Sunday, June 29, 2008

Great weekend

Weekend yang best walaupun letey. Acha pon dpt join ke'best'an weekend ni. Bermula dengan Layar Tanchap hari jumaat mlm, ke karnival St. John 2 ari sabtu. Tenkiu to cicer reen yang ajak join. Huhuhu. And thanks to Amru on ilmu2 mase Layar Tanchap itu ari. *senyum letih to bes*

Saturday, June 28, 2008

cerita kawan

aku baru pulang dari Layar Tanchap Shah Alam. Letih, namun seronok. Byk ilmu baru diperoleh, esp dari Amru. Banyak konon2 lah die tu. Hahahaha.

Fynn tiada di LT kali ini. Siang td melalui sms dia kata ada urusan keluarga. Hm.. gembira lihat dia sedang berbunga.

Dulu, tidak lama sebelum aku mula berkecaian, fynn laluinya dulu. Perit getir, luka dan macam2 dia lalui. Merindu dan mengharap mentari, hingga akhirnya mengalah bahwa matahari itu bukan miliknya. Baru2 ni tercerita dia akan perihal insan baru hadir yang serius dan mahu bermasa depan bersama2. Betapa Maha Kaya Tuhan, indah diberi selepas nanar jiwa ditekan kekecewaan.

Aku? Entah lah. Masih menanti bilakan datang sinar untuk siram semula hati aku ni. Meski punya banyak agenda saban hari saban waktu, meski penuh sarat otak memerihal perlbagai isu tiap detik, namun hati lompong aku tak nafikan. Kosong. benci lah.

InsyaAllah dengan izinNya, akan berarti semula. Fynn temu yang baru itu sama minatnya. Seorang penyair, seorang pemuzik. Saling melengkap. Adakah aku bakal ketemu saling melengkap juga? *senyum saja lah*

Thursday, June 26, 2008

hahaha

giler poyo siang tadi kata nk g gym. makin petang makin rasa sakit badan akibat hayunan maut raket skuasy smlm. hahaha. sampai skrg peha, lengan kanan.. still aching giler babas. tapi kental lagi balik jln kaki dr opis ke bus stand sana. :))

tp aku kene regularkan diri jugak g bersenam free kat gym affin bank tu. ye la... ari tu aku try angkat lens IS pon dah berat mcm dumbell. kalo L lens, tamau imagine la. stamina pon makin sempot sejak badan naik ni. *geleng kepala*

2-3 mlm ni aku dok kerjakan editing utk album zana. boleh la tibe2 bakal bapak mertua dia pun nk satu album, jadi ade 2 album la. tak kesot la, janji bayar.

bos hero tamil aku nk cuti panjang bln 7 ni, cuti exam. huhu, gumbira sebentar la. Mlm ni ade bola. nak tgk sebab germany maen. tak jd tengok sbb dah penat dan esok kerja. jadi esok aje lah kite bace result nya. Germany masuk final, amin.



*td aku masak meggi berapi. syiok. dah lama tak layan meggi*

Wednesday, June 25, 2008

sin,dar,ela

mlm smlm ade skuasy. sesambel tu main badminton. huhuhu. dah lama tak bersukan, syiok giler la.

so, sampai rumah dah pukul 9.25, tp sempat gak tgk sin,dar,ela ni. Time sampai rumah dah sampai scene kete rosak tu. Ade satu part si husin call zoela angkat, zoela ingat naema. si Husin menangis bile dgr suara zoela. Itu namanya rindu. Sgt2 rindu, dan sesal. Waktu ada kita tak hargai, bila dah hilang kita sesal. Rasa2 kalau Ayeh dgr suara aku die nangis tak? Tak kot, tp aku yang nangis kalau dgr suara Ayeh. Sbb aku rindukan die dan sedih. ops. full stop. no more soppy2 story morry.

Maybe ari ni aku layan gym kat Affin Bank plak. Hahahaha.

Kawan2, doakan loan aku lepas eh? Aku nk beli L lens. Muahahaha. takdelah. aku nk wat album portfolio. gersang akaun aku kalau nk kuar saving, custom paling bongok pon dah lebih rm300. Kalau nk buat custom lagi, story book lagi.. mock up sticky lagi.. sile kira sendiri la. (sbb tu aku tak paham org yang bley charge murah utk wedding. Gile la Joyah!).

Aku lapar. Maybe lunch ni nk layang sup utara kt belakang Lim Foo Yong tu. Hami, ko ni taim ade pasar je nk dtg sini eh. Cube dtg hari2 biase jugak. Hahaha.

Tuesday, June 24, 2008

mencari cahaya warna warni

Tertutup Sudah Pintu, Pintu Hatiku
Yang Pernah Dibuka Waktu Hanya Untukmu
Kini Kau Pergi Dari Hidupku
Kuharus Relakanmu Walau Aku Tak Mau

Berjuta Warna Pelangi Di Dalam Hati
Sejenak Luluh Bergeming Menjauh Pergi
Tak Ada Lagi Cahaya Suci
Semua Nada Beranjak Aku Terdiam Sepi

Dengarlah Matahariku, Suara Tangisanku
Kubersedih Karna Panah Cinta Menusuk Jantungku
Ucapkan Matahariku Puisi Tentang Hidupku
Tentangku Yang Tak Mampu Menaklukkan Waktu


It's been two months. Glad that I'd been giler kentang bz lately, that I hardly find time to bersedih or teringat. Ada la juga time2 teringat.. masa dlm bas sblm tertdo... Ada one time aku bley nk termenanges bile terpk possibilities terjumpa.terserempak die kat mana2. owh... that simply means a big no-no to contact in any ways. still hurt inside. but life must goes on (bukan 'sumthing goes wrong sumwhere' tau. hahahaha)

I'm currently running a few projects. Ahaha.. yang dulu pon tak post lagik gambarnye kan. But I need info from u guys, kat mana aku boleh dpt colourful lights. torchlight ke, laser points tu ke.. anything. I need colourful lights (1 stick/item 1 colour la.. jangan 1 item berkaler2) It's for my new project *sengeh lelebar*.

adui

my colleague Pn siti nana tu selamat melahirkan baby boy jumaat lepas. So, officially aku kena take over kerja2 training semula. Waduh.. teringat aku time aku buat trainin and com&ben dulu.. mak aih.. hari2 balik kul 8 lebih. tu pun sbb beringat rumah aku tu jauh n naik public transport plak tu.

La ni dah la semua nk kempen jimat cermat. Kul 5.30 dah tutup opis tutup pc. Mane dan nk siap keje within opis hour je. Baru beberapa hari aku take over, aku rase dah mcm nak naik rumah pangsa balik tray 2 tingkat aku ni. *sigh*

Ape nk buat... aku rase bile balik aku sambung wat keje editing utk zana tu lagi seronok dr kerja siang2 ni. hm...

Sunday, June 22, 2008

coming soon



InsyaAllah minggu depan full update coming. :D

Thursday, June 19, 2008

ready to kickstart!!~


kawan.. my new baby is born. i'm happy. mari lah view. (aku tatau kenapa kaler die jd pelik bila load kt blogspot ni. Kat fp ok je)

sms me, msg me, buzz me should you guys need further inquiries. The fp tak complete sgt lg, tgh dok pk tak abes2 ape lg nak tambah. Nnt dari semase ke semasa ok lah tu. :D

Sabtu ni first official job utk aku. Mlm esok tdo umah client sbb dasar public transport malaysia yang sgt bes menyebabkan aku malas nk kuar umah awal2 pagi ke selayang (padahal sebenarnya aku blom cukup berani nk drive jauh2 sorang2, lg2 lps eksiden hari tu).

So kawan2, nnt ai hapdet ok. da!!~

Wednesday, June 18, 2008

awaiting for...

mesti ade org pelik apa yang aku slalu bzkan skrg kan?
hehehe..

aku in progress of my "KotakHati". Ape tu KotakHati? haaa... nnt aku dah launch, i'll surely let u guys know.

Now my new baby still in progress. I'm selecting only the best for the preview. Maybe tak hebat sgt la, but still, considering it's my own susah payah.. i can say i'm damn proud of it. :D

bz dgn projek raya juga. Mak aku kate apesal aku nk buat byk sangat benda ni? Well, since aku dah single... takde ektibiti deting atau bergayut atau sms utk dijalankan, better aku carik duit kan? opis ni pon makin lama makin.. hm.. ntah la.. susah nk ckp. sesak dade tiap kali pk. So, cari la duit extra kat bumi Tuhan yang luas terbentang ni.

