Wednesday, December 31, 2008

Tentang 2008, angka 9 dan kawan2

Tahun 2008 adalah tahun yang sangat sedih dan sangat happy dalam masa yang sama. Aku keranapan mulai April sbb putus cinta. Aku sangat happy sbb aku masuk semula line yang aku sgt suke dr kecik, fotografi.

Kerja masih sama. Bos masih sama. Keluarga ada bertambah ahli. Kawan bertukar ganti. Yang ada masih ada, yang merajuk ada yang masih membawa hati. Yang sejati, masih dicari.

Kawan, sahabat, teman. Semua sama makna, berbeza pengertian. Ada kata sahabat tu lebih akrab dari kawan. tapi yang paling memahami kawan baik (balik jadi kawan semula). Teman pula yang sentiasa disisi. Bagi aku terms tu tidak sepenting orangnya. Kau boleh jadi keluarga, tak perlu nk declare, just act as one. secara telus dan jujur.

Ada orang btul2 jaga kawan, jaga persahabatan. Anggap seperti saudara, seperti adik beradik. Ada orang anggap kawan bila perlu dihubungi. Hubungi hanya bila ada hal mau dirujuk. Ada juga kawan bermusim. Musim EPL, carik kawan kaki bola. Boleh layan game di kedai mamak sampai pagi sama2.

Kawan baik bagi aku perlu persefahaman. Tolak ansur dan saling menerima kelemahan dan kekurangan masing2. Kalau asyik sorang je nak faham n nak sabar, payah juga. Kadang2 terpikir jugak, ape gune ade kawan baik kalau saban suku tahun menyakitkan hati secara sgt melukakan, atau anggap kita last option, hanya dicari bila perlu. tibe2 malas pula nk ckp pasal kawan ni. menyakitkan.

Angka 9 ni aku anggap fav number aku dr kecik. tarikh lahir aku 19.09.1982. Nombor rumah dimana aku dilahirkan, 965, dan masih menetap hingga kini. Nombor paling corot dlm darjah pernah aku dapat pun 9.

Aku pun tak tau ape yang aku nak harapkan dlm tahun 2009. Moga tahun 2009 ni merupakan tahun yang baik, sempena 99 sifat Allah (even terlebih 9, takkan nk tunggu 2099 kot). Birthday aku tahun ni 19.09.09.. nk dkt sgt dgn shawal.. 2nd last day of Ramadhan kalau tak silap.

Paling penting aku nk perbaiki diri. Nak sayang diri.


p/s : aku nk petik sket, aku dpt dr blog si fina:

bila kita minta tuhan berikan kita kesabaran,
adakah kita diberi rasa sabar,
atau peluang untuk menjadi sabar?

bila kita minta tuhan berikan kita cinta,
adakah kita diberi cinta,
atau peluang untuk mengetahui yang mana satu cinta?


Wallahualam. Selamat Tahun Baru Siti. Moga tahun ni tahun yang baik buat kita. Amin.

haih la rantai lagi...

tak sangka, entry aku mase aku g rantai di red bungalow, buat hit aku naik. adeh. ni gare2 blog rantai yang link kan aku sebagai pengomen yang
yang kata bosan - sedih - tertekan - keciwa dan keliru dan seangkatan dengan nya..

dan siap ada pesanan

kepada link2 di bawah ini sila mengerti apa itu rantai.art terlebih dahulu..


ok la. aku ni tak paham la rantai tu ape. asyik pegi tiap2 tahun nk tgk artwork and poetry. tu aje.

menurut mereka artwork semua dah tapis, hanya berkualiti boleh masuk ehibition. Ntah la, aku takde specialization utk value artwork tu berkualiti atau tidak. Kalau foto, aku cume boleh tgk dr aspek teknikal hanya mengikut level yang pernah aku belajar tentang fotografi. Banyak gambar2 tahun lepas yang aku suka, kagum and bley terpegun. Tak tahu la plak kalau tahun ni diorang dah tak join exhibition, sbb tu xde gambar2 diorang. Yang ada hari tu, diluar ilmu aku untuk nilaikan. Budak2 Rantai dah kate artwork berkualiti, betul lah kot. Mereka lebih tahu, kan.

Aku tak minta jadi isu pun untuk pendapat2 ikhlas aku hari tu. Mungkin next rantai, kalau aku belum berjaya memahami rantai t ape, tak perlu la pergi kot. Kang kalau ade rase2 yang kurang pada mate malas membaca aku ni, terkomen kt blog... kontroversi lagi.

Haih lagi la.. i already had a not so good year end. This one i'll take it as too-mild-to-be-taken-seriously.

Sekian.

bad bad day

i call it a bad bad day. dari pagi sampai malam. really2 bad.

*sigh*

i'm goin to end the bad day. Hopefully esok ok2 je.

How Can You Mend A Broken Heart

I can think of younger days
When living for my life
Was everything a man could want to do
I could never see tomorrow
But I was never told about the sorrow

And how can you mend a broken heart?
How can you stop the rain from falling down?
How can you stop the sun from shining?
What makes the world go round?
How can you mend a this broken man?
How can a loser ever win?

Please help me mend my broken heart
And let me live again

I can still feel the breeze
That rustles through the trees
And misty memories of days gone by
We could never see tomorrow
No one said a word about the sorrow

And how can you mend a broken heart?
How can you stop the rain from falling down?
How can you stop the sun from shining?
What makes the world go round?
How can you mend this broken man?
How can a loser ever win?
Please help me mend my broken heart
And let me live again

Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah buat kawan2 Muslim semua. Jangan lupa doa tahun baru ya. Moga kita diberkati, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan, InsyaAllah...


Thursday, December 25, 2008

haih la....

serabut2.... i got to know something and i got serabut. And suddenly i felt that i have no where to turn tu. Haih lagi.... haih....

tadi aku ade job. (cerita ini dan seterusnya tiada kaitan dengan serabut, sbb serabut berlaku selepas tamat episod ni. Haha). Job kt KJ. Job ok, tp ade la a few things yang buat aku not so happy la.

