Wednesday, February 16, 2011

Chocolate Truffles

Steam Layer Brownies yang agak tak jadik, tapi abes gak separuh. kuikuikui.


Pernah tak korang terkono cake blunder (mcm kek kat atas tu)? Try2 resepi baru, tapi kek tak jadik? bantat la or tak habes ke....

Kalo ade... jangan buang kek tu.... sayaaaaaannnnggggggg.... boleh buat chocolate truffles tau!! sedap!!! (matilah perasan)

Selepas monung kat brownies tu selama beberapa hari, i decide to jadikan die perkara lain yang lebih edible. hehehe. Teringat la pernah baca Rima buat Chocolate Truffles. Macam best je ni.... So, korek2 balik n jumpa resepi tu. Tapi tak follow 100% sbb bahan2 yang ade takleh nk follow dah.. jadi main campak je. Hasilnye, mmg mabeles!!

Mula2 buat ganache nya dulu. Using double boiler, masak whipped/heavy cream and chocolate. Whipped cream me habiskan balance ade tinggal sikit, ada lah dalam 1cup kot. Chocolate pakai Tudor Gold 55% 100g (1 bar). Me selalu guna Tudor ni sbb senang nk carik. Kat carrefour dekat2 rumah ni pon ade. hehe. Then bile diorang dah melt, masukkan butter sket.

Then masak kismis dlm fresh orange. Kismis dlm segenggam (kalo suke taruk byk lah) and fresh orange dalam 5tbsp. Masak la dlm 10minit centu.

Kek tu plak, masuk blender kasik hancur habes. Then, masukkan ganache dan kismis tu dalam kek. Mix semua sampai sebati, then biar sejuk. Bila dah sejuk boleh lah di ball2kan. My Chocolate Truffles kali ni ade 2 jenis, satu jenis me golek je dlm chocolate rice, and satu lagi coat dgn dark chocolate and tabur coloured ball sikit kat atas. hehe. Btw, resepi asal boleh dapat kat sini.

more truffles. rezeki budak2 opis esok. :D

Friday, February 11, 2011

Chocolate Mousse



Tadi lps kerja aku saje la singgah UO yang dkt2 dengan Petaling Street tu. Niat dihati mulanya nak cari emulsifier, sbb plan asal esok nk buat Steamed Brownies Layer Cake. Tp tak jumpa emulsifier, jumpa gelatin pula. So, grab je la. Trus terfikir nk buat chocolate mousse ni since whipped cream pun ada lagi dlm fridge.

For this batch aku guna Tudor Gold 55% cocoa. So mmg nyummeh sangat. Ingat nnt next time nk try dgn Lindt plak. Pasti menjilat siku!! hehehe.


Chocolate Mousse (aku lupa dah mane dpt resepi ni. Kira halal ya tuan punya!!~)

Ingredient
140g cooking chocolate (aku guna Tudor Gold 55%)
1tbsp gelatine
100ml water
2 egg white
200g whipping cream
40g sugar

Method
-Larutkan gelatine dlm air. Biarkan dlm 5 minit.
-Cairkan cooking chocolate using double boiler method. Bila dah cair, campurkan adunan gelatine td dan kacau. Biarkan sejuk.
-Whipped egg white sampai foamy. Masukkan gula dan whipped sampai dpt stiff peak. Set aside.
-Whipped whipped cream sampai kembang (kembang ke terms die ek? ekekeke..)
-Masukkan whipped cream dlm chocolate td. Kacau sebati. Then masukkan adunan egg white dan kacau sampai semua sebati.
-Masukkan dalam bekas. Simpan dlm fridge for at least 2 jam. Then dah boleh makan. :D
-Kalau suka, boleh la dust cocoa powder before serving. Or kalau nk serve dengan whipped cream pon masyukkk..


Sonang baitu. Mari lah kite try yok!!


macarons ade kat Rantau Panjang??!


gambo culik dr ad milk-a-deal. hehe.



gile kentang la.. meh kite grab offer ni. macaron is very in okeh kawan2!!~

klik sini


Friday, February 4, 2011

Kek Suji

Lately ni my love for baking/cooking tiba2 mai balik. hehehe. Almost every week ade je cooking/baking project.

My mum dah lama teringin nk makan kek suji. Dulu2 die pernah beli tepung, and lama simpan dlm almari. Since me suke bake lately ni, die pon ajak la buat kek suji ni. Ala, ye ye ajak buat, last2 die jadi supervisor je. hehehe. But saje nk kasi die involve sekali, last fold yang masukkan stiffed white eggs tu mintak dua yang fold.

Mula2 plan nk guna resepi lama peninggalan arwah nenek, tp browse blog Rima nampak resepi kek suji, so saja la nk give it a try. Mmg sgt best, lembut gebu. Manis pun just nice. Mmg worth to keep recepi ni.
Bahan2

250g butter
250g castor sugar (me taruk 225g)
125g self-raising flour (me pakai all purpose flour+1tsp baking powder)
1tsp baking powder
125g tepung suji
50g serbuk badam
1/3cup susu isian sejat (evaporated milk)
1tsp esen vanilla
1tsp buttercream essence atau rose essence (me tak taruk sbb xde. Rima guna cranberry extract)
5eggs plus 1 yolk. asingkan semua whites and yolks.


Cara2nya

1. Panaskan oven 150c.
2. Satukan tepung, tepung suji, serbuk badam dan baking powder dalam satu bekas. Kacau dan set aside.
3. Pukul butter and sugar sampai kembang. Masukkan yolk satu demi satu. Then masukkan susu, esen vanilla dan esen buttercream/rose (jika ada)
4. Dlm bowl lain, pukul egg whites sampai kembang and stiff.
5. Fold campuran tepung2 tadi dlm adunan cream (butter+sugar+yolk+susu+essences).
6. Then masukkan pulak egg whites yang dah stiff dlm adunan tadi dan fold gently sampai sebati (bab ni yang suruh mak fold sampai siap. haha)
7. Masuk loyang bakat yang sesuai (me guna loyang 8X8 kot, lupa plak size die. haha). Bakar dalam suhu 150c selama 50-60minit atau sampai skewer cucuk kat tengah dikeluarkan bersih (our cake baked in 40mins).

Wednesday, February 2, 2011

Al-Fatihah...

Lama tak update blog. Hm, mmg jarang update blog pun lately. hm.....

Hm... *pause*

Pada 20hb Januari 2011, kami sekeluarga telah kehilangan nenda tercinta, Hjh Saodah Abdullah. Pemergian yang agak mengejutkan, tapi kami sekeluarga menerimanya dengan redha dan penuh hikmah. Arwah takde sakit2, she was so well even siang tu boleh jalan2 lagik. Awal pagi die mengadu sesak nafas, dan pergi tak lama lepas tu.

Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar. Sebelum Zuhur dah selesai dan selamat dikebumikan. Semoga arwah nenek ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan dicucuri rahmatNya. Amin.

Gambar raya last year. Raya terakhir bersama nenek.