Aku bukan org senang, bkn dtg dari family senang.. yang waktu belajar dah boleh bawa kereta g kelas. Baru grad dah ade kerja menanti hasil bantuan kabel kuat parents masing2. I can say i'm proud to own stuff with my own hardship. And with KotakHati, i wish i'll be much prouder.

Tunggu ye kawan2. Nnt dah launch aku kasik spesel promo utk u guys.

*senyum lebar2*

Tuesday, June 17, 2008

mencari kepuasan

hm.. title takleh provokasi sgt, nnt ade senyum lebar. hehehe.

life 2-3 minggu ni agak sibuk. kerja seperti biasa 9-5.30... mlm bikin kerja jahit manik dan editing gambar2. Sambil2 tgk online forum OUM. Nasib baik satu subjek saja sem ni, English for business comm.

Aku ada beberapa cerita, tentang shot Lola ke 10,000. Aku mula2 nk plan shot for the memorable journey of me and Lola... tp tak tersengaja shot gambar experimental. Nm lah. Ada juga cerita tentang kelas yang bes dan so far paling berbaloi bagi aku. Dan, ah, cerita terpenting business bulan puasa nnt, kene prepare material dan marketing dr skrg.

Nnt ya diceritakan. Sbb nak kene attach gambar. nGee!!~

Saturday, June 14, 2008

jawab tag ezza

RULES:
1. The rules of the game get posted at the beginning.
2. Each player answers the questions about themselves.
3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog.

Name: Siti Rahmah Mansor
Sisters: 2
Brothers: 5
Shoe size: 6
Height: 150 cm <-- pendek2 !
Where do you live: Klang
Favourite drinks: Ice Lemon Tea
Favourite breakfast: mekdi. hahahaha. ntah, blasah je makan ape pun.

Have you ever been
on a plane: yerp.
Swam in the ocean: takut. swim kat pool je. ocean men kocak2 air bley la.
Fallen asleep in school: heheh... slalu mase exam
Broken someone's heart: ntah. pnah kot
Fell off your chair: tadek la plak
Sat by the phone all night waiting for someone to call: takde
Saved e-mails: yerp
What is your room like: pink n messy
What's right beside you: bakul kain
What is the last thing you ate: nasi ayam kfc
Ever had Chicken pox: yep. form 5
Sore throat: baru baik
Stitches: tak penah
Do you believe in love at first sight: not really
Like picnics: ok la.
Who was the last person you danced with: ntah. i dun dance.
Last made you smile: ntah. tak ingat.
You last yelled: marah bangla tolak2 org naik bas last saturday.

TODAY DID YOU...

Talk to someone you like: hm.. takde
Kissed anyone: no
Get sick: yes...
Talked to an ex: no
Miss someone: very much.
Eat: yerp.
Best feeling in the world: in love..
Do you sleep with stuffed animals: nope. stuffed heart shape pillow.
What's under your bed: beg baju x pakai.
Who do you really hate : myself.
What time is it now: 12:22AM

RANDOM...

Q: Is there a person who is on your mind right now: yes
Q: Do you have any siblings: yes
Q: Do you smile often: tak
Q: Do you like your hand-writing: yes
Q: Are your toenails painted: no
Q: Whose bed other than yours would you rather sleep in: ntah
Q: What colour shirt are you wearing: brown
Q: What were you doing at 7:00pm yesterday : on the way balik keje
Q: I can't wait till: KotakHati officially launched. sikit masa lagi.
Q: When did you cry last: 5 minit yang lalu.
Q: Are you a friendly person: depends
Q: Do you have any pets: used to. owh, ada. miau.
Q: Where is the person you have feelings for right now?: i dun know
Q: Did the last person you held hands with mean anything to you now?: can't remember who.

