Tuesday, June 30, 2009

Bengkel Wedding Photography Professional by Ahmad Fairus (MyPhotographer)

Nampak tak aku yang tgh eksyen dgn 2 album? hehehehe.


Phew.... lotih aku. Ahad ari tu seharian aku join kursus Ahmad Fairus ni. Sape yang tak kenal Ahmad Fairus aka AF ni, kene selak kamus professional wedding photographer kt Malaysia ni. Salah seorang ahli Click Couture, kire sebaris la dengan nama2 besar seperti Saiful Nang (CandidSyndrome), Fairuz Ismail (Avicenna), Syahrin Aziz (WeddingDiaries) dan lain2.

Sbb aku malas (hehhehehe), aku copy paste je report aku dr forum DF.




Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.

Siang tadi telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Wedding Photography Professional by Enche Ahmad Fairus. Program bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada lewat petang. Majlis dimulakan dengan sepatah dua kata dr pengasas DuniaFotografi, Enche Adhadi.

Antara isi kandungan bengkel adalah pengenalan kepada asas wedding photography, cara2 dan tips2 utk shoot acara2 dalam sesuatu majlis perkahwinan cthnya acara merenjis, makan beradab, potong kek dan family photo. Penerangan diberikan secara teori beserta latihan menembak secara amali dan latih tubi dari peserta2 yang diselia/dikritik oleh Enche AF sendiri secara individual. Pada sesi ptg pula peserta2 dibawa ke Wetlands Park utk pembelajaran dan latihan shoot gambar semasa pengantin berarak dan sedikit sesi outdoor photography.

Disepanjang bengkel, peserta boleh bertanya sebarang soalan dan Enche Ahmad Fairus juga tidak lokek berkongsi tips dan ilmu2 dlm wedding photography. Sesi amali yang dilakukan mengukuhkan lagi pemahaman peserta2. Terdapat juga pemilihan gambar2 terbaik dan pemenang menerima hadiah berbentuk album (yeay saya menang 2!!! )




Yaaaa!! Aku menang 2 hadiah untuk best photo. Aku rase photo aku xde la best pon, byk kelemahan. Lg pulak masa tunjuk photo tu untuk dinllai oleh Ahmad Fairus kami cuma tunjuk kat lcd kamera aje. Tak sangke aku bley menang, dpt hadiah album 2 biji. Alhamdulillah.

Lps abes kelas tu, kami dinner di precint 9, tak ramai dah mase tu, ade dlm 9-10 org termasuk model pengantin. AF belanje makan, terima kasih bro!! Masa kat food court tu AF siap tanye aku, ok tak? ada menang hadiah tak? aku pelik2 la... dah kasik aku 2 biji, pastu tanye menang ke tak plak. Pastu la die bgtau, die mmg pilih tanpa prejudis, takde bias. Mane yang ok di mata die, tu die pilih. Adeh, terharu dan teruja aku tros.

Aku harap lepas ni aku akan makin berani untuk shoot wedding. Nak shoot wedding ni bukan senang, tanggungjawabnye besar. Mcm trend skrg, org beli kamera dan amik gambar wedding. Bg aku, amat penting utk penuhkan ilmu di dada dulu. Dr asas2 fotografi mcm setting2, composition sampai ke ilmu cara shoot wedding.. apa gambar2 yang wajib, do and donts, dan juga editing. Mula belajar dgb tag along orang2 yang lebih berpengalaman, sedut ilmu2 dr diorang. Baru la kita boleh acquire skill yang betul utk shoot wedding. Moment paling penting woo dlm life seseorang. Kalau wedding kita sendiri gambar2 hampeh padahal dah bayar mahal2, rasa bengang tak? Sama la mcm pengantin2 kita nnt. Renung2 kan.

InsyaAllah weekend ni majlis di rumah die aku akan attend. Wife die Sitti Nurohmah (nama dkt2 je dgn aku) sgt comel. Cakap pun lembut aje. alahai...... aku nk attend as guest walaupun die ade offer sesape yang nk amik gambar utk portfolio. Sekali sekala nk gak dtg as guest kan? rilek2 santai2.

Hehehehe.. aku tau aku ade hutang lg utk entry2 jalan2 ke Ranah Minang. Ntah, masih blom dpt mood utk bercerita, sbb cerita nya panjang 4 hari tu. Kene cari time yang panjang. Hehehehehe. Tp ni aku upload pic yang aku menang tu. Gambar biase2 je, fresh dr memory card. nnt rerajin aku edit sket2.. ala2 rarindra ke. hehehehehe.


