Tuesday, September 22, 2009

Marilah Berhari Raya - Hijjaz

Marilah berhari raya
Bertakbir dan bertahmid
Tunaikanlah solat sunat
Mendengar khutbah pembangun jiwa
Selepas itu bermaafan sesama kita

Bergembiralah di hari ini tidak mengapa
Asalkan jangan sampai membuat dosa
Sekadar riang berkasih mesra menjalin silaturrahim
Menguatkan ukhuwah sesama kita

Ziarah menziarahi tidak mengapa
Bercantik dan berharum begitu jua
Tapi syari'at kenalah jaga
Agar di hari raya tidak buat dosa

Ingatlah hari raya untuk orang bertaqwa
Kita belum tentu layak ikut sama
Patut rasa malu pada diri sendiri
Kalau kita bukan orangnya

Marilah berhari raya
Bertakbir dan bertahmid
Tunaikanlah solat sunat
Mendengar khutbah pembangun jiwa
Selepas itu bermaafan sesama kita

Di hari raya hiburkan fakir miskin
Dengan bersedekah bermesra dengan mereka
Berkasih sayang dituntut agama
Kerana ia fitrah manusia

Menjamu selera bersama-sama sahabat dan keluarga
Ikhlaskanlah amalan kerana Allah
Elakkan dari pembaziran dan dari membuang masa
Tatatertib hari raya kenalah jaga

Marilah berhari raya
Bertakbir dan bertahmid
Tunaikanlah solat sunat
Mendengar khutbah pembangun jiwa
Selepas itu bermaafan sesama kita




Aku saja nk share nasyid raya favourite aku. (aku lupa nak share nasyid Ramadhan favourite aku ari tu). Bab bold tu yang paling kene renung2kan dan selamat beramal, sbb aku sendiri pun tak confident yang aku ni layak nk sambut raya ni. hehehehe.

Puasa ni bukan sekadar berlapar dan dahaga aje. Atau full tiap2 malam g terawih kat masjid. Allah jadikan Ramadhan sebagai satu kesempatan untuk kita pulun buat ibadat sunnah apatah lagi yang wajib sebanyak2nya. Berganda2 kebaikan Dia bagi. Dan kalau puasa tu takat berlapar dahaga aje, tang solat tak buat atau ngumpat2 n sakitkan org tu buat gak, susah sket la nk ckp. (ni aku tuju kat diri sendiri jugak, hehehe).

Tapi masih la aku sambut hari raya ni, aku dah cuba yang terbaik untuk memanfaatkan Ramadhan tahun ni sebaik2nya. Moga Allah menerima amalan2 kita sepanjang Ramadhan sekaligus melayakkan kita beraya dan bergumbira ya. Amin!!~

No comments: