Nampak tak aku yang tgh eksyen dgn 2 album? hehehehe.
Sbb aku malas (hehhehehe), aku copy paste je report aku dr forum DF.
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.
Siang tadi telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Wedding Photography Professional by Enche Ahmad Fairus. Program bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada lewat petang. Majlis dimulakan dengan sepatah dua kata dr pengasas DuniaFotografi, Enche Adhadi.
Antara isi kandungan bengkel adalah pengenalan kepada asas wedding photography, cara2 dan tips2 utk shoot acara2 dalam sesuatu majlis perkahwinan cthnya acara merenjis, makan beradab, potong kek dan family photo. Penerangan diberikan secara teori beserta latihan menembak secara amali dan latih tubi dari peserta2 yang diselia/dikritik oleh Enche AF sendiri secara individual. Pada sesi ptg pula peserta2 dibawa ke Wetlands Park utk pembelajaran dan latihan shoot gambar semasa pengantin berarak dan sedikit sesi outdoor photography.
Disepanjang bengkel, peserta boleh bertanya sebarang soalan dan Enche Ahmad Fairus juga tidak lokek berkongsi tips dan ilmu2 dlm wedding photography. Sesi amali yang dilakukan mengukuhkan lagi pemahaman peserta2. Terdapat juga pemilihan gambar2 terbaik dan pemenang menerima hadiah berbentuk album (yeay saya menang 2!!! )
Yaaaa!! Aku menang 2 hadiah untuk best photo. Aku rase photo aku xde la best pon, byk kelemahan. Lg pulak masa tunjuk photo tu untuk dinllai oleh Ahmad Fairus kami cuma tunjuk kat lcd kamera aje. Tak sangke aku bley menang, dpt hadiah album 2 biji. Alhamdulillah.
Lps abes kelas tu, kami dinner di precint 9, tak ramai dah mase tu, ade dlm 9-10 org termasuk model pengantin. AF belanje makan, terima kasih bro!! Masa kat food court tu AF siap tanye aku, ok tak? ada menang hadiah tak? aku pelik2 la... dah kasik aku 2 biji, pastu tanye menang ke tak plak. Pastu la die bgtau, die mmg pilih tanpa prejudis, takde bias. Mane yang ok di mata die, tu die pilih. Adeh, terharu dan teruja aku tros.
Aku harap lepas ni aku akan makin berani untuk shoot wedding. Nak shoot wedding ni bukan senang, tanggungjawabnye besar. Mcm trend skrg, org beli kamera dan amik gambar wedding. Bg aku, amat penting utk penuhkan ilmu di dada dulu. Dr asas2 fotografi mcm setting2, composition sampai ke ilmu cara shoot wedding.. apa gambar2 yang wajib, do and donts, dan juga editing. Mula belajar dgb tag along orang2 yang lebih berpengalaman, sedut ilmu2 dr diorang. Baru la kita boleh acquire skill yang betul utk shoot wedding. Moment paling penting woo dlm life seseorang. Kalau wedding kita sendiri gambar2 hampeh padahal dah bayar mahal2, rasa bengang tak? Sama la mcm pengantin2 kita nnt. Renung2 kan.
InsyaAllah weekend ni majlis di rumah die aku akan attend. Wife die Sitti Nurohmah (nama dkt2 je dgn aku) sgt comel. Cakap pun lembut aje. alahai...... aku nk attend as guest walaupun die ade offer sesape yang nk amik gambar utk portfolio. Sekali sekala nk gak dtg as guest kan? rilek2 santai2.
Hehehehe.. aku tau aku ade hutang lg utk entry2 jalan2 ke Ranah Minang. Ntah, masih blom dpt mood utk bercerita, sbb cerita nya panjang 4 hari tu. Kene cari time yang panjang. Hehehehehe. Tp ni aku upload pic yang aku menang tu. Gambar biase2 je, fresh dr memory card. nnt rerajin aku edit sket2.. ala2 rarindra ke. hehehehehe.
Konon2 praktikal acara pengantin berarak. AF ckp good composition. Pokok buluh tepi tu menambah perisa pada gambar ni.
8 comments:
wah!
bestnyer program nie..
good job sbb tambah pengetahuan dalam bidang yg ko minat..
keep it up..
moga jadi professional fotographer nanti :)
beb...ni bukan featuring gambo ko amik?? hehehe... http://rumahkebaya.com.my/
huhuhu. ya la. kebaya dan mekap model hari tu complimentary dari rumah kebaya.
urghh..aku dah pegi umah kebaya mlm smlm...sungguh tak sangka...cantik btol bini sifu ko nih...rasa macam dalam cerita bwg merah bwg putih..hahhahhahahha :p
comel kan? kulit mulus abes!! gaya bercakap dgn suara lemah lembut je.
smlm majlis resepsi diorang kt sini, tp aku takleh g sbb aku ade hal len plak.
eh. ko g umah kebaya... dah dkt2 ke?
setuju!! comel banget!! sopan giler berckp..mcm dlm citer2 indonesia..hehe...
dekat je umah kebaya tu..kat shah alam je nih..
hehehe.. maksud aku dkt tu.. timing nye dah dkt2 ke? dah sampai seru ke.. ke ko mmg dah lame jumpe seru? hehehe.. lama tak dgr ceta kawan2 kuala selangor ni.
Post a Comment