Konon2 praktikal acara pengantin berarak. AF ckp good composition. Pokok buluh tepi tu menambah perisa pada gambar ni.


Konon2 shoot outdoor la. AF xde bg komen, die tros pick aje. Aku pun belum sempat mintak komen pasal gambar ni. Tp kalau diberi peluang shoot balik, aku nk compose balik supaya tak nampak pokok2 kt blkg tu. biar nampak jalan batu2 je penuh frame. ok ke?


Pengantin lelaki ni g suke la buat muke.

Sunday, June 28, 2009

Krispy Kreme

Hari ni aku jumpe besfren aku si makhluk asing. Die dtg KL, so lepas kelas saje lepak dgn die. Dpt gak aku pass hadiah besdey yang aku beli untuk die tp baru dpt nk bg sbb aku malas nk pos. hehehehe. Kitorang jalan2 kt Times Square je.

Saje la beli Kirspy Kreme untuk bawa balik, sedozen. Bukan first time aku makan donut Krispy Kreme ni, tp kali ni aku nk bg org2 kt rumah rasa and komen pulak. Bg aku donut die sedap, lembut sgt mcm JCo, tp lg lembut la.. rase mcm cair je dlm mulut. Satu je yang tak best. Manis!!! Sgt manis bg aku la. Tp ada juga flavour mcm original and choc ice with kreme atau with custard yang aku suke.

Sape2 nk try boleh try. Setahu aku kedai die ade di Berjaya Times Square dan Mid Valley. Kat tpt2 lain aku tatau la plak.

Thursday, June 25, 2009

bibir bisa berbohong tapi air muka tidak.

Bila kita bersedih, kesedihan tu akan nampak kat wajah kita. Paling tidak, nampak dlm riak mata bahawa kita sedang menanggung keperitan dan kesedihan jauh dilubuk jiwa. Lagi2 bila kita kehilangan cinta yang sgt2 kita sayangi, yang kita jaga dan cuba pertahankan sebaiknya, namun kecundang juga. ecewah!!

Last year aku telah lost, a love yang berbulan aku cuba pertahankan. Mcm2 dugaan, besar kecik. Aku cuba dan cuba tapi tak dpt jugak, mmg xde jodoh. Sedey wooo... Aku rase ade sebulan aku mmg takleh nk buat aktiviti2 meronggeng. G keje, balik keje. Dok berperap dlm bilik. Mmg boleh tampal muka 'orait' bile kt luar, tp org boleh perasan la. Mane boleh bohong, kecuali la kalau org yang pandai belakon. Hati sedih, keciwa, kacau, berdarah, stress dan mcm2 lg, tp muke menten hepi. Sosial life menten aktif mcm xde ape2 berlaku. Mmg tere belakon, dan mmg dah biase blakon la org mcm tu. Hahahaha. (ni pendapat aku, jangan men tuduh aku kate sape2 plak. Siap nk bgtau kt org aku ngate org kt blog aku ni. chet)

Slowly la aku ok balik. Aku aktif dgn aktiviti2 sehat, join bdk2 photography buat aktiviti2 berfaedah. Aku mula pikir, dan amik keputusan berenti dr buat bende2 yang buruk. Ade bende yang aku tinggalkan, buang tros la. Aku sedar bahawa diri aku ni, aku yang kawal. Ape2 yang jd pada diri aku, aku yang nak sebenarnye. Tak gune nk tuduh org lain yang itu, ini. Toksah nk sabitkan org lain dgn kejahanaman hidup kita, walaupun idop aku xde la jahanam pon. 

Skrg aku hepi, walaupun exbf aku suke sms aku skrg, aku dah bley nk berkawan mcm biase je. Dan banyak juga perkara2 yang membelenggu kepala aku yang dah ok skrg. Tak perlu la aku kantoikan sesiapa, tp yang pastinya kebenaran tu pastinya one day akan ditujukkan Tuhan. Berbuat baik dibalas baik, what u give u get back. Kita boleh menuding jari menyalahkan org2 lain apabila berlaku kegagalan dlm kehidupan kita, tp tiap kali itu juga kita terlupa bahawa setiap kegagalan itu bukan berpunca dr sesiapa melainkan diri kita sendiri. 

Sekian.

Kenapa aku tulis entry ni? sebagai peringatan kepada diri sendiri dan rakan2 bahawa kita tak boleh berbohong selamanya dan sbg tanda ingat kpd diri sendiri bahawa aku dah totally over him!! yeay!!

Tuesday, June 23, 2009

kawan2, mari beli!!

kawan2, mari visit n beli http://kreatifanggun.blogspot.com

my sister die ade kedai depan rumah ni. Tp sejak skrg die bz dgn bisnes jelly kelapa (ni nnt gua promote laen), die dah tak dan nk tgk n jaga kedai tu. So, sy pun amik satu inisiatif untuk buat blog dan buat online sale for kedai dia.

Bermula dengan kain2 ni sempena raya yang dah dkt ni. After this, InsyaAllah cute and cheap blouse and dresses for sale!!

So, mari la visit dan sebarkan ya kawan2!!

terimas!!

Friday, June 19, 2009

Birthday celebration

Ok, aku patut buat entry ni lamaaaaa dulu (hehehehe).

4th June hari tu birthday Acha. Tahun ni sbnrnye mak kate tanak celebrate birthday la, nnt in December mase bday ayah kite buat makan2 besar2an. Tapi adik manje aku sorang ni nak jugak buat, so mak aku pon layan.

Yang best nye, abg aku pon layan. Belanje kek Baskin Robins and satay. Mee la.. ape lg ntah, aku pon x ingat dah. Hehehehe. Tp makan mlm tu mmg heaven. Aku cube sedaya upaya untuk kontrol makan. Berjaya, sikit2.

Layan aje la gambar ye. To Acha, Kak Siti wishes u a happy 14th birthday. Now that u're no longer kids kan, peel tu pun biar la no longer kids ok. Nnt bulan 9 dun forget my bday. I want godiva, or at least patchi. hahahahaha.

nak kek!!




my one-eyed-cat. Die merajuk, since balik dr Padang tak jumpe lg die. Adeh...

Abang Amir sakit mata. tros jd rupe Sin Chan heh.

Dik Mira plak baru nk baik infection kat kulit tu.

Tuesday, June 16, 2009

update sket

tadi ade org komplen kt aku. Asyik buka blog aku jumpe ayat seketul due. Hehehehe. Sorry la kak, masih penat2 nk update. hehehe.

Hm, Alhamdulillah aku dan family dah selamat pulang ke tanah air, insyaAllah bebas dr penyakit2 tak dikehendaki. Byk cerita menarik sepanjang di bumi Minangkabau, tp nnt slow2 aku update n upload gambar2 nya. Kat fb dah ade, kalau takleh nk sabar la. Hehehe.

Bercakap tentang penyakit, aku terpanggil untuk bersuara (ecewah) tentang beberapa perkara yang aku tgk berlaku disekeliling aku semenjak 2 menjak ni. Byk penyakit2 di dalam hati manusia yang tanpa sedar membawa kepada kecelakaan.

Kadang2, kita mudah mencari escapism dlm hidup. Menjadikan perkara lain sebagai alasan demi melepaskan diri dari perkara2 yang kita cuba elakkan. Aku tak dapat straight A masa PMR sbb kawan2 aku suke kacau aku mase study, conthnya. Escapism kita dlm memberi alasan kegagalan, sedangkan punca nya diri kita sendiri.

Aku percaya (walau kadang2 aku pun suke carik escapism) setiap kesilapan dan keburukan adalah dari diri kita sendiri. Setiap kali kita tuding jari menyalahkan org lain, 4 jari lagi teracung ke diri sendiri. Tak perlu nk salahkan siapa2, intai dulu diri sendiri sebelum mahu jatuhkan hukuman pada org lain. Teliti dan fikir, apakah punca sebenar, dan tidak lain tidak, mesti ada yang dtg dr diri kita sendiri.

Aku elbih suke kalau ngaku je. Ye, aku fail sbb aku malas study, sbb aku nervous tiap kali exam, sbb aku byk main2. Org pun xdela nk marah kalau mengaku mmg kita salah. Salah2kan org lain ni bukan saja buat diri kita nampak bengung (bengung la, diri sendiri punya cerita, tp ditentukan oleh org lain punye suke. Kan bengung tu), ianya juga buat sesetengah pihak yang tak pasal2 disalahkan pun boleh mendoakan kita tau, doa org2 teraniaya ni antara doa2 yang dimakbulkan Tuhan. So, baik2 la sblm nk ckp org ape2. *tsk tsk

So, pikir masak2 sblm salahkan org2 lain. takyah tambah dosa yang dah sedia ada. Lagi2 tambah drama, then angkat tangan surrender. Nampak hero giler. Aku takde tuju the whole entry specific to sape. Its a mix up of anything that i can remember. Sama2 renungkan diri. Teguran ni untuk aku juga untuk kawan2 yang lain. Wassalam.

Monday, June 15, 2009

teaser...



Texas Chicken? hehehehe.

