Wednesday, February 13, 2008

Tentang hati yang tidak bisa senang

Aku pohon Tuhan kabuli istikharahku
Agar aku rasa jalan ini lebih terang
Agar aku rasa jiwa ini lebih tenang
Agar yakinku akan apa yang kupilih ini adalah benar..

Kabulkan Ya Rabb.. aku butuh petunjuk dariMu..

Amin.

Monday, February 11, 2008

cuti2 keluarga

Ok.. aku tau aku dah lame tak hapdet (sabar ek Lindosh). Aku demam dah 2 hari, tapi maseh gagah perkasa dtg kerja.. siap OT ok.. demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Cerita kat bawah ni backdated. Aku sepatutnya post pada 10/02/2008, tapi akibat kebongokan internet pade hari tersebut, dan kebizian pada hari2 seterusnya... ari ni baru aku post.

Kalau story 2 minggu lepas aku baru nk up ari ni, maknenye story minggu lepas aku up minggu dpean la ek? Hahahahahaha..



*ini adalah post yang sepatutnye pada 10/02/2008*


Hm.. cuti panjang sempena tahun baru cina ni dipenuhi dengan aktiti keluarga. Bermula dengan kenduri hari khamis, jumaat mengemas rumah, sabtu ke ikea dan ahad ke morib.

Ke ikea spontan. Mak tiba2 nk berjalan, nak ambil gambar contoh2 susunan pinggan mangkuk atas meja untuk jadi ilham dia mengihas bilik pengurusan diri di sekolah (mak cikgu Kemahiran Hidup, sudah sebati die dgn bilik itu meski mau pencen bulan 8 ni).

Di ikea kami jalan2. Aku malas mahu membelek lebih, nnt byk keluar duit (hehehe). tp aku survey harga2 perabot untuk bakal rumah kami nnt (hehehehe lagi). Mana tahu lebih berbaloi dr kedai perabot lain. Delivery service pon rm65 je. Ayah ada beli sofa, InsyaAllah esok ptg sampai rumah. Lain2 barangan dibeli ala2 saja. Jimat2.

Ayah n mak testing sofa, tp bukan beli yang ni..




tunggu depa amik sofa tu.. huhuhu




Ahad, secara tidak di plan terlebih awal (ayah tiba2 kata nk g pd ari ahad mase on he way g ikea) kami telah ke morib (plan nk ke pd tak jd sbb jam gile babas kt hiway). Mula2 kami ke pantai kelanang, panas terik time tu, aku plak blok boh sunblock, tahniah la kepada skin tone!!~ Tp mereka diskas2, tamau mandi sana.. nk g survey morib, carik chalet ke hotel ke.. senang nk salin baju solat etc etc.. so kami pon ke morib, jumpa hotel ni.. Impian Hotel. Kire ok la. Kalau 4jam rm100, kalau 1mlm rm155. Ni superior room la. 1queen bed, 1 single bed. Pool die best giler. Sbb air pasang kat morib ni cepat sgt naik, kitorang layan men pool reramai. kami conquer abes.. guest len ade sesiket je. Mcm2 aksi la ade sana. Hahahaha..


Walau pub pada awalnye aku agak frust sbb patutnye aku g deting ari ahad tu (tp, kene utamakan keluarga, ayeh pon ckp aku kene g jaga adik2 aku tu).. aku korbankan detink (ye ye je aku ni). Tapi ok la... i had my time there. Weekend ni mmg time utk family 100%. siket2 je utk diri sendiri. Aku harap2 kalo next2 week aku mintak time utk diri sendiri, diorang tak kisah sgt la (Amin).


Hm... aku nk post btol2 lepas balik dr morib td sbnrnyer, tp sbb loader gamba blogger ni cam mintak penyepak sket, n aku pon penat.. aku draft je la dulu.. later2 la post

Saturday, February 9, 2008

life is.. love is...

I learnt a few things lately. Bout life, bout love, family values.. bout byk benda la.



Bila kita dewasa, tanggungjawab kita akan bertambah sama sada kita sedar atau tidak... mahu atau tidak. Kadang2 kita terlupa tanggungjawab kita yang sebenar. Perkara2 yang kita anggap kecil, mungkin merupakan satu bebanan besar atau kemarahan bagi orang lain.

Aku tidak perlu pergi jauh untuk mempelajari perkara ini. Apa yang terjadi dlm lingkung keluarga aku sendiri cukup untuk beri pengajaran bahawa dengan mempunyai keluarga, kita patut punya priority yang lebih pada yang sepatutnya. Lebih besar lagi jika sudah punya anak. Life tidak lagi seperti waktu bujang.

Setiap perkara ada limitasi tersendiri. Kita tidak boleh bergantung pada keluarga selama-lamanya. Sampai waktu kita perlu berdikari. Belajar urus keluarga kita sendiri. Berhentilah menyusahkan orang tua, lebih2 lagi jika ketahuan org tua kita punya sakit2 sendiri. Mereka ni mmg tak sering marah, mungkin juga tak pernah bersungut, tapi itu tidak bermakna mereka tak kisah. Kena sensitif dengan perasaan mereka.

Ipar duai ku boleh dianggap menantu2 bertuah. Mereka punya mertua yang tidak marah2, tidak mengarah, tidak protes, tidak cerewet. Ya, emak aku mmg cerewet, tp bila dgn menantu, dia jadi malas mahu menegur. Sekadar merungut protes pada anak2nya yang lain. Pernah emakku dipuji besannya kerana tahan tinggal sebumbung dengan menantu. Tapi apa pun, aku kagumi kesabaran emakku. Kami hampir hilang sabar, tp sebagai adik2, apa mampu kami buat? sekadar mengomel merungut. Tapi emak hanya diam. Mmg sejak2 berusia, dia tidak pandai marah!

Aku mahu miliki kesabaran emak. Itu yang aku perlukan untuk masa depanku. Untuk keluargaku kelak. Untuk anak2 ku nnt yang aku pun tidak tahu bagaimana coraknya. Wallahualam.



Waktu tidak menjadi kayu ukur sejauh mana kita mengenali seseorang. Keakraban juga tidak bisa menentukan adakah kita faham seluruh pelusuk hati seseorang. Kadang kala di sesuatu jangka waktu, ada sikap2 seseorang yang tiba2 muncul.. dan waktu itulah kita tahu, dia memiliki sikap itu. Apa harus kita buat? Sabar, dan cuba belajar terima dan belajar juga bagaimana mahu bereaksi sekiranya seseorang itu datang semula sikapnya yang itu.

Tidak semestinya buruk. Kadang kala perangai atau sikap itu yang azalinya, cuma kita belum ketahui. Kita pun punya kelaku2 yang belum sampai ke pengetahuan orang lain, tinggal tunggu masa saja untuk ke permukaan.

Setiap kali aku pelajari sesuatu yang baru tentang ayeh, aku cuba absorb dlm diri aku. Ada juga yang mulanya aku agak reluctant, sbb bertentangan dengan apa yang aku pelajari tentang dia awal2 dulu. Padahal bukan perangai buruk pun, ak saja yang sering berlebih2. Tapi aku akan tanya diri, adakah aku sayang dia? jawapannya tidak pernah tidak, malahan makin lama sayang itu makin menebal. Jadi, apa aku buat? Aku absorb, terima secara positif. Kerna kadang2 aku sendiri saja bereaksi berlebihan pada perkara yang tidak ada apa2 pun sbnrnya. Secara personal, aku ambil ia sebagai satu cara aku perbaiki diri.

Dulu aku seorang yang posesif, pesimis, cemburu, selfish. Tapi kini aku pelajari, aku perlu buang semua sikap negatif itu untuk jayakan apa jenis hubungan sekali pun. Aku harus letakkan akal di depan emosi gila aku. Agar aku dapat buat pertimbangan sewajarnya. Begitulah sebaiknya.

Aku doakan yang baik2 aja dlm hubungan kami. Aku mahu dia di masa depanku. Aku mahu dia selamanya. Dan aku paling tidak mahu hidup tanpa dia, terutama dlm waktu terdekat ini. Kerna aku tidak mahu berpaling kepada kehidupanku yang lama. Hidup yang tanpa dia. Aku bukan survivor dlm dunia kejam itu tanpa Ayeh. Tuhan bantu aku ya!

Ameen...

Tuesday, February 5, 2008

Alhamdulillah..

Hm.. hari ni seperti byk perstiwa. Ahaha.. bukan la peristiwa.. tp a few things happen or occur or.. ape2 la.. meh kite tgk ape jadi ari ni.

Hm.. Aku dan ayeh kembali sihat (ayat tabley bla). Aku mohon keadaan ini akan terus berterusan dan semakin baik. Aku kena mula memahami kerjaya my love itu yang sudah makin bz skrg. :) saye sayang die.

Td mase lunch aku beli kamera. Ha.. meski pun bukan kamera idaman aku dslr itu.. hanya compact digital... kire ok la.. boleh aje aku ambik gamba kan. syukur alhamdulillah...

Aku dah bayar fees untuk join photoshoot banglo usang (outing dak2 sfcs). RM100, full payment trus. InsyaAllah 24hb nnt aku berjimba di sana berbekalkan dslr nikon d40 yang aku pinjam dr Reen (ai lebiu very strong bebeh). Aku akan jage kamera ko baek2, mcm anak sendiri. hehehehe.. InsyaAllah, fynn pun setuju nk tolong2 dr segi art directing.. kire direct model2 tu utk pose la. Encik Pencerita kata nnt nk meet up aku dan Fynn. Bakal dibincangkan nnt2.

Aku secara tiba2 disapa/diYM oleh dua org kawan lama aku, yang dah lama menyepi. Mula2 sha, besfren aku dr JB. Aku malas mahu cerita punca kami berjauhan. Namun yang pastinya, aku hepi sbb die bertegur dengan aku semula. Kami buat2 je bual2 mcm takde ape2 yang pernah berlaku. Mmg sedari dulunya mcm tu tiap kali gado. Tp aku rasa lega sbb dah beritahu die bahawa aku sudah berpunya. Hati aku bukan lagi milik die seperti dulu (cerita lama yang bodoh antara aku dgn die dulu. Aku pernah cinta mautan sama ini mamat). Lega, dan seronok..

Sorang lagi bob aka darah_satria. Mamat ni pon dulu close dgn aku. Masing2 mula bawa haluan masing2 dan sudah tak rapat mcm dulu. Tadi tiba2 die tegur di YM, bercerita tentang life barunya yang pada hemat aku jauh lebih baik. Alhamdulillah.. itu yang aku mahu dr kawan2 ku, perkhabaran bahawa semuanya baik2 saja.

Adik angkat kesayang ku si Mohd E'zham pun suda mula menegur. Diappsove aku di myspace. Moga2 ini permulaan yang baik untuk semuanya.

Aku masih teruja dengan kamera baru. Tp mcm tak syok tak leh nk dimanualkan sgt (aku sgt suka memanualkan benda. Fokus saja yang mahu auto, sbb mata rabun. Hahahaha.)

Skrg aku sedang tunggu kek coklatku siap dimasak/dikukus. Ada tempahan utk esok, 3 biji.

Ya Allah.. ku bersyukur di atas nikmat yang kau beri. Alhamdulillah, Ya Allah. Shukran jaziilan.

Saturday, February 2, 2008

rindu terubat

dapat berbual dengan dia yang pada detik ini jauh dari mata. Meski hanya 17 minit, tak terkata betapa terubatnya keributan dan kerinduan dalam hati aku ni.

Ya ya.. jiwang sungguh sang siti ini. Meski aku tak dpt lepas kerinduan sehabisnya... namun pada waktu ini panggilan tadi cukup untuk merawat hati yang agak nanar 2-3 hari ni.

Tuhan.. jangan kau bawa dia pergi lagi... aku sepi...

Friday, February 1, 2008

kangen banget

Aduh
Aku sangat2 rindukan sang cinta.. sampai demam (serius.. lps menangis mlm semalam aku sakit kepala. Bangun tidur sudah ada feeling mahu demam. Hari ini kompom demam, penangan ujian hebat ini dan kerinduan yang amat mendalam).

Aku mohon padaNya di setap akhir ibadatku.. Permudahkanlah dan perluaskanlah jalan ini Ya Penyayang... lapangkan fikirannya Ya Pengasih.. Sesungguhnya kami mampu tempuhi dan jayakan semua ini dengan izinMu Ya Rabbi. Amin.

*ujian ini menduga kesabaranku. kuakui aku bukanlah penyabar sangat*

Thursday, January 31, 2008

Ya Allah.. Mohon dipermudahkan jalan...

Bila kita nak buat sesuatu yang baik.. memang byk betul dugaannya. Sabar mmg kene amat2 sabar.

Aku sedang bersabar. Beri dia reda dulu. Mungkin die terlalu risau dengan perkara yang unforseen. Aku sedang table semula skrg. Aku amat2 harap, bila dia sudah sejuk.. mahu dia berbincang, dan boleh aku tunjuk saja penyelesaian yang aku dpt nnt.

Ya Allah, jangan kau beri rasa kalah dlm hatinya.. byk lagi yang bakal ditempuhi. Besarkan hati2 kami dalam menempuhi ujian2Mu ini Ya Allah. Andai kau takdirkan mmg inilah jodoh kami, tabahkan hati2 kecil kami dlm menempuhi ujianMu ini.

Aku sgt lemah. Aku tak pandai berdoa. Tapi sesungguhnya Engkau Tuhanku Yang Maha Agung, Maha Mengetahui. Hati2 kami ini juga milikMu Ya Allah. Berikan kami kekuatan Ya Allah. Jangan jadikan kami mudah mengalah.

Aminkan ya kawan2. Aku sedang amat mengharapkan support anda2 semua. Terima kasihsyg2.

Salam...