Saturday, June 28, 2008

cerita kawan

aku baru pulang dari Layar Tanchap Shah Alam. Letih, namun seronok. Byk ilmu baru diperoleh, esp dari Amru. Banyak konon2 lah die tu. Hahahaha.

Fynn tiada di LT kali ini. Siang td melalui sms dia kata ada urusan keluarga. Hm.. gembira lihat dia sedang berbunga.

Dulu, tidak lama sebelum aku mula berkecaian, fynn laluinya dulu. Perit getir, luka dan macam2 dia lalui. Merindu dan mengharap mentari, hingga akhirnya mengalah bahwa matahari itu bukan miliknya. Baru2 ni tercerita dia akan perihal insan baru hadir yang serius dan mahu bermasa depan bersama2. Betapa Maha Kaya Tuhan, indah diberi selepas nanar jiwa ditekan kekecewaan.

Aku? Entah lah. Masih menanti bilakan datang sinar untuk siram semula hati aku ni. Meski punya banyak agenda saban hari saban waktu, meski penuh sarat otak memerihal perlbagai isu tiap detik, namun hati lompong aku tak nafikan. Kosong. benci lah.

InsyaAllah dengan izinNya, akan berarti semula. Fynn temu yang baru itu sama minatnya. Seorang penyair, seorang pemuzik. Saling melengkap. Adakah aku bakal ketemu saling melengkap juga? *senyum saja lah*

2 comments:

cemut said...

kakak nice org nye.mesti jumpa yg nice like u..
kan kan kan

[siti] said...

nice ke.. uuhuu.. malew..