Sunday, December 14, 2008

Fudge Brownies


itu hari (mase mc hari rabu), aku bikin ni fudge brownies. senang je, campur2 kacau2.. kasik masuk loyang, bakar. then mase panas2 dgn ice-cream.. mmg mabeles la.


Fudge Brownies

1 cwn butter
1 cwn serbuk koko
1 3/4 - 2 cwn gula castor (bergantung pada tahap suke manis korang)
1 1/2 tsp esen vanilla
4 biji telur
1 1/3 tepung serbaguna
1/2 tsp garam halus
1 tsp baking powder
1 cwn nuts + choc chip (aku taruk almond nibs ngan choc chip balance buat cookies itu hari)

*cairkan butter. kemudian campurkan dgn serbuk koko. put aside.
*gula + esen vanilla + telur = campur dan kacau sebati.
*campurkan tepung + baking powder + garam.
*masukkan tepung dlm adunan gula td sikit2 n gaul. Then masukkan adunan butter n cocoa plak.
*gaul semua sampai sebati. Masukkan kacang n choc chip.
*tuang dlm loyang pembakar. bakar dlm oven dgn suhu 175 darjah celcius.. sekitar 30-40 minit.

selamat mencuba. hehehe.~*

Saturday, December 13, 2008

bikin tag mai dgn misha plak

1. Do you think you're hot?
sometime aku mmg hot. hokhohkho.

2. Upload your favourite picture of you!


3. Why do you like that picture?
macam suci je muke aku. huhuhuhuh.

4. When is your last time you ate pizza.
hm.. last week, hari selasa.

5. The last song you listened to?
Andra & The Backbone - Sempurna. masih mencari orang yang aku nk tuju lagu ni pada dia. hehehehe.

6. What are you doing right now beside this?
hm.. sepatutnye aku remove n cuci lens ni, and cuci muke. and upload gambar dr Lola ke pc.

7.What name would you prefer beside yours.
I luv it as it is.

People I tag.


1. Ezza
2. lindosh
3. cemut
4. chacha
5. hummy

8. Who is number 1?
my sista, my adik gedik's ex gf.

9.Number 3 is having relationship with?
ngan tunang die si kutang.

10. Say something about number 5.
sangat kurus, sile tambah berat badan ok. hahaha.

11. How about number 4?
bakal cikgu ang berdedikasi. hehe.

12. Who is number 2?
kawan baik yang tak pernah bersua mkuke. hehehe.

hutang tag ezza

tag ni aku pnah buat dulu sbnrnye. hehehe. tapi takpe la... demi ezza adek ku sayang, sis buat juge la tag ezza ni.


State 15 weird things/ habits/ little known facts about yourself.

1. ni... paling kelakar menurut adik aku, acha. Aku tak reti nk buang kahak.. ala, herkk ptuih tu. Tiap kali aku kene batuk berkahak tu, mesti agak suffer la sbb lambat nk baik.. sbb aku tak pandai nk buang. kalo dpt pon sket2 je..

2. kadang2 aku boleh jadi sangat pemendam. pendam2 sorang2, lama2 ilang la. jarang sgt jadi dendam.

3. aku no 5 dr 8 adik beradik. Sulung n bongsu perempuan. Jadi aku anak perempuan yang tengah2. ade kakak, abang, adik lelaki n adik perempuan. hehehe.

4. walaupun junior2 aku slalu ckp aku ni berani, aku ni penakut jugak sebenarnye. Buktinye kereta aku yang jadi tukun sbb aku takut nk drive semula.

5. Aku seorang yang sensitif. Boleh jadi sangat sensitif kadang2.

6. Sekali aku sayang orang (ni in terms of sayang adik2 abang2 kakak2 la), aku akan always sayang la. Takde terms ex adik angkat ke ape ke.. cume bf je kalo dah clash jd ex la. hehe.

7. hobi aku sebenarnye mengumpul stem. siyes. kat opis aku ade satu kotak stem yang blom diproses utk letak dlm album.

8. aku terlalu byk baju hitam n perang, sampai kawan aku tego suro aku kaler sket wardrobe aku. skrg aku dah ade kaler2 len. hehehe.

9. aku tak tahan sejuk. kakak opis aku panggil aku mamalia berdarah sejuk. hehe.

10. mase aku kecik2 rambut aku lurus. skrg sudah curly.

11. aku jarang sgt shopping baju n seluar. mane yang ade tu pakai je sampai koyak ke.. out of shape ke.. baru sibuk cari baru.

12. used to be shoesaholic. tp skrg tidak lagi.

13. paling malas melawa. sekali sekala je aku grando bermekap bagai. kalau tak pakai je ape yang ade, asal kemas.

14. suke memasak (eh, aku rase yang ni ramai dah tau)

15. aku ade masalah sinus yang agak truk. tp aku sinus telinga. pnah dgr?


dah la.. cukup dah 15. dah kire 30 dah ni termasuk previous tag. sape2 rase nak bikin, sile2 la yek. hehe.

Friday, December 12, 2008

mencari relevensi

td, di opis. rasa biasa2. BHT suruh aku aku ambil dokumen recruitment dr ofis MD. Kakak tu mula tanya2.. mcm mana kerja etc. ops, lupa. hari ni aku masih demam (since hari selasa aku dah demam). Dia ckp: bawak2 la keluar2. aih, aku lupa la ayat die mcm mane. tp die cube bgtau aku, enjoy la life. aku = kerja hari2+fotografi+jahit manik. dan dia baru tahu aku suke memasak. haha.

ya la. aku ni serupa org takde life. Patut la aku takde kawan, i mean.. member2 lepak.. yang boleh selalu2 lepak2. Mungkin sbb ni juga kawan2 aku tak rase nk ajak aku selalu lepak sbb aku selalu bz. hm...

demam pulak. Rasional nya aku demam selama ni sbb kurang rest barangkali. Hari selasa ke opis mcm biasa. Ingat kan kisah aku sampai sakit2 kaki? Pagi selasa tu pun dah mula rasa nk demam. Tghari si Meor belanja pizza hut, farewell untuk bdk2 trainee. Lps balik makan pizza la, mula rasa badan tak sedap giler. Pegi klinik, dr kasi ubat dan mc, suruh balik. Tapi aku sambung juga kerja2 aku, ada yang tak siap. Dalam kul 4.45 baru gerak dr opis, hujan lebat takde ampun. aku pulak tak bawak payung. *sigh*

Rabu aku mmg tak larat bangun dah. MC trus. Ptg tu ade juga keluar, konon mau beli bateri, hari khamis ade job, indoor dan perlu byk bateri. Tapi tak jumpe bateri pun. Mlm tu pegi lagi ke kafu (carrefour la). Dapat juga bateri.

Khamis g keje mcm biasa. Masih blum sihat, tp ok la sikit. Sempat g gym tghari tu. Ptg tu trus gerak ke One World Hotel, dkt2 ou. Sampai on time. Kerja sampai dlm kul 11. Transfer gambar etc, kul 12.20 baru gerak pulang. Sampai rumah, makan ubat dan terus pingsan.

Hari ni, aku hampir2 tak larat bangun. Tp gagahkan diri la jugak. Sampai opis lambat, hujan lebat gile bab kt rumah, dah la demam, takkan aku nk redah hujan kan? Kat opis, makin petang mcm makin menjadi aku rase. Sampai rumah, masih gagah nk menaip blog. hahahaha.

Skrg baru lepas makan ubat, nk layan separuh akhir muzik2 sampai habis. nk tgk stacy dpt masuk final tak. hehehe.

Kadang2 aku rase gak sunyi. Btol gak ckp kakak tu. Aku mcm takde life. Bukan takde, ade. Aku ade kawan2. Tapi lepak tu, aku rase mcm dah lama tak buat je. Aku suke je nk lepak2 lps opis ke kan. Ade satu musim tu ade org tu layan je aku lepak lps opis, tp skrg die dah jadi aneh2, malas dah la. Ari ni birthday die, Happy Birthday wak. Tapi, aku wish die pun die mcm aneh2. Aih, takyah pk la.

Ntah.. aku pun mmg ade isu kawan2 kan recently. Aku yang terase lelebey ke atau diorang yang mmg takde aku dlm priority list diorang ke, Wallahualam. Ye ar.. orang lain besfren dkt2. Aku, besfren kt jb nun. besfren kt damansara tu pon susah nau nk jumpe nyer..

tapi aku kene sedar diri lah kan... aku kan dok jauh.. semua org malas la nk bersosial dgn aku ni. haih.

dan haih lagi.

sha, help pliss. pindah dkt2 sini.

Monday, December 8, 2008

The Hoppers & Ahli Muzik



Malam tadi, dlm sakit2 kaki dan keletihan memasak, aku tlh layan ke 8-8 episod (setakat ni) of The Hoppers & Ahli Muzik. hehe.

Mula2 aku tgk sbb saje nk tgk si Fynn. Lama gile la, dah 7th episod baru ade Fynn kuar join dak2 tu. It's a story of four guys from of about different background, berjalan2 seluruh semennanjung Malaysia. The learn new things on cultural and art. Aku rasa series ni patut lebih di promosikan. Not only they show the indie scene around the country (Jayzuan Ipoh, The Rhaman Melaka, Borjuis Jitra), they also show things that personally i don't know before, like the parkour kids. The jump bildings ok. Kewlnwss. And my fav guy is Gambit (hehehe, he's cute). Sbb die adventurous and even try the parkour kids jump around. Tp, die mgm temper sket ar. haha.

You guys should watch ok. Very good cultural lesson. Bley catch up the show kat 8tv.com.my or they aired it every sunday at 10pm.

Salam Aidiladha... masa untuk berkorban. :)

Hari ni seperti tahun2 sudah, hari membuat persediaan menyambut Aidiladha. Mungkin sesetengah orang tak sambut pun Aidiladha ni, setakat bercuti, dan yang lelaki tu g semayang raya.

Family aku sambut juga Aidiladha. Hari ni hari memasak2. Ada rendang ayam, rendang daging, nasi impit, kuah lodeh. Extra tahun ni atas kerajinan ntah ape hal aku, ade biskut raye, the very special Famous Ami's Choc Chip Cookies. hehe.

Aku bangun tak la pagi sgt, sbb smlm tdo lambat. hehehe. Then tolong mak aku motong bawang etc utk rendang dan lain2. Sampai tghari gagah je aku masak rendang. Tibe2 la dah nk ptg centu, tapak kaki kanan aku sakit ya amek. Serus shit sakit, aku nk berdiri, menapak pun sakit, terhincut2 gak la. Mak aku ckp, bawak2 la duduk. Haah, baru aku sedar aku tak duduk2 since aku start tolong pagi td. hehe. Aku sapu la krim susu kambing gamat aku beli kt Langkawi dulu, lega sikit tp still sgt sakit. Korek2 jumpe pain killer yang doc slalu kasik time aku sakit2 badan tu. Lama jugak lps tu, lega sket ar.

Sangat best memasak kat dapur baru mak. Korang tgk je la gamba tu, dapur humang aih, mcm restoran. Tapi mmg amat memudahkan kerja2 memasak. Satu tungku masak rendang ayam, lg satu tu rebus nasi impit. Abes nasi impit, masak kuah kacang plak. Rendang ayam dah siap, sambung buat rendang daging plak. Finally semua abes masak dlm kul 9 mlm. Ade la dlm 12 jam memasak.

the dapur

goreng garing2

masuk santan

kacau2 lagi


Mesti ramai heran asal lama benau kitorang masak rendang kan? Mak aku minang, and style kami suke rendang2 kering. Kalau rendang daging tu, biar sampai kaler itam or ceklat gelap. baru syiok. huhuhu.

belum kering lg ni...

baru best!!~


Dah abes masak2 rendang, aku pon start la mengadun dan kendian membakar biskut. Hehehehe. skrg pukul 1.45am, dan aku baru setel membakar semua biskut. Aku dah tak larat nk kemas dapur, minta adik aku je kemas, lg pun die tade buat ape dr siang td. And kaki aku dah start rase sakit balik. Mmg shit la.

biskut itam pujaan hatiku.. huhuhu.



Mase untuk tdo la.. sbb kaki aku dah saket, maken hazab neh..

Sunday, December 7, 2008

malam ini saye makan...



bocolli and tuna salad + mashed potato malas. hehehe.