Have you ever crawled through a window?: nope
Can you handle the truth?: depends
Are you too forgiving?: always
Are you closer to your mother or father?: mother
Who was the last person you cried in front of?: family. masa kete eksiden
How many people can you say you've really loved?: ntah
Do you eat healthy?: sometimes
o you still have pictures of you & your ex?: yes.
Have you ever cried because of something someone said to you?: yes.
How often do you go to church?: never
If you're having a bad day, who are you most likely to go to?: nobody
Are you loud or quiet most of the time?: quite
Are you confident?: depends

5 things I was doing 10 years ago..
1- masuk tingkatan 4.
2- enter numerous district competition
3- i dun really remember. dun ask.

5 things on my to-do list today
1- siapkan manik
2- tu je kot. dah habis hari pon.
3- owh.. kelas adhadi. tu je, the whole day.

5 snacks I enjoy
1- chachos
2- ntah. makan je


5 things I would do if I were a billionaire
1- invest.
2- invest.
3- invest.


5 of my bad habits
1- can i skip this? thanks.

5 places I have lived in
1- Klang
2- Kuala Selangor
3- Petaling Jaya
4- Gombak
5- ...

5 jobs I've had
1- cc crew
2- admin asst

Thursday, June 12, 2008

mari re-cap

Baca la sampai termuntah. Aku tgh free selama setengah jam pasal lunch td aku tapau bubur nasik je.


Selasa, 27/5
Aku sakit kepala giler pagi tu. G klinik dr kasik mc. Tp sbb aku pekerja yang berdedikasi aku dtg jugak opis ptg. Kire half day mc je la.


Rabu, 28/5
Aku dtg keje pagi tu, tp dah start flu and demam siket. Aku g klinik dr suro balik. So, aku mc sekerat hari. Walaupun begitu, aku sempat menapau beberapa kerja penting, konon2 nk buat kt rumah.


Khamis, 29/5
Aku dah tak larat sungguh. MC trus hari tu. Tapi masih juga buat kerja yang bawak dr opis smlm sambil layan kepala dan demam. Aku email kerja dah siap kt bos, die siap reply email minta buat ammendment. Alahai, dah la die yang tibe2 nk tambah2, then bende tu bley tambah sendiri. Perlu ke kasik kt aku yang sakit ni balik utk ammend? Adui la.


Jumaat, 30/5
Aku masih demam. MC lagik. G klinik kali ni baru la dr kasik aku antibiotik. Saje la diorang ni. Aku masih membuat kerja dirumah dlm kedemaman tu. dan juga kerja beading untuk baju kezen aku si dokter.


Sabtu, 31/5
Patutnye aku ke Johol, ikut bro Halim shoot wedding. Tp sbb die pegi awal2 pagi, aku plak takut la nk drive sensorang ke Johol nun, tak jd la ikut. Ari tu die ckp bes gile wedding tu, sbb kt kampung. Rugi plak tak g.

Ala2 kezen aku yang berpangkat anak buah nikah hari ni. Dah tak jd g Johol, aku g tgk nikah die la. Aku bawa Lola sekali. Ada ambil gambar, mari tgk teaser kt fp aku.

Ptg tu mak kate die teringin nk makan fish n chips. Hari tu ade beli fish nugget (aku pon tatau asal die beli fish nugget). Aku pon kengkonon nk kuar la beli barang2 lg siket utk memeriahkan fish n chips tu. Time aku nk kuarkan kete dr porch, aku telah mengeksidenkan kete aku. Semua dtg tgk, sbb gile kuat bunyinye. Bapak aku siap ckp, ni mau sebulan gaji ni. Lps tgk kete.. semua dah belah.. aku tak jadi kuar. Aku masuk bilik, nangis. Ntah, mcm kronik je aku nangis. Adik aku kate ayah nk pulang kunci kete kat aku (sbb lps langgar tu, aku tak amik kunci tu. Ayah yang parkingkan balik kete aku), tapi semua org tak berani nk kasik kt aku. Hahaha.. sbb aku tgh menangis. Adik aku kate lama btol aku nangis. Ye la..... aku dah la mmg tgh problem dgn financial, kerja, demam lagi.. putus cinta lagi.. mcm org gile. hahaha. dah dkt tgh2 mlm baru aku kuar dr bilik.


Ahad, 1/6
Patutnya aku ade job, tp tak jd. Aku pun tak ingat ape aku buat dok umah sepanjang hari, tp aku mmg tak ikut parents aku g umah kawen mane2. Aku masak kot hari ni. Aku pon tak ingat pasal dah lama sgt. Hahahaha. tp yang sure nyer, aku bz dgn editing and manik hari2. Mesti termasuk hari tu sekali. Hahaha.


Isnin - Rabu, 2 - 4/6
Bos aku cuti hari Isnin. Aku masih mengong2 demam sikit2. Batuk dah start mcm org gile. Selsema toksah ckp la, tp aku gagahkan diri dtg keje.


Khamis - Jumaat, 5 - 6/6
Bos aku bley kasik 3 org cuti dlm department aku. Tinggal die, aku yang sakit ni n Nana yang tgh sarat. Gile kentang!!~ Then ari Khamis pagi aku mmg terpeleot, perut aku meragam. Aku cuti setengah hari, bos aku menggelabah. Ptg tu aku masuk keje 2 kali die panggil aku mintak jgn cuti/MC esok nya. haih.. mati pun mintak postponed agaknye. Tp aku mmg sakit time tu, tp dtg gak keje ari Jumaat. Aku lansom takde ckp ape2 dgn die hari tu. Hangen giler.

Aku ni kerja hari2, weekend pun kerja. Kerja harian ni aku bley MC kalo aku sakit. Sbb tu mmg entitlement aku under law. Tp, kerja weekend aku, sakit tak sakit aku kene buat. Takkan last minute nk kensel dgn client kan? Bos aku pk weekend aku bley rehat kot. Die boleh la, time keje pon bley tgk CCTV rumah, intai maid tgh buat ape. Yang lain2 ni mcm nk matilah kerja. Dunia, mcm tu lah.


Sabtu, 7/6
Aku follow bro Halim ke Wisma Sejarah. Wedding bes. giler2 bes. Mus (the groom) is a Singaporean. Yusma org KL. Aku rase wedding ni bes sgt. Aku sgt2 suke. Just very kesian to family Mus coz diorang dpt news nenek Mus meninggal di Singapore. So, majlis tu quite doesn't ends well la. But still, aku suke w
edding tu. Nnt jenguk la fp aku, InsyaAllah dlm next week aku upload gambar2 nye.


This wedding makes me have a dream wish. Hahaha... Aku nk be successful, nk diet kasik kurus2, nk ade good career, dan nk carik spouse yang sedap mata memandang, dan nk wedding yang mcm tu!! Aku tanak lg carik lelaki yang tak setaraf or lg rendah dr aku. Mmg tak baik nk level2 kan org, tp past experience aku sangat menyakitkan. Aku tak kisah dan tak berkira nk rendahkan diri sikit untuk at least sama level so die rase ok bile dgn aku, tp lain pula jadinya. So, after this, biar aku yang 'look up' to my spouse. Kalau tak dpt, takyah kawen pon xpe. Dari asyik nk makan hati.

Hm.. bes nye wedding tu.. aku still boleh ingat2 lg ke'best'annye.


Ahad tu aku amik peluang dok umah. Bes dpt lepak2 lps lama tak dpt cuti2 ni. Ade kawan sekolah aku kawen, tp sbb aku dah penat + die ade perangai stuck up and member aku ramai tak g, aku pon jd malas nk g wedding tu. Hahahaha. Duduk rumah saje. Mlm tu aku masak lauk Ayam Halia. Habes ok. Seronok btol bila memasak abes dimakan ni.

Isnin Selasa Rabu ni biase2 je. Smlm kitorang lunch di Lemon Garden, Shangri-La KL. Bes, tp sbb bukan first time aku g sane, so, the experience is so-so la. Sushi die tak bes. Tp dim sum die two thumbs-up. Hokkien mee pun sedap. But, for over RM50 lunch buffet treat (takyah tau la exact price die), I expect more from Shang. Ni, dr last year mcm tu je.

Weekend ni aku ade kelas Photoshop & Lightroom dgn cikgu Adhadi. Sabtu n Ahad, pagi sampai ptg. Sabtu minggu depan plak aku shoot majlis tunang kawan aku kt Selayang. Ahad ade extra class dgn Adhadi, mebi sampai mlm. Weekend 28-29/6 so far masih takde plan, but ade nampak mcm bakal ade projek.

Hahahaha... mesti mcm nk termuntah baca entry panjang gile la (btol ke korang sanggup baca ni? dari mula sampai habes? waa... syg sgt kat korang.. really loving and caring and sharing gtu!!)

Even aku takde drop komen kt blog2 korang (kadang2 je ade), aku slalu baca. Just kadang2 aku tatau nk komen ape, baca jelah. Jangan rase terabai plak tau. hehehhe.

Lebiu!!~ Muah muah muah!!~

*skrg kul 2.25. hahaha.. dekat sejam aku tulis blog ni upernyer.*

Sunday, June 8, 2008

tiba2

aku bz sungguh 2-3 menjak ni. nnt free2 sket aku hapdet satu2.

baru baik demam+selsema.. batuk masih ada lagi sikit2. n tonsil rase mcm bengkak lg. It's been more than 2 weeks I'm sick, but getting better (tak penah aku sakit/demam lama mcm ni. haha)
nnt ya story.. da.~*

(i'd shoot a wedding that make me have a dream wish now. hehehe. apekah my dream wish ituk? tunggguuuu!!~)

Wednesday, June 4, 2008

mari makan carbs!!~


atas permintaan cik cemut aku haplod gamba ni. Tp ni yang lama. yang masak baru2 ni tadek amek gambar, semua dah lapo jadik ngap aje. hehehehe. tp same jek pon. Boleh dilihat di dlm gambar tersebut ada mashed potato siap dgn gravy (ade taruk grind black pepper sket), baked potatoes with rosmary dan brocolli yang di microwavekan selama 3 minit. :))


dalam time2 aku cube menyegarkan rohani aku ni (hahaha.. ayat poyo giler) aku pon memasak la mengikut kesukaan aku. ari tu aku buat mashed potato siap gravy. berikut adalah resipi nye. seperti biasa resipi aku adalah resipi campak-campakkan. hahaha.


mashed potato
6 biji kentang (amik yang besor2 sket)
1 cawan fresh milk (anggaran)
1/2 cawan butter/margerine (anggaran)
1 labu bawang besar (saiz besar) - cincang halus

*kupas then rebus kentang sampai lembik. nk test, korang amik garfu, cucuk. kalo kentang tu senang pecah, kire ok dah la tu.
*lenyek2kan kentang yang dah rebus tu td. taruk butter/margerine and susu mengikut sesedap rasa sampai texture die jd soft gtu.
*campurkan bawang dan gaul rata.
*taruk bawang ni kalo tanak makan dgn gravy.

gravy
250ml air (anggaran)
2 biji bawang besar (potong dadu)
2 stalks celery (potong ala2 dadu gak)
1 kiub stok ayam knorr (aku pon tatau knp aku pakai knorr.. tp maggi pon bley kot. Lg satu 1/2 kiub pon kadang2 ok, sbb kiub ayam ni masin. bergantung pd byk mana air rebusan korang tu)
2 sudu besar margerine
2 sudu besar tepung jagung
sos tomato
sos tiram
garam gula secukup rasa

*rebus bawang, celery dan masuk sekali stok ayam sampai agak2 nampak layu dah. toskan.
*cairkan margerine. masukkan tepung jagung, kacau trus takut die melekat. kalau nk campur dulu dgn air sikit pun ok gak.
*masukkan air rebusan td.
*taruk sos tomato n sos tiram secukup rasa. garam n gula secukup rasa.
*kalau korang suke, boleh taruk black pepper or mushroom. boleh gak jd gravy chicken chop.

tak cukup carbs lagi?

baked potatoes with rosemarry
4 biji kentang (potong kiub besar2)
2 sudu besar butter/margerine
2 ulas bawang putih (cincang)
sedikit rosemary
sedikit serbik paprika
garam secukup rasa

*cairkan margerine/butter, then tumiskan bawang putih tu.
*dah naik bau masuk sekali segala rempah2. masukkan kentang, gaul rata.
*masukkan dlm caserolle. bakar sampai empuk. aku paaki microwave oven je. set ke roast tu.. slalu taruk dlm 8-10 minit.


tadaaa... selamat menambah berat badan!!~

*weekend sepanjang bulan 6 ni aku bz dgn tag along, job dan kelas2. tatau la ade kesempatan menerai resipi baru ke tak.

Monday, June 2, 2008