enjoy amik gambar diorang dan aku harap diorang pun enjoy dgn gambar diorang. Tp gambar2 ni tak cuci pun, just softcopy for the system. And aku pon xde kasik diorang gambar ni. kalo nk kene bayo. hehehe.

Gambar aku kat tgh tu di candid oleh budak opis aku. Aku suro die amik gamba aku, die g candid plak. Chet!! tp mcm comel plak (matila perasan).

Gambar2 masa bengkel ahad hari tu aku dah edit. Kat facebook dah upload. Kt photoblog aku nnt la aku upload.


comel tak ai.~*

Tuesday, June 30, 2009

Bengkel Wedding Photography Professional by Ahmad Fairus (MyPhotographer)

Nampak tak aku yang tgh eksyen dgn 2 album? hehehehe.


Phew.... lotih aku. Ahad ari tu seharian aku join kursus Ahmad Fairus ni. Sape yang tak kenal Ahmad Fairus aka AF ni, kene selak kamus professional wedding photographer kt Malaysia ni. Salah seorang ahli Click Couture, kire sebaris la dengan nama2 besar seperti Saiful Nang (CandidSyndrome), Fairuz Ismail (Avicenna), Syahrin Aziz (WeddingDiaries) dan lain2.

Sbb aku malas (hehhehehe), aku copy paste je report aku dr forum DF.




Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.

Siang tadi telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Wedding Photography Professional by Enche Ahmad Fairus. Program bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada lewat petang. Majlis dimulakan dengan sepatah dua kata dr pengasas DuniaFotografi, Enche Adhadi.

Antara isi kandungan bengkel adalah pengenalan kepada asas wedding photography, cara2 dan tips2 utk shoot acara2 dalam sesuatu majlis perkahwinan cthnya acara merenjis, makan beradab, potong kek dan family photo. Penerangan diberikan secara teori beserta latihan menembak secara amali dan latih tubi dari peserta2 yang diselia/dikritik oleh Enche AF sendiri secara individual. Pada sesi ptg pula peserta2 dibawa ke Wetlands Park utk pembelajaran dan latihan shoot gambar semasa pengantin berarak dan sedikit sesi outdoor photography.

Disepanjang bengkel, peserta boleh bertanya sebarang soalan dan Enche Ahmad Fairus juga tidak lokek berkongsi tips dan ilmu2 dlm wedding photography. Sesi amali yang dilakukan mengukuhkan lagi pemahaman peserta2. Terdapat juga pemilihan gambar2 terbaik dan pemenang menerima hadiah berbentuk album (yeay saya menang 2!!! )




Yaaaa!! Aku menang 2 hadiah untuk best photo. Aku rase photo aku xde la best pon, byk kelemahan. Lg pulak masa tunjuk photo tu untuk dinllai oleh Ahmad Fairus kami cuma tunjuk kat lcd kamera aje. Tak sangke aku bley menang, dpt hadiah album 2 biji. Alhamdulillah.

Lps abes kelas tu, kami dinner di precint 9, tak ramai dah mase tu, ade dlm 9-10 org termasuk model pengantin. AF belanje makan, terima kasih bro!! Masa kat food court tu AF siap tanye aku, ok tak? ada menang hadiah tak? aku pelik2 la... dah kasik aku 2 biji, pastu tanye menang ke tak plak. Pastu la die bgtau, die mmg pilih tanpa prejudis, takde bias. Mane yang ok di mata die, tu die pilih. Adeh, terharu dan teruja aku tros.

Aku harap lepas ni aku akan makin berani untuk shoot wedding. Nak shoot wedding ni bukan senang, tanggungjawabnye besar. Mcm trend skrg, org beli kamera dan amik gambar wedding. Bg aku, amat penting utk penuhkan ilmu di dada dulu. Dr asas2 fotografi mcm setting2, composition sampai ke ilmu cara shoot wedding.. apa gambar2 yang wajib, do and donts, dan juga editing. Mula belajar dgb tag along orang2 yang lebih berpengalaman, sedut ilmu2 dr diorang. Baru la kita boleh acquire skill yang betul utk shoot wedding. Moment paling penting woo dlm life seseorang. Kalau wedding kita sendiri gambar2 hampeh padahal dah bayar mahal2, rasa bengang tak? Sama la mcm pengantin2 kita nnt. Renung2 kan.

InsyaAllah weekend ni majlis di rumah die aku akan attend. Wife die Sitti Nurohmah (nama dkt2 je dgn aku) sgt comel. Cakap pun lembut aje. alahai...... aku nk attend as guest walaupun die ade offer sesape yang nk amik gambar utk portfolio. Sekali sekala nk gak dtg as guest kan? rilek2 santai2.

Hehehehe.. aku tau aku ade hutang lg utk entry2 jalan2 ke Ranah Minang. Ntah, masih blom dpt mood utk bercerita, sbb cerita nya panjang 4 hari tu. Kene cari time yang panjang. Hehehehehe. Tp ni aku upload pic yang aku menang tu. Gambar biase2 je, fresh dr memory card. nnt rerajin aku edit sket2.. ala2 rarindra ke. hehehehehe.


Konon2 praktikal acara pengantin berarak. AF ckp good composition. Pokok buluh tepi tu menambah perisa pada gambar ni.


Konon2 shoot outdoor la. AF xde bg komen, die tros pick aje. Aku pun belum sempat mintak komen pasal gambar ni. Tp kalau diberi peluang shoot balik, aku nk compose balik supaya tak nampak pokok2 kt blkg tu. biar nampak jalan batu2 je penuh frame. ok ke?


Pengantin lelaki ni g suke la buat muke.

Sunday, June 28, 2009

Krispy Kreme

Hari ni aku jumpe besfren aku si makhluk asing. Die dtg KL, so lepas kelas saje lepak dgn die. Dpt gak aku pass hadiah besdey yang aku beli untuk die tp baru dpt nk bg sbb aku malas nk pos. hehehehe. Kitorang jalan2 kt Times Square je.

Saje la beli Kirspy Kreme untuk bawa balik, sedozen. Bukan first time aku makan donut Krispy Kreme ni, tp kali ni aku nk bg org2 kt rumah rasa and komen pulak. Bg aku donut die sedap, lembut sgt mcm JCo, tp lg lembut la.. rase mcm cair je dlm mulut. Satu je yang tak best. Manis!!! Sgt manis bg aku la. Tp ada juga flavour mcm original and choc ice with kreme atau with custard yang aku suke.

Sape2 nk try boleh try. Setahu aku kedai die ade di Berjaya Times Square dan Mid Valley. Kat tpt2 lain aku tatau la plak.

Thursday, June 25, 2009

bibir bisa berbohong tapi air muka tidak.

Bila kita bersedih, kesedihan tu akan nampak kat wajah kita. Paling tidak, nampak dlm riak mata bahawa kita sedang menanggung keperitan dan kesedihan jauh dilubuk jiwa. Lagi2 bila kita kehilangan cinta yang sgt2 kita sayangi, yang kita jaga dan cuba pertahankan sebaiknya, namun kecundang juga. ecewah!!

Last year aku telah lost, a love yang berbulan aku cuba pertahankan. Mcm2 dugaan, besar kecik. Aku cuba dan cuba tapi tak dpt jugak, mmg xde jodoh. Sedey wooo... Aku rase ade sebulan aku mmg takleh nk buat aktiviti2 meronggeng. G keje, balik keje. Dok berperap dlm bilik. Mmg boleh tampal muka 'orait' bile kt luar, tp org boleh perasan la. Mane boleh bohong, kecuali la kalau org yang pandai belakon. Hati sedih, keciwa, kacau, berdarah, stress dan mcm2 lg, tp muke menten hepi. Sosial life menten aktif mcm xde ape2 berlaku. Mmg tere belakon, dan mmg dah biase blakon la org mcm tu. Hahahaha. (ni pendapat aku, jangan men tuduh aku kate sape2 plak. Siap nk bgtau kt org aku ngate org kt blog aku ni. chet)

Slowly la aku ok balik. Aku aktif dgn aktiviti2 sehat, join bdk2 photography buat aktiviti2 berfaedah. Aku mula pikir, dan amik keputusan berenti dr buat bende2 yang buruk. Ade bende yang aku tinggalkan, buang tros la. Aku sedar bahawa diri aku ni, aku yang kawal. Ape2 yang jd pada diri aku, aku yang nak sebenarnye. Tak gune nk tuduh org lain yang itu, ini. Toksah nk sabitkan org lain dgn kejahanaman hidup kita, walaupun idop aku xde la jahanam pon. 

Skrg aku hepi, walaupun exbf aku suke sms aku skrg, aku dah bley nk berkawan mcm biase je. Dan banyak juga perkara2 yang membelenggu kepala aku yang dah ok skrg. Tak perlu la aku kantoikan sesiapa, tp yang pastinya kebenaran tu pastinya one day akan ditujukkan Tuhan. Berbuat baik dibalas baik, what u give u get back. Kita boleh menuding jari menyalahkan org2 lain apabila berlaku kegagalan dlm kehidupan kita, tp tiap kali itu juga kita terlupa bahawa setiap kegagalan itu bukan berpunca dr sesiapa melainkan diri kita sendiri. 

Sekian.

Kenapa aku tulis entry ni? sebagai peringatan kepada diri sendiri dan rakan2 bahawa kita tak boleh berbohong selamanya dan sbg tanda ingat kpd diri sendiri bahawa aku dah totally over him!! yeay!!