ok ok. lama dah kata nk update, tp tak jugak update2. Meh aku update.
Alhamdulillah, dpt lagi aku bertemu Ramadhan tahun ni. Aku membizikan diri aku dgn pelbagai aktiviti bulan Ramadhan ni, ye la, tahun depan belum tentu jumpa kan.
Oh, sblm tu mari aku perkenalkan my new baby Nikon.
Tadaaaa... my Nikon FM2. Lama wooo kamera ni, aku jangkakan lagi tua dari aku. Dulu mase jaman2 aku main slr filem, aku mmg dah teringin nk pakai FM2. Aku ingat Abg Din photographer IYC (International Youth Ctr, Abg Din ni selalu amik gambar utk Rakan Muda), die ade cakap dgn aku kalau nak mahirkan diri dgn photography main la FM2 ni. Seriously manual, nk roll filem pun manual. Tapi aku mmg happy dgn kamera ni. Skrg aku nk cari scanner yang bagus, baru boleh scan gambar2 dan share dgn kawan2 ni. hehehehe.
Ok, ceta lain. Aku ni merupakan pengguna Crocs sejak tahun 2006 kot. Kasut crocs aku yang pertama ialah mary janes warna hitam saiz 6 (perlu la bgtau size. hehehe). Aku sgt suka kasut tu, selama setahun lebih aku guna hampir hari2. G kerja, g jalan, g amik gambar semua aku pakai kasut tu. Sampai la dah setahun lebih sikit tu tapak die pun dah haus sampai hampir berlubang la. Aku mmg sayang giler kasut tu. Dan lps tu aku beli kasut yang sama juga, mary janes hitam saiz 6. Dan sejak mary janes kedua tu aku juga ade la beli kasut2 lain mcm sassari black/silver dan choc/brown (tipu, sassari ni mak aku punya). Sassari ni pun tahan lama wooo... mak aku pakai dr masa die masih mengajar, skrg die dah setahun pencen dan kasut tu digunakan oleh aku juga utk ke office (sejak mari janes yang pertama dah tak berkhidmat lg dah). Secara serius, aku belum pernah pakai kasut setahan lama dan selasak crocs. Sbb tu aku tak reti nk beli kasut lain dah skrg (kecuali la kalo ade org nk belanja aku Nine West ke, aku tak tolak.. rezeki. hehe).
Panjang btol membebel pasal crocs apasal?? Haaaa... baru2 ni aku dah jumpe crocs butter. Dulu2 diorang tak jual crocsbutter ni kat Mesia, tp skrg dah ade. Lalu aku pon membeli dan menerai ke atas mary janes hitam saiz 6 aku yang ke-2 tu. Hasilnya...
Tengok perbezaan antara kedua2 kasut, yang berkilat belah kanan tu dah di gosok dgn crocsbutter dan sblh lagi tu belum. Nampak shining2 tak? hehehehe.
Dah shining2 boleh la taruk jibbitz2 nya ya.
Jadi, conclution yang dibuat oleh mak aku dan aku... tak payah la beli kasut raya baru tahun ni. Kita cuci dan kilatkan balik je crocs yang dah sedia ada sebagai kasut raya, jimat. Recycle kasut yang dah 2 tahun lebih berkhidmat tu. Huhuhu.
Update ke-3
Aku tak ingat berapa haribulan... Aku dan geng2 office (dari geng2 sejawatan sampai la ke bos2) telah keluar berbuka puasa di JW Marriott. Atas batuan sahabat kita Chef Rid kami telah mendapat diskaun 30%, jadi satu org cuma perlu bayar RM43.50 sahaja. Makanan best2 (sbb ade kambing n mint.. nyumm) dan byk giler makanan nye.
Aku tak sempat nk makan mcm2 pun sbb dah kekenyangan. Start2 makan kambing dgn sate n bryani. Pastu g solat maghrib kejap sesambil melegakan perut, pastu sambung makan makanan light2 sket mcm salad2 dan kambing lg satu round. Huhuhu.
Alhamdulillah program berbuka tahun ni berjalan lancar. Last year tak menjadi plan nyer.
Lagi2 update...
Haaa.. konon2 azam tahun ni beraya xnk beli kuih siap, aku nk bikin kuih sendiri. Kalau biskut biase2 mcm Famous Ami tu ok la, selambe je buat (wah!! eksyen!!), tp aku saje nk challenge diri aku buat biskut yang aku tak pernah buat mcm Hazelnut Ball ni.
Aku terkagum dgn diri sendiri sbb berjaya menjayakan biskut yang leceh ni. Kalo nk try, raye meh la dtg rumah aku. Huhuhu.
Raya ni mak aku ckp no open house mcm tahun2 sudah. Kene beringat2 pasal H1N1 ni. Tapi kawan2 ku dun worry, korang bgtau la aku bile korang nk dtg. Kalo pakat dtg reramai lg aku suke. Nnt aku masak2 la best2 utk korang. Tp awal2 aku bgtau aku not around minggu ketiga (10-11 Oct) sbb aku ade Photomarathon dan event2 lain. Bgtau awal2 ni. Hehehe.
Ok la.. raya wishes nnt ya... aku tgh berusaha menyiapkan kad ucapan raya spesel dr aku. Doakan kad aku berjaya siap sblm Raya ye. hehehehe.