Tuesday, June 9, 2009

Monday, June 8, 2009

what u give, u get back

Sekali kita menyakiti hati org, sooner or later hati kita akan disakiti semula. Itu apa yang aku percaya, what u give u get back.


Kalau pulak kita ni xde buat salah tp disakiti, bersabar ajelah. Nnt org yang menyakiti kita pula akan terima semula ape yang die buat pada kita. Still the same concept, what u give u get back. Berbaik dibalas baik, menyakiti dibalas kesakitan, mengkhianati dibalas pengkhianatan. Mcm tu la lebey kurang. Hehehehe.

Kita sering berhadapan dengan situasi di mana kita perlu membuat pilihan. Kadang2 pilihan tu sgt sukar, lebih2 lagi bile melibatkan byk pihak. Mcm diluah mati mak, ditelan mati bapak. Kene tidak selfish bila nk buat keputusan. Dan paling penting untuk memilih keputusan atau pihak yang betul. Boleh guna akal untuk fikir, guna rational untuk tafsir. Jangan sampai kita disalahguna oleh pihak2 tertentu. Nyesal nnt.

Aku tgh menyiapkan byk mende sbb nnt 11hb wak ang nak balik kampuang!! I'll be away dr 11 - 14 June 2009. Dun miss me oke!! and dun call or sms me as well tau. abes bill aku melambung nnt. hehehehehe.

Wednesday, June 3, 2009

Bengkel anjuran Kelab Senifoto Budaya

Pada 16 - 17 Mei 2009 aku telah mengikuti sebuah kursus anjuran Kelab Senifoto Budaya. Tahun lepas kursus yang lebih kurang sama, tp menekankan aspek gambar persembahan pentas. Bagaimana nk bermain dgn cahaya, white balance dan lain2. Fasi last year Bazuki (sgt2 bertuah pernah dpt ilmu dr Bazuki ni) dan Che Mat. Kali ni punya kursus lebih menekankan pada penyediaan dan pembuatan coffee table book. Kira nya dari planning, sampai ke penghasilan la. Fasi kali ni Che Mat sorang saje. No BM. tp Che Mat rawks. hu.~*

Ok, aku lupa nama penuh bengkel ni, tp di dalam bengkel ni ada pengisian tentang cara membuat layout utk coffee book, which aku sgt2 suka dan sgt2 membantu aku dalam mendesign album2 nnt. Oh la... byk nye hutang. Aku masih ada beberapa album untuk disiapkan, tapi hari2 balik kerja main games, mcm mana tu?

Hari pertama bermula dgn penerangan dan talk tentang asa photography. Kena beri semula basic2 ni sbb ada peserta yang baru2 nk kenal kamera. Kami kemudiannya dibahagikan kepada kumpulan2 dan plan gambar bagaimana yang kami nk muatkan dlm album tu nnt. Jadi, sepanjang hari berkejar2 utk dptkan shot. Masalah lighting dan backdrop mmg kronik sbb kami bertukar venue di saat akhir. Tp kami cuba dapatkan yang terbaek!! hehe.

Here are some of my fav pics. Heh, hampeh jugak. Sabar je la... bile la nak dpt the 'wow' pic ni!! *tensi*

tarian tradisional


alat muzik tradisional

teater

gasing

Monday, June 1, 2009

AKAR (satu rumpun-satu bahasa-satu nama)

Hari Jumaat minggu lepas aku telah berkesempatan untuk join event AKAR ni, dahulunya dikenali sebagai Layar Tanchap. First AKAR yang aku join (ni second AKAR), dulu Layar Tanchap ade juga join. Bukan join perform, join berhibur sambil ambil gambar. Seni juga, senifoto.

Aku uji skill low light aku. Hanya berbekalkan Lola dan 50mm. Aku bawak juga speedlight, tp tak syok la. AKAR kali ni tak ramai photographer join. Ada Amru, Sirreh dan Nurliey. Lain2 aku tak kenai la plak.

Start agak lambat, walaupun aku rase aku dah sampai lambat. Tp performance best2. Cuma aku agak sedih dgn segelintir crowd2 yang meninggalkan arena awal. Mungkin diorang dtg tgk certain org perform, dah abes org tu perform diorang pon balik la. Apa la salahnya tunggu je sampai habes, tolong lipat2 tikar ke kan. Mcm biasa2. Haih.~*

A few pics from me to share. Gambar biasa2 je. Diulangi, gambar2 ni test low light skill, please bear the noise. :D *saye budak masih byk nk kene belajar ni*

echah penjaga tasik

this girl from Sound of Acoustic. Very soulfull (ceni ke eja teacher?) and great voice.

up sikit lagi

group photo sblm gerak balik dr Kuantan.