Saturday, March 8, 2008

sakit lagi dan keserabutan

Aku dilanda sakit kepala yang kronik tiga hari (rabu, khamis dan jumaat). Khamis paling teruk, doktor kasi MC, tp mulanya aku degil.. cuba juga buat kerja2 di opis.. tp last2 surrender.. aku balik juga.. tdo kat rumah.

Jumaat pagi masih ada sikit, aku ambil EL. Tghari sudah mahu pergi kerja.. tapi lambat.. kerna masih sakit. Sbb dah lambat, aku jumpa ayeh saja. On the way, aku terjatuh, cuba mengelak motor atas jalan (ini kali kedua aku jatuh dlm minggu ini). Seluar yang baru kali pertama disarung koyak dibahagian lutut. Lutut aku juga koyak. Sakit sangat2. Jari manis kaki kiri juga sakit. Sangat2 sakit. Ada perkara berlaku. Hati aku terguris lagi, tapi bagus aku pendamkan sendiri saja. Menangis dalam lrt, dalam bas.. sepanjang perjalanan pulang.

Sampai rumah pasang wajah ceria. Acha ubatkan luka. Menangis aku time dicuci detol. Dari