Wednesday, December 31, 2008

Tentang 2008, angka 9 dan kawan2

Tahun 2008 adalah tahun yang sangat sedih dan sangat happy dalam masa yang sama. Aku keranapan mulai April sbb putus cinta. Aku sangat happy sbb aku masuk semula line yang aku sgt suke dr kecik, fotografi.

Kerja masih sama. Bos masih sama. Keluarga ada bertambah ahli. Kawan bertukar ganti. Yang ada masih ada, yang merajuk ada yang masih membawa hati. Yang sejati, masih dicari.

Kawan, sahabat, teman. Semua sama makna, berbeza pengertian. Ada kata sahabat tu lebih akrab dari kawan. tapi yang paling memahami kawan baik (balik jadi kawan semula). Teman pula yang sentiasa disisi. Bagi aku terms tu tidak sepenting orangnya. Kau boleh jadi keluarga, tak perlu nk declare, just act as one. secara telus dan jujur.

Ada orang btul2 jaga kawan, jaga persahabatan. Anggap seperti saudara, seperti adik beradik. Ada orang anggap kawan bila perlu dihubungi. Hubungi hanya bila ada hal mau dirujuk. Ada juga kawan bermusim. Musim EPL, carik kawan kaki bola. Boleh layan game di kedai mamak sampai pagi sama2.

Kawan baik bagi aku perlu persefahaman. Tolak ansur dan saling menerima kelemahan dan kekurangan masing2. Kalau asyik sorang je nak faham n nak sabar, payah juga. Kadang2 terpikir jugak, ape gune ade kawan baik kalau saban suku tahun menyakitkan hati secara sgt melukakan, atau anggap kita last option, hanya dicari bila perlu. tibe2 malas pula nk ckp pasal kawan ni. menyakitkan.

Angka 9 ni aku anggap fav number aku dr kecik. tarikh lahir aku 19.09.1982. Nombor rumah dimana aku dilahirkan, 965, dan masih menetap hingga kini. Nombor paling corot dlm darjah pernah aku dapat pun 9.

Aku pun tak tau ape yang aku nak harapkan dlm tahun 2009. Moga tahun 2009 ni merupakan tahun yang baik, sempena 99 sifat Allah (even terlebih 9, takkan nk tunggu 2099 kot). Birthday aku tahun ni 19.09.09.. nk dkt sgt dgn shawal.. 2nd last day of Ramadhan kalau tak silap.

Paling penting aku nk perbaiki diri. Nak sayang diri.


p/s : aku nk petik sket, aku dpt dr blog si fina:

bila kita minta tuhan berikan kita kesabaran,
adakah kita diberi rasa sabar,
atau peluang untuk menjadi sabar?

bila kita minta tuhan berikan kita cinta,
adakah kita diberi cinta,
atau peluang untuk mengetahui yang mana satu cinta?


Wallahualam. Selamat Tahun Baru Siti. Moga tahun ni tahun yang baik buat kita. Amin.

No comments: