2-3 hari ini biasa2 aja.. yang nyatanya cuma aku semakin bz. dan kemaruk aku pada fetishku (pornography.. eh.. photography) semakin memuncak. Makin hari godaan dan nafsunya kian memuncak. Bila mau orgasma? bila waktu sudah ada dslr yang empunya nya aku.
Tertarik pada blog rakan ku.. tentang plagiarism. Ada terfikir mungkin aku akan di plagiat juga kah?(ada kah org membaca karyaku?)haha.. ntah la.
Mula sekali credit kepada cik Affina dan Jannah Raffali.. info2 ini aku kutip dr blog mereka.
Dia seorang celebrity. Meski tidak la semasyhur Siti Nurhaliza, dia juga terkenal. Terkenal dengan perkahwinan berusia beberapa bulan itu (3 bulan tak silap) dan perkahwinan semula dgn vip yang khabarnya majlis diadakan jauh dr liputan wartawan2. (hm.. mcm penulis kolum gossip pulak aku)
Apa pun.. tertarik dengan Puan Natasha Hudson ini... kelakarnya, dia umpama bambi yang cuba menegakkan benang basah. Aneh dan lucu, tapi benar.
Puan Natasha di sini khabarnya telah menerbitkan sajak2, untuk bahan bacaan dan hiburan kanak2. Tajuknya Kek Coklat.
Kek Coklat by Natasha Hudson
Saya mahu satu kehidupan,
Kamu mahu sesuatu yang lain,
Kita tidak dapat makan kek coklat,
Jadi kita makan sesama diri.
... dan ini pula karya asal hasil penulisan Roger McGough
Cake by Roger McGough
i wanted one life
you wanted another
we couldn't have our cake
so we ate each other.
Makan sesama diri? apekah?
Menjawab kepada pertuduhan plagiatnya...
NATASHA HUDSON said...
hi there..a blogger got me to check out some serious allegations here written in your site n honestly i have never heard of tht mcgough writer or read any of his poems..maybe it so happen to be wht i wrote is similar to wht he had written.n let me explain/define once more my childrens book in malay is written as short stories in so called poetic form,so they are not hundread percent poetry..its more of storytelling..only my english book is pure poetry..what i write is in a humourous & fun way..its not like im trying to educate children in an educational way..& for them to feel entertained & thts why there is illustration..tq
aku tertarik utk memetik "its not like im trying to educate children in an educational way"... ya, betul tu. dun teach children tu plagiat. it's not educated. non educational way. haih.
ada lagi 2 bukti ke'blonde'an Natasha...
Si Kura-Kura Kecil by Natasha Hudson
Ada seekor kura2 kecil
tinggal di dalam kotak
berenang di tepi tasik
memanjat di atas batu
dia cuba menggigit nyamuk
dia cuba mengigit kutu
dia cuba menggigit berudu
dia cuba menggigit aku
dia berjaya menangkap nyamuk
dia berjaya menangkap kutu
dia berjaya menangkap berudu
tetapi dia tidak berjaya menangkap aku
The Little Turtle by Vachel Lindsay
There was a little turtle.
He lived in a box.
He swam in a puddle.
He climbed on the rocks.
He snapped at a mosquito.
He snapped at a flea.
He snapped at a minnow.
And he snapped at me.
He caught the mosquito.
He caught the flea.
He caught the minnow.
But he didn't catch me.
-------
Mentega kuning, jelly ungu, jam merah, roti hitam by Natasha Hudson
Mentega kuning, jelly ungu, jam merah, roti hitam
ratakan tebal
katakan cepat
katakan cepat
sekarang ulang
sambil kamu makan
sekarang ulang
sambil kamu makan
janganlah bercakap
bila mulut kamu penuh
Things We Like to Eat by Mary Ann Hoberman
Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread.
Spread it thick,
Say it quick.
Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread
Spread it thicker,
Say it quicker.
Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread
Now repeat it,
While you eat it.
Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread
Don’t talk
With your mouth full!
...
ok, jika satu, mungkin kebetulan (ya right!). tapi jika ada tiga? mana kita tahu, mungkin byk lagi, kan? hm...
apa pun kawan2, moralnya.. jangan ambil hasil orang, karya orang dan angkat sebagai usaha sendiri. Jika mahu, beri kredit kepada sang penyair. Karya itu umpama nadi bagi kami sang penulis. Jangan bunuh kami, jangan curi nadi kami...
Sekian.
*oh.. perasaan saya sedang sangat rindu pada Sang Cinta*
Berserah
-
Diam itu
adalah kesepian
menyimpan dendam
Jika sengsara
nyatakan saja pada dunia
kerana Dia ada
berserahlah padaNya
*ashraf ishak5:44 Petang 22HB Disemb...
12 hours ago
2 comments:
ya betol tuh .. kalau 1 tak per .. nih sampai 2 .. 3 ...
boleh plak dia translate .. sabau jek laa !!
tu la pasal
translate tak kena pulak tu
tros jadik klakar
lps tu tanak ngaku
chet
Post a Comment