Aku sajerk la sms si hummy since die dok KJ. Umah die tak jaoh pon dr tempat tu upernyer. Saje la ajak die lepak afterwards. Kitorang g sogo. Si hummy shopping dan membuat cubaan mengajak aku bershopping sama. Hahaha. Ntah.. aku tak jumpe perkara2 yang btol2 buat aku rase nk beli. Lps sogo g area bukit bintang plak. The only thing (selain makanan dan tiket train) that i bought today is new jibbitz for my crocs. haha. 2 biji jibbitz.

Mase nk naek bas aku tanye la driver tu tentang route baru bas, sbb klang sentral (stesen bas klang yang baru) akan start beroperasi this saturday. Shit la bas KL tak lalu depan umah aku. Aku kene amik bas all the way ke Klang Sentral sana (which was much further, i can say more than 3times further than umah aku ke klang skrg), then amik bas ke KL yang lalu jalan yang agak jauh untuk sampai ke federel hiway. Wadefak la. Seriously menyusahkan. Kalau org2 dari area banting or port klang nk ke KL lagik serious shit jauh. Aku rase nk carot je sape punye idea bas ke KL lalu hiway Bukit Raja sana. Langsung tak amik kisah kot susah payah orang yang nak g keje kt KL hari2 ni.

Trus aku serabut dgn stetmen dr driver tu. Patutnye bas KL ni lalu la stesen bas lama ni. Kalu lalu depan umah aku lg aku hepi la kan. Ish. Tatau la aku nk marah siapa ni. Nak ngadu dgn sape pon aku tatau.... jadi aku mengadu la dgn blog aku sendiri. Haih lagi.

Orang kate tak baik mengeluh, tapi aku pon tatau berape ratus kali dah aku mengeluh mlm ni. Haih....

Monday, December 22, 2008

wedding sara and makan2 krismes kot


Sara is my ex-colleague. She getting married last weekend and i was invited to attend her reception at her house at Kemensah Heights.

Sepanjang dari aku tahu wedding sara is last weekend, t'was like a few weeks back, aku seriously ingat wedding die hari ahad. On friday i was told that wedding die sabtu. Ouch.. seb bek dapat driver yang bule ditumpangi.

Aku janji nk jumpa Kak Zana (my ex-colleague gak) kul 1.15 kat monorel titiwangsa. Pagi tu aku siap online agik, siap tgk mawi nikah agik. Aku tumpang ayah sampai tawakkal (kebetulan die ngan mak nk g wedding kt jln gombak). Dari tawakkal gerak ke setapak jumpe sorang lagi ex-colleague, then kitorang gerak ke kemensah.

Sampai umah sarah dlm kul 2 lebih. Makan2, borak2 dgn bdk2 opis yang dtg... lambai2 pengantin dar jauh (sangat berprotokol wedding anak2 vip ni. nak jumpe pengantin salam2 ciom2 pp pon takleh.. terpakse lah lambai2 dr jauh je). Dalam kul 3 lebey gerak dr rumah pengantin. sempat plak kitorang singgah mekdi sbb masing2 teringin nk makan ice-cream. haha.

tengahari panas, parking kene jalan jauh. muke aku pun dah semacam je.


Aku ade janji dgn sumone kat area chow kit. Die ade event dkt2 hotel kt sana. Aku sampai chow kit dah pukul 4.30. Lepak kejap dgn die, then aku dpt sms dr reen.. die ajak dinner before die balik kg for krismes. Aiseh, aku dah la selai sepinggang. Pastu kawan aku tu ckp la... since reen nk balik, and aku pun dah lama tak jumpe kawan2, g je la. Aku takleh nk janji, dpt persalinan ok la jugak. Kitorang pon g la berjalan2, aku ajak g cm.

Owh, last few weeks aku ade beli satu skirt punjab kt cm. Skirt kaler itam ade bunga2 kaler gold. Masa beli tu aku ade nampak ade satu skirt ade kaler line2 blue purple sket. Rase mcm nk beli je due2 tp tadek bajet. So, g cm aku saje la bodek die banjer aku skirt tu. Yes!! berjaya. wiu!!~ aku dah ade 2 skirt punjab yang entah bile lagi la aku nak pakai. hahaha.

Since dah dpt skirt, ok la kan.. aku pon sms reen ckp aku juin la. Die anto aku sampai lrt je.. sbb die pon nk kene balik chow kit balik. aku naik lrt sampai pandan indah, tunggu diorang pikap aku. Sempat aku lari g surau dkt2 situ salin baju. Seb bek surau, kalo mesjid aku tokleh masuk!! hehehe.

Makan ok la. Biase je bagi aku food die. tadelah mabeles. Harga je, hm... patut kurangkan sket kot. Aku order ginger beef rice. Aku rase kuah kanji die je byk. Tapi aku sket pineapple die. mabeles.~*

ade diorang tanye, mane spek rafidah aziz aku. uiceh, ade title upernyer spek aku tu. ater nyer aku dari wedding kan pagi tu.. aku pakai contact lens grey aku la. Kat surau tu nak remove lens cuci mekap, mane ade sabun bagai. Muke tu la aku pakai dari pagi sampai malam. ape la rupenyer.. malas nk kesah aih. korang ade kesah? (ala.. dulu2 attend gath, dating, mmg aku biase what pakai lens n mekap2. takkan tak pasan kot. ikut mood semase la. hokhohkhok)

Makan sambil amik2 gamba.. then dah abes makan pon amik2 gamba.. mmg giler bergamba la semua ni. ha.. ade satu gambor dr kamera reen yang nampak sipi2 skirt punjab yang berjaya d pow tersebut. huhuhu.

aksi terlampau. huhu.~*

sile tengok skirt, bukan mai dgn joi. haha.~*


Mlm tu mcm biase ar tdo umah reen. Pagi kol 10 kot aku gerak balik. Ade projek len kt rumah. Projek ape? tunggguuuuu........


*nnt2 aku ceta pasal dinner bday ayah plak and projek ahad lepas.
*ade bende aku tau. even org tanak cakap or btau, aku tau. Tapi takpelah. As i told him, whatever la.. asal korang happy. Orang tanak cerita dgn aku.. tatau la nk sorok ke ape ke... tapi tak kisah lah. Sbb aku tau, lambat laun nnt, korang akan cerita jugak dgn aku. I'm being me, so no fuss la. *senyum rm50*

Sunday, December 21, 2008

i'm single, but not looking (currently)

haha. ape punye topic la kan?

Last week, aku berborak dengan adik aku.. pasal eyesights. cerita bodo je. pasal aku lagi rabun drpd die... pasal aku agi kerap pakai lens skrg sbb power spek aku dah patut ditukar (makin rabun la aku ni dlm erti kata lain). Suddenly aku boleh cakap "Abg Soleh (Ayeh) kan die rabun lagi teruk tau. Tapi sebelah mata je". It just slipped from my mouth. And tibe2 otak aku pun mcm layarkan aku yang suke kacau Ayeh. Aku tau mate kiri die mmg very2 poor sights, tapi aku suke buat die terpakse jeling aku pakai mate kiri die yang rabun tu, esp time die tgh driving. hehe.

There are time yang aku sgt2 miss the moments we're together. It's been 8 months since kitorang putus. Aku rasa aku belum ready untuk relationship lain. Haih.

Unless, Tuhan bukakan pintu hati aku, atau terus aja temukan jodoh aku, bercinta aje lepas kawen. Wallahualam. *senyum nipis*




*ada banyak juga update. Makan2 sekeluarga di Kedai Kopi (thanks bangah sbb belanja kitorang), wedding sara and makan2 kat Cosy Corner beramai2.

Thursday, December 18, 2008

Happy Birthday Ayah!!~


Hari ni harijadi ayah. Selamat Hari Jadi to Encik Mansor Mohd Zain (PPT), 18th December 2008. Moga dilanjutkan usia, dikurnia kekuatan dan kesihatan tubuh badan, dimurahkan rezeki dan diterima segala amal kebaikan, Amin. Ayah takyah la kije kuat2 sgt ye. Kesihatan tu paling penting. :)

*mlm esok mau pegi makan2 satu family. bes nye!!*

Wednesday, December 17, 2008

Sept, Oct, Nov & Dec Babies

the cake

the birthday girls and boys
wakil tiup lilin. hehehe

tukang potong cake.

Hari ni saje2 buat birthday celebration. Opis ni mmg selalu buat makan2, mane la tak gemuk. Sape yang masuk mesti naik berat pnyer. Intan baru lagi masuk setengah tahun, dah naik 4kg. :))

Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin

Minggu depan adalah minggu terakhir saya sebagai Mufti Negeri Perlis. Tulisan hari ini adalah yang kedua sebelum yang terakhir pada minggu hadapan. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan sepanjang tempoh dua tahun menjadi mufti.

Namun, nampaknya saya terpaksa tangguhkan terlebih dahulu hasrat itu kerana buat penghabisan kali di atas jawatan ini saya ingin menyentuh kerenah perkahwinan dalam negara ini. Hal ini penting terutama menjelang musim cuti sekolah kerana ramai yang akan berkahwin.

Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegak yang makruf dan mencegah yang munkar.

Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi dan seterusnya pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.

Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya.

Apatah jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat ‘nafsu seks’ hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan.

Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi s.a.w:

“Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya; “kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?”. Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya.

Sepatutnya si bapa bertanya: “kau dah ada pasangan ke?”. Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam rukun nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang ‘berjenama’ dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf.

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka, menderitakan bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.

Saya bukan anti kursus kahwin. Amat baik kursus tersebut jika diuruskan dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat hukum-hakam nikah yang disyariatkan Allah sehingga generasi muda dapat melihat betapa cantik dan indahnya Islam. Syariat Islam yang mudah dan penuh hikmat dapat diserap dalam pemikiran bakal pasangan, kursusnya mereka yang masih muda. Agar mereka dapat menyelami kehebatan ajaran Islam ini. Maka kursus itu menjadi saluran dakwah penuh professional, mantap, berkesan dalam jiwa dan penghayatan.

Malangnya, kursus kahwin hari ini seakan projek lumayan untuk mengaut yuran peserta. Bukan sedikit saya terima laporan seluruh negara penceramah kursus kahwin yang berunsur lucah, lawak bodoh serta menggambarkan Islam begitu menakut dan susah untuk difahami dan dihayati. Hukum-hakam diterangkan secara berbelit-belit dan menyerabutkan peserta. Maka, kita lihat walaupun yuran kursus nampaknya makin tinggi dan peserta semuanya diwajibkan berkursus, masalah keretakan rumah tangga bagi generasi baru makin meningkat.

Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.

Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut “saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.

Sehinggakan sarjana fekah semasa Dr Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut:

“Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi: Bab Iza Qala al-Khatib li al-Wali Zawwijni Fulanah, faqala qad Zauwajtuka bi Kaza wa Kaza, Jaza al-Nikah Wa In Lam Yaqul li al-Zauj Aradita au Qabilta, maksudnya: Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”.

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Apa yang penting proses ijab dan qabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.

Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut:

“Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).

Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.

Setelah berkahwin, rumahtangga yang dibina seperti yang diajar oleh Islam hendaklah menjadi syurga, bukan neraka. Jika perkahwinan tidak dapat membawa kebahgiaan, insan tidak disuruh memperjudikan hidup keseluruhan kerana isteri atau suaminya. Walaupun talak itu bukan perbuatan yang baik, namun ia dibenarkan jika terpaksa.

Insan mempunyai matlamat hidup, bukan sekadar untuk bertungkus lumus kerana masalah seorang lelaki atau wanita. Maka Islam mengajar cara-cara yang berbagai demi menyelamatkan rumah tangga dari talak. Jika gagal, Islam juga mengajar talak untuk mengelakkan kezaliman berlaku antara salah satu pihak; suami atau isteri. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu Iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (Surah al-Baqarah, ayat 231).

Jika penerusan perkahwinan hanya memberi mudarat kepada pasangan, maka talak itu disuruh oleh al-Quran. Malanglah kaum wanita yang sepatutnya telah dikeluarkan oleh al-Quran dari kezaliman atau kemudaratan si suami, tiba-tiba terjatuh dalam kezaliman batin akibat proses birokrasi mahkamah yang bernama syariah.

Maka, wanita hari ini ada yang terseksa batinnya kerana menunggu proses mahkamah yang kadang-kala memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana mungkin isteri yang sudah tujuh lapan tahun suaminya tidak mengambil tahu soal nafkah zahir dan batin tetap disahkan oleh mahkamah bahawa dia masih suami sekalipun isteri berulang meminta dipisahkan. Kata Dr Karim ‘Abd al-Karim Zaidan menyebut:

“Jika suami gagal menunaikan nafkah untuk isteri, kadi memisah antara mereka jika isteri memilih untuk berpisah…Hal ini diriwayatkan dari sejumlah para sahabat dan tabi’in” (al-Mufassal, 7/217).

Beliau juga memetik apa yang disebut oleh al-Dardir dalam al-Syarh al-Kabir: “Bagi isteri boleh menuntut dipisahkan dari suami disebabkan mudarat yang dilakukannya; iaitu apa yang tidak diizinkan oleh syarak untuk dia buat seperti meninggalkan isteri atau memukulnya tanpa sebab dibenarkan syarak. Atau memaki dia atau bapanya seperti menyebut: Wahai anak anjing, atau wahai anak kafir! Atau wahai anak orang yang dilaknat”.

Dr Zaidan seterusnya memetik apa yang disebut oleh al-Imam Ibn Taimiyyah:

“Maka dianggap memberi mudarat kepada isteri yang boleh dipisah (dipasakh) apabila suami meninggalkan persetubuhan dalam apa keadaan sekalipun. Samada suami sengaja atau tidak sengaja”. (ibid 8/439).

Semua perbahasan yang begitu banyak boleh didapati dalam khazanah Islam itu menggambarkan rumahtangga untuk kebahagiaan hidup insan bukan untuk kedukaan mereka. Jika rumahtangga itu mengundang kedukaan, insan diberi peluang keluar oleh syarak untuk keluar dari daerah itu dengan segera. Malanglah, jika pintu keluar itu dihalang oleh kerenah biorokrasi mahkamah. Hakim barang kali ringan lidahnya menyebut: “kita tangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir” sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri.

Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagian dibuka dengan begitu luas dan mudah. Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan yang halal dan dalam masa yang sama ada pula pihak-pihak lain yang memudahkan jalan yang haram. Perlaksanaan agama hendaklah bukan sahaja mendakwa adil, tetapi hendaklah juga kelihatan adil.


dipetik dari web Dr Maza. Satu lagi tulisan Dr. Maza yang sangat baik. Satu piawai bagi kita menilai diri, keluarga dan masyarakat. Semoga dengannya kita boleh calibrate semula perjalannan hidup kita agar selari dengan Sunnah Rasul.

Tuesday, December 16, 2008

Tingkap Kaca by Ana Raffali

First time aku dengar Ana Raffali waktu Layar Tanchap. Seorang gadis cantik, sopan berbaju kurung. Sweet!!

Hari tu masa Rantai pun die pakai baju kurung. I guess die mmg suke berbaju kurung. This one from her really touch my heart.

Yeah.. I love indie scene. But i hate wannabe. hehe.


Tingkap Kaca - Ana Raffali

Dari jauh ku lihat dia bagai berdiri di balik tingkap kaca
Mengintai setiap gerak halusnya cukup untuk buat ku leka
Selagi kedengaran bunyi guruh, selama itu khayalku berlabuh

Alangkah eloknya, jika aku menjadi raja waktu
Akan ku himpun masa untuk dia mengenali aku

Dari jauh ku lihat dia bagai berdiri di balik tingkap kaca
Mengharap setiap detik merangkak sempat untuk buatnya sedar
Selama kedengaran bunyi guruh, sepanjang itu hatiku pun luruh

Alangkah eloknya, jika aku menjadi raja waktu
Akan ku himpun masa untuk dia mengenali aku

Dari jauh ku lihat dia bagai berdiri di balik tingkap kaca
Menyusun setiap langkah kecewa hampa saat meninggalkannya


visit her at http://anaraffali.com/

dah abes exam, hoyeh!!~

tadi last paper, International Business. Susah, siyes. Aku banyak goreng je. Kesejukan plak tu. 2 hari aku exam pagi kul 9 - 12.10 (semalam n ari ni). Selsema yang baru nk baik mcm tak jadi nk baik trus. haha.

Tadi lepas exam, aku jumpe Sabran n Kak Suzi (opis mate n ex opis mate) kat bawah exam hall, tgh study. Diorang pun last paper.

Sampai rumah aku tros rase ala2 malas2. Aku bley tertdo sampai pukul 7 baru bangun. Hehehe.. letih beb. Rest otak sket, finally abes dah azab untuk sem ni, tunggu sem depan plak.

Ayah belanja makan dkt kedai seafood dkt2 sini. Lately ni aku makin banyak abeskan masa dgn family. Cuti pun dok umah dgn family. Which is good la jugak. *senyum*

Esok tghari nk start gym balik la. Aku byk cuti study n exam skrg, lama jugak miss gym. Kalau boleh tanak miss lagi. Aku ade target ni. haha *jangan hangat2 taik ayam ok*

Esok mlm maybe kuar dgn Leen. Dah lame giler terpostponed nk celebrate birthday die. Besfren aku yang lagi sorang tu plak dah ade dunia die sendiri. Biar la. Malas aku nk campur n pikir. Masing2 dah besar kan.

Bila org dah tanak share dgn aku, aku terima je. Aku tanye2, tapi takde nk btau aku, walaupun aku dah tau sbnrnye.. biar la. So, aku assume die tanak aku tau la. It's ok. Tapi bile aku btul2 buat tanak amik tau, jangan la nk terase2 dengan aku. Orang nk berahsia orang tak halang, orang nk cerita aku sedia je nk dengar. Tu je.

Aktiviti memasak makin best plak skrg. Hari tu masa bangah buat makan2 kt rumah baru, aku masakkan fudge brownies ade walnut. Best. Aku ingat next week nak bakarkan untuk kawan2 aku yang birthday bulan 11-12. Ye la, mase birthday Reen aku buatkan die kek kan, siap topping ok (aku tak penah buat kek ade topping b4 tau, special tu). Aku bikin walnut brownies ok ke mai?

Hari tu aku ade shoot untuk event. Nnt dah release gambar kepada client, aku up kat sini ye. Skrg dlm proses minor editing and susun semula je. Siap tu baru boleh submit.

Kenyang gile prot aku skrg. Ingat mlm ni nk try buat muffin plak. Bahan2 semua dah ada, tapi aku ade baju nk kene siapkan. Maybe weekend la baru bikin projek muffin. Bakar sekali dgn brownies. Jimat letrik. (aku baru sedar yang elektrik oven tu tinggi wooo voltan die, mesti mahal bapak aku nk bayo bill nnt. hehehe)

oh, aku perlu katil baru. Seriusly. Katil ni lame gile dah, dulu kakak aku pakai b4 die kawen (skrg anak die dah nk masuk darjah 1 dah). Adik2 aku dulu pun pakai katil ni. Aku ingat nk beli day-bed idaman aku kt ikea tu.. tp pk2, daybed tu kene pakai tilam yang tebal tu. duit lagi plak nk beli tilam.. mau dkt rm1k kot utk 1 set tu.. adeh.. pk2 balik...*think2*

banyak ckp plak aku entry kali ni. Happy kot exam dah abes. muehehehe.

*aku tade plan berpoya2, sbb aku nk berpoya2 dgn sape? jadi.. mebi isi masa lapang lepak umah je kot hehehe*

Sunday, December 14, 2008

ape kes ni

kes bosan. haha.







RANtAi Revelation - 2008

Haha.. hari ni aku terlebih rajin post entry eh.

Since 2006, i never missed RANtAi Art Event. 2006 kat Lost Gen, Seputeh. Aku g dgn Rasfan. Dah grad ma dah die skrg. Event sgt kewl di Lost Gen, tp lokasi sangat penat nk g bagi pengguna kaki mcm aku ni. Haih.

2007, derang buat kat Red Bungalow ni, dkt2 KLCC. ok, last year happening giler. Ramai giler org, tp aku tak berape suke sbb bab exhibition tak se bes mase kat Lost Gen. Byk gile performance band je. Semua tgh kemaruk indie scene mase tu. Semua nk jadi wannabe. Bosan. Selit2 la dgn acoustic ke, poetry ke.. freestyle ke..

tahun ni.. aih, aku agak terkejut mase sampai sbb tak ramai org mcm dulu2. Masa aku sampai Anna Rafali tgh perform. Aku nampak Joe Zakaria (photographer utk cover album Aizat tuh), tp die tgh borak2 same satu gadis ni.. malas nk tego. aku naik atas tgk exhibition. Adeh, kalau last year dah kureng, tahun ni dah kureng lagi 50%. hm.. i can say, makin dissapointed. Aku sms JoeZ... lambat sket baru die reply asal tak tego. die dah balik mase tu. Huhuhu.. tade jodoh mau ketemu lah gtu. hehe.

Tgk plak booth. aku rase ade 2-3 booth je yang menjual. tak mcm last year, ade byk. Aku takde beli ape2 pon, takde yang menarik. 2006 ade jugak beli tshirt Jay Lim. Tahun lepas beli chocs la.. tshirt la.. ape lg eh. keychain lomo. Mcm2 la. Tahun ni mmg bosan.

Amik gambar lebey2 kurang dgn acha. Aku sms fynn plak. Die lupa nk bgtau performance dah tukar kul 8. adeh, mmg takde jodoh la nk jumpe sape2 pon rantai kali ni. aku try juga ushar keliling ade tak muke2 familiar (yanniz bangkit ke, nurliey d'artez ke, photographer2 photoskool ke) tadop sape2 yang aku kenal. haih lagi.

aku tgk ramai budak2 mude2 yang usung dslr. ade mcm2 brand. ade juga yang pakai tele. ade jugak yang siap speedlite n diffuser. and ade juge yang layan 50, mcm aku. hehehe. adeh, makin bersepah photographer sekarang. Takpe, belajar rajin2 ye... jangan pandai tayang je, make full use of ur tool tu.

hm.. overall.. i missed rantai event kt lost gen. hm... mari la enjoy pic gedik santai. hehehe.

artworks

asal aku pose ceni?

playing with lights

captioned

trying to capture myself
acha n her new besties

soon i will

ahe.~*

kengkonon aje la.

asal acha nampak kurus. tak puas ati neh!!

Fudge Brownies


itu hari (mase mc hari rabu), aku bikin ni fudge brownies. senang je, campur2 kacau2.. kasik masuk loyang, bakar. then mase panas2 dgn ice-cream.. mmg mabeles la.


Fudge Brownies

1 cwn butter
1 cwn serbuk koko
1 3/4 - 2 cwn gula castor (bergantung pada tahap suke manis korang)
1 1/2 tsp esen vanilla
4 biji telur
1 1/3 tepung serbaguna
1/2 tsp garam halus
1 tsp baking powder
1 cwn nuts + choc chip (aku taruk almond nibs ngan choc chip balance buat cookies itu hari)

*cairkan butter. kemudian campurkan dgn serbuk koko. put aside.
*gula + esen vanilla + telur = campur dan kacau sebati.
*campurkan tepung + baking powder + garam.
*masukkan tepung dlm adunan gula td sikit2 n gaul. Then masukkan adunan butter n cocoa plak.
*gaul semua sampai sebati. Masukkan kacang n choc chip.
*tuang dlm loyang pembakar. bakar dlm oven dgn suhu 175 darjah celcius.. sekitar 30-40 minit.

selamat mencuba. hehehe.~*

Saturday, December 13, 2008

bikin tag mai dgn misha plak

1. Do you think you're hot?
sometime aku mmg hot. hokhohkho.

2. Upload your favourite picture of you!


3. Why do you like that picture?
macam suci je muke aku. huhuhuhuh.

4. When is your last time you ate pizza.
hm.. last week, hari selasa.

5. The last song you listened to?
Andra & The Backbone - Sempurna. masih mencari orang yang aku nk tuju lagu ni pada dia. hehehehe.

6. What are you doing right now beside this?
hm.. sepatutnye aku remove n cuci lens ni, and cuci muke. and upload gambar dr Lola ke pc.

7.What name would you prefer beside yours.
I luv it as it is.

People I tag.


1. Ezza
2. lindosh
3. cemut
4. chacha
5. hummy

8. Who is number 1?
my sista, my adik gedik's ex gf.

9.Number 3 is having relationship with?
ngan tunang die si kutang.

10. Say something about number 5.
sangat kurus, sile tambah berat badan ok. hahaha.

11. How about number 4?
bakal cikgu ang berdedikasi. hehe.

12. Who is number 2?
kawan baik yang tak pernah bersua mkuke. hehehe.

hutang tag ezza

tag ni aku pnah buat dulu sbnrnye. hehehe. tapi takpe la... demi ezza adek ku sayang, sis buat juge la tag ezza ni.


State 15 weird things/ habits/ little known facts about yourself.

1. ni... paling kelakar menurut adik aku, acha. Aku tak reti nk buang kahak.. ala, herkk ptuih tu. Tiap kali aku kene batuk berkahak tu, mesti agak suffer la sbb lambat nk baik.. sbb aku tak pandai nk buang. kalo dpt pon sket2 je..

2. kadang2 aku boleh jadi sangat pemendam. pendam2 sorang2, lama2 ilang la. jarang sgt jadi dendam.

3. aku no 5 dr 8 adik beradik. Sulung n bongsu perempuan. Jadi aku anak perempuan yang tengah2. ade kakak, abang, adik lelaki n adik perempuan. hehehe.

4. walaupun junior2 aku slalu ckp aku ni berani, aku ni penakut jugak sebenarnye. Buktinye kereta aku yang jadi tukun sbb aku takut nk drive semula.

5. Aku seorang yang sensitif. Boleh jadi sangat sensitif kadang2.

6. Sekali aku sayang orang (ni in terms of sayang adik2 abang2 kakak2 la), aku akan always sayang la. Takde terms ex adik angkat ke ape ke.. cume bf je kalo dah clash jd ex la. hehe.

7. hobi aku sebenarnye mengumpul stem. siyes. kat opis aku ade satu kotak stem yang blom diproses utk letak dlm album.

8. aku terlalu byk baju hitam n perang, sampai kawan aku tego suro aku kaler sket wardrobe aku. skrg aku dah ade kaler2 len. hehehe.

9. aku tak tahan sejuk. kakak opis aku panggil aku mamalia berdarah sejuk. hehe.

10. mase aku kecik2 rambut aku lurus. skrg sudah curly.

11. aku jarang sgt shopping baju n seluar. mane yang ade tu pakai je sampai koyak ke.. out of shape ke.. baru sibuk cari baru.

12. used to be shoesaholic. tp skrg tidak lagi.

13. paling malas melawa. sekali sekala je aku grando bermekap bagai. kalau tak pakai je ape yang ade, asal kemas.

14. suke memasak (eh, aku rase yang ni ramai dah tau)

15. aku ade masalah sinus yang agak truk. tp aku sinus telinga. pnah dgr?


dah la.. cukup dah 15. dah kire 30 dah ni termasuk previous tag. sape2 rase nak bikin, sile2 la yek. hehe.

Friday, December 12, 2008

mencari relevensi

td, di opis. rasa biasa2. BHT suruh aku aku ambil dokumen recruitment dr ofis MD. Kakak tu mula tanya2.. mcm mana kerja etc. ops, lupa. hari ni aku masih demam (since hari selasa aku dah demam). Dia ckp: bawak2 la keluar2. aih, aku lupa la ayat die mcm mane. tp die cube bgtau aku, enjoy la life. aku = kerja hari2+fotografi+jahit manik. dan dia baru tahu aku suke memasak. haha.

ya la. aku ni serupa org takde life. Patut la aku takde kawan, i mean.. member2 lepak.. yang boleh selalu2 lepak2. Mungkin sbb ni juga kawan2 aku tak rase nk ajak aku selalu lepak sbb aku selalu bz. hm...

demam pulak. Rasional nya aku demam selama ni sbb kurang rest barangkali. Hari selasa ke opis mcm biasa. Ingat kan kisah aku sampai sakit2 kaki? Pagi selasa tu pun dah mula rasa nk demam. Tghari si Meor belanja pizza hut, farewell untuk bdk2 trainee. Lps balik makan pizza la, mula rasa badan tak sedap giler. Pegi klinik, dr kasi ubat dan mc, suruh balik. Tapi aku sambung juga kerja2 aku, ada yang tak siap. Dalam kul 4.45 baru gerak dr opis, hujan lebat takde ampun. aku pulak tak bawak payung. *sigh*

Rabu aku mmg tak larat bangun dah. MC trus. Ptg tu ade juga keluar, konon mau beli bateri, hari khamis ade job, indoor dan perlu byk bateri. Tapi tak jumpe bateri pun. Mlm tu pegi lagi ke kafu (carrefour la). Dapat juga bateri.

Khamis g keje mcm biasa. Masih blum sihat, tp ok la sikit. Sempat g gym tghari tu. Ptg tu trus gerak ke One World Hotel, dkt2 ou. Sampai on time. Kerja sampai dlm kul 11. Transfer gambar etc, kul 12.20 baru gerak pulang. Sampai rumah, makan ubat dan terus pingsan.

Hari ni, aku hampir2 tak larat bangun. Tp gagahkan diri la jugak. Sampai opis lambat, hujan lebat gile bab kt rumah, dah la demam, takkan aku nk redah hujan kan? Kat opis, makin petang mcm makin menjadi aku rase. Sampai rumah, masih gagah nk menaip blog. hahahaha.

Skrg baru lepas makan ubat, nk layan separuh akhir muzik2 sampai habis. nk tgk stacy dpt masuk final tak. hehehe.

Kadang2 aku rase gak sunyi. Btol gak ckp kakak tu. Aku mcm takde life. Bukan takde, ade. Aku ade kawan2. Tapi lepak tu, aku rase mcm dah lama tak buat je. Aku suke je nk lepak2 lps opis ke kan. Ade satu musim tu ade org tu layan je aku lepak lps opis, tp skrg die dah jadi aneh2, malas dah la. Ari ni birthday die, Happy Birthday wak. Tapi, aku wish die pun die mcm aneh2. Aih, takyah pk la.

Ntah.. aku pun mmg ade isu kawan2 kan recently. Aku yang terase lelebey ke atau diorang yang mmg takde aku dlm priority list diorang ke, Wallahualam. Ye ar.. orang lain besfren dkt2. Aku, besfren kt jb nun. besfren kt damansara tu pon susah nau nk jumpe nyer..

tapi aku kene sedar diri lah kan... aku kan dok jauh.. semua org malas la nk bersosial dgn aku ni. haih.

dan haih lagi.

sha, help pliss. pindah dkt2 sini.

Monday, December 8, 2008

The Hoppers & Ahli Muzik



Malam tadi, dlm sakit2 kaki dan keletihan memasak, aku tlh layan ke 8-8 episod (setakat ni) of The Hoppers & Ahli Muzik. hehe.

Mula2 aku tgk sbb saje nk tgk si Fynn. Lama gile la, dah 7th episod baru ade Fynn kuar join dak2 tu. It's a story of four guys from of about different background, berjalan2 seluruh semennanjung Malaysia. The learn new things on cultural and art. Aku rasa series ni patut lebih di promosikan. Not only they show the indie scene around the country (Jayzuan Ipoh, The Rhaman Melaka, Borjuis Jitra), they also show things that personally i don't know before, like the parkour kids. The jump bildings ok. Kewlnwss. And my fav guy is Gambit (hehehe, he's cute). Sbb die adventurous and even try the parkour kids jump around. Tp, die mgm temper sket ar. haha.

You guys should watch ok. Very good cultural lesson. Bley catch up the show kat 8tv.com.my or they aired it every sunday at 10pm.

Salam Aidiladha... masa untuk berkorban. :)

Hari ni seperti tahun2 sudah, hari membuat persediaan menyambut Aidiladha. Mungkin sesetengah orang tak sambut pun Aidiladha ni, setakat bercuti, dan yang lelaki tu g semayang raya.

Family aku sambut juga Aidiladha. Hari ni hari memasak2. Ada rendang ayam, rendang daging, nasi impit, kuah lodeh. Extra tahun ni atas kerajinan ntah ape hal aku, ade biskut raye, the very special Famous Ami's Choc Chip Cookies. hehe.

Aku bangun tak la pagi sgt, sbb smlm tdo lambat. hehehe. Then tolong mak aku motong bawang etc utk rendang dan lain2. Sampai tghari gagah je aku masak rendang. Tibe2 la dah nk ptg centu, tapak kaki kanan aku sakit ya amek. Serus shit sakit, aku nk berdiri, menapak pun sakit, terhincut2 gak la. Mak aku ckp, bawak2 la duduk. Haah, baru aku sedar aku tak duduk2 since aku start tolong pagi td. hehe. Aku sapu la krim susu kambing gamat aku beli kt Langkawi dulu, lega sikit tp still sgt sakit. Korek2 jumpe pain killer yang doc slalu kasik time aku sakit2 badan tu. Lama jugak lps tu, lega sket ar.

Sangat best memasak kat dapur baru mak. Korang tgk je la gamba tu, dapur humang aih, mcm restoran. Tapi mmg amat memudahkan kerja2 memasak. Satu tungku masak rendang ayam, lg satu tu rebus nasi impit. Abes nasi impit, masak kuah kacang plak. Rendang ayam dah siap, sambung buat rendang daging plak. Finally semua abes masak dlm kul 9 mlm. Ade la dlm 12 jam memasak.

the dapur

goreng garing2

masuk santan

kacau2 lagi


Mesti ramai heran asal lama benau kitorang masak rendang kan? Mak aku minang, and style kami suke rendang2 kering. Kalau rendang daging tu, biar sampai kaler itam or ceklat gelap. baru syiok. huhuhu.

belum kering lg ni...

baru best!!~


Dah abes masak2 rendang, aku pon start la mengadun dan kendian membakar biskut. Hehehehe. skrg pukul 1.45am, dan aku baru setel membakar semua biskut. Aku dah tak larat nk kemas dapur, minta adik aku je kemas, lg pun die tade buat ape dr siang td. And kaki aku dah start rase sakit balik. Mmg shit la.

biskut itam pujaan hatiku.. huhuhu.



Mase untuk tdo la.. sbb kaki aku dah saket, maken hazab neh..

Sunday, December 7, 2008

malam ini saye makan...



bocolli and tuna salad + mashed potato malas. hehehe.

Saturday, December 6, 2008

Broken Hearted Girl - Beyonce

You're everything I thought you never were
And nothing like I thought you could've been
But still you lived inside of me
So tell me how is that

You're the only one I wish I could forget
The only one I love to not forgive
And though you break my heart
You're the only one

And though there are times when I hate you
Cause I can't erase
the times that you hurt me
And put tears on my face
And even now while I hate you
it pains me to say
I know I'll be there at the end of the day

I don't wanna be without you babe
I don't want a broken heart
Don't wanna take breath without you babe
I don't want to play that part
I know that I love you, but let me just say
I don't wanna love you in no kinda way,
no no
I don't want a broken heart
And I don't wanna play the broken-hearted girl
No, no, no broken-hearted girl
I'm no broken-hearted girl

There's something that I feel I need to say
But up 'til now I've always been afraid
That you, would never come around
And still I wanna put this out.
You say you got the most respect for me, but
sometimes I feel you're not deserving of me
And still you're in my heart
But you're the only one

And yes there are times when I hate you
But I don't complain
Cause I've been afraid that you would walk away
Oh but now I don't hate you I'm happy to say
That I will be there at the end of the day

I don't wanna be without you babe
I don't want a broken heart
Don't wanna to take breath without you baby
I don't want to play that part.
I know that I love you but let me just say
I don't wanna love you in no kinda way, no no
I don't want a broken heart
I don't want to play the broken-hearted girl
No, no, no broken-hearted girl

Now I'm at a place I thought I'd never be, ooh
I'm living in a world that's all about you and me, mmm yeah
I ain't got to be afraid, my broken heart is free
To spread my wings and fly away, away with you,
Yeah yeah yeah, oh ohh...

I don't wanna be without my baby
I don't want a broken heart
Don't wanna to take breath without my baby
I don't want to play that part
I know that I love you but let me just say
I don't wanna love you in no kinda way, no no
I don't want a broken heart
I don't want to play the broken-hearted girl
No, no, no broken-hearted girl
Broken-hearted girl, no, no
No broken-hearted girl
No broken-hearted girl


*saje tepek lirik ni. hehehe. been there, done that.

Friday, December 5, 2008

yeay... akhirnya dpt pc baru!!~



akhirnya tukar pc. cpu nye mcm lg besar je dr pc lama. tp dpt monitor bes sket. hehehe. kire ok lah tu!!~

*sorry la gambo kamera henpon aku yang antik ni je. Mmg bukan rutin bawa Lola ke opis hari2. hehe.

Thursday, December 4, 2008

teman baru bubu



kak rosni baru pulang dr bercuti ke Kuching. Die belikan aku souvenir, key chain kucing yang sgt cute. hehehe. mekasey kakak!!~

pc masih blom tukar *sigh*.. esok baru pasang. jadi esok lah baru tgk gambar pc baru (bukan baru pun.. ambil pc lama kak aishah, my bos)

Wednesday, December 3, 2008

i'm answering why, and a few ads. hehehe.


that was me.. a year ago. at senayan, jakarta. Even gemok, but not as gemok as skrg. hehe.

close up sket muka. time ni muke tak sebulat skrg, n hati pun sedang senang. hehe. time tu baru2 berputik bunga2 chenta dgn Ayeh.


skrg.. aku pun tatau la ape aje aktiviti aku sampai membesar mcm ni. hehehe.

i seriously need to lose weight kan? mari la beri idea2 bernas kepada saye. hehe.

********

mungkin ada org rasa.. aku over reacting tentang kawan2 lately. yup, btul. masing2 dah besar and it's their right to buat ape diorang suke. I just need space, a little time for myself, to tenang balik.

*aku dah edit ni demi kedamaian sejagat. hehehehe*

Tuesday, December 2, 2008

she's married and i dun know

just knew that one of my best buddies in school is married, not sure recently or dah lama. And i have no fucking idea bout that.

i ask u my friends, do i happen to do things that make u feel that i neglect u? or make u wonder whether u're my top list or not?



trying my best not to semakin terase hati dgn kawan2.

Monday, December 1, 2008

bakal bertukar

aku cuti 3 hari... hari rabu ada exam, khamis baru kerja. sblm cuti, on thursday.. orang IT inform aku yang pc aku akan ditukar, sbb tahun depan HR system baru.. jd aku kene ade pc power rangers. haha.

jadi.... aku pun kene la kemas semua barang2 koleksi aku kt pc tu. hahaha.. mmg byk rupenyer. mane tak, tiap kali beli mekdi or apa2 yang ala2 collectibles, letak je la kt situ.

sile klik untuk enlarge.


Buanie tu kredit tu apai , hehehe. tak sempat agik nak berbagai2 dgn buanie ni.. name pon tak kasik lagu. Bubu ok ke? hehehe.

lately ni aku jadi agak sensitif. Maybe sbb too many things yang selama ni aku buat2 lupa n malas nk pk.. semua piled up. But i prefer to remain silent. semua dah besar, pandai2 la fikir. kadang2 bile kite buat, kita tak fikir yang ade orang terase. terase ni mmg kecik, tp bile dah timbun2 byk2, lama2 jadi penyakit.

I have to admit, i'm really bad in expressing tak puas ati, cari gado and stuff. Sometimes I dun even know how to argue. lagi nak maki or marah2 orang. Kalau dah kene marah or maki dgn aku tu, sendiri mau ingat la dah tahap mane marah aku tu.

i better stop here, before aku ckp things that i'll regret later. I will remain silent, tired of being used.

mari pegi art event!!


never missed the event before. Hopefully I won't miss this one either.

Sunday, November 30, 2008

The MIBA Dinner

Fellow readers...

As u guys read before, entry on me joining the netball game, 3km walk and tug-of-war, now is the time of the year for us, the athletes involved to enjoy the annual dinner. The theme of the dinner this year is Returns of The Camelot (if i'm not mistaken. ke Nights of Camelot eh? haha)

Two of Affin's staff had dressed up according to theme, and miss rina had won the second place for the best dress. yeay!! very sexy u.

I, dress up biase2 je for the event. Nothing much. The event was ok je, prefered last two years where we have Azwan Ali as host and Afdlin Shauki as one of the entertainer guest. I guess MIBA is running out of budget this time. haha. The door gift is only 2 food container, not the tupperware brand. Usually we'll get at least embroidered towels or sumthing. *sigh* The ticket is still sold at rm280 per pax (luckily the Bank pay for us, the athletes). I expect more from MIBA. adeh la.

Pak Lah is one of the honourable guest, and Jean too.. and Zetty Akhtar. Pak Lah speech was nice. It is very untypical to see bankers strolling around wearing trojan, Lords and duchesses dress around u see. hahahaha.

Hm.. i dun snap much, just a few shots (this time, it's really a few shots. And hey, i got myself shot too, with Lola. hehehe.