Wednesday, March 12, 2008

tentang jiwa yang berantakan

Bagaimana aku mahu mula bicara tentang hati yang berkecaian? jiwa yang berantakan?

Bagaimana aku mahu jelaskan mata yang enggan kering?

Puas aku mahu meyakinkan, aku mahu bersama susah dan senangnya. Aku mahu saksi tawa dan tangisnya. Aku mahu beri jiwa dan cintaku. Hanya pada dia, dan aku tidak perlu alasan untuk jelaskan mengapa.

Aku tahu kemelut jiwanya, kemelut hidupnya. Andai dia terlalu mahu melepaskan aku kerna tidak tega mengheret aku sama melalui susah hidupnya, jelaskan sejujurnya. Biar aku tahu bahawa apa yang terjadi ini kerna hakikat hidup yang kejam.

Kenapa perlu cari jalan kejam untuk buat aku pergi? Kenapa perlu halau aku pergi dengan kesakitan berganda... sakit kerna ditinggalkan sunyi dan sakit kerna ditinggalkan kerna cinta sudah tiada.

Jangan kau kejam cinta... Andai waktu mula berpasaran kita bisa duduk berdua berbincang soal hati dan perasaan, mengapa waktu2 begini kamu tidak bisa bersua muka mencari kata putus?

Bantu aku kawan2. Kerja aku di pejabat makin teruk. Aku tidak bisa kosentrasi. Puas cuba, gagal. Sangat2 sudah aku cuba, gagal.. Study aku juga mula terasa kecicirannya. Bantu aku Tuhan.. aku sedang hilang jiwa...

1 comment:

Miss Reen said...

ar..
aku tak paham ar...
bahser ko munga sgt...