Thursday, January 1, 2009

House warming wan@Setia Alam

Hari ni satu haribulan januari 2009. Hari pertama di tahun baru.

Hari ni abang aku buat house warming, untuk rumah barunya di setia alam. Ni rumah Wan, nnt hujung bulan InsyaAllah rumah bangah pula (rumah diorang dkt2 je).

Alhamdulillah berjalan dgn lancar. Makan sambal tumis udang yang sangat pedas. Layan kerenah budak2 dan layan portraiture. Aku rasa, nnt dah stabil aku nk serius on portraiture, esp kids portraiture. Sangat suka.

my ride. P itu lambang insecurity, bukan sbb aku masih lesen P!!~


Balik dari rumah wan kami singgah ke Tesco Setia Alam. Aku agak berabis duit kat sini (duit yang asalnya aku save utk semalam). Dah lama aku cari jaket besar, sesuai la dengan saiz aku ni. Jumpa!! muat, cantik, terus ambil. Tak mahu berkira harga, sekali sekala spend untuk diri sendiri. Lain2 aku beli card reader utk CF card aku dan stok bateri utk speedlite.
jaketnya biasa2 aja. tapi suka hati aku lah mau amik gamba.

Sepanjang malam smlm (malam menjelang masuknya 2009), aku berym dgn Angah, kawan yang kuanggap bagai abang. Penasihat dan pendengar bila aku dihujung buntu. Bukan sbb dah abes buntu baru mau cari, tapi mmg resam aku jarang meluah. Kalau dah meluah tu, dah tak tertahan dipendam la maknanya. Atau ketemu teman yang rasa sangat selesa mau berbicara. Mmg dah mcm tu peel aku.

Berampur baur cerita kecewa smlm. Rasa terpinggir dan out of place. Janji mahu saksi bunga api tapi akhirnya ke lain, dipinggir lagi. Cuba mau kawan sama kucing2 parsi berbulu kilat terjaga, tapi mana mau dibiar bulu2 mereka terpalit lumpur yang aku bawa, atau mungkin tak sesuai mau berkongsi makanan mewah disantap saban hari. Tak kurang si belang yang bertahun menjadi teman sejati, terus senyap lepas dapat yang dicari. haih.~*

Sedar aku sekadar bergaji yang tahapnya miskin kalau mengikut statistik yang disediakan kerajaan. Kerja lebih masa menjadi wajib untuk menampung hidup dan hutang. Mak ayah pula jenis suka biar kau belajar hidup, hanya bantu hanya bila terdesak dan sangat perlu, tidak pernah pun bermewah dari kecil. Haih.. aku ni macam kucing aku si Meow. Mata hanya satu yang tinggal, pipi berbekas luka di patuk ular, bulu2 gugur dek asyik dibuli si kucing2 parsi yang gemuk2 tu. Biar la.. walau banyak kekurangan, aku penuh kasih sayang. Siapa mahu? mari, aku bisa beri. *hehehe*

Tak apalah. Aku sentiasa percaya adanya Tuhan. Allah wujud. Setiap yang Dia tentukan, ada asalanNya. Aku bisa jadi pesimis waktu ini, menerima ketentuan dengan jiwa sebal. Tapi nnt aku akan optimis semula, dan mula nampak dan nikmati bahawa rahmatNya sentiasa ada. Kalau bukan sekarang, nanti2 pasti ada.

Rindu la angah. on ym buzz orang tau.~*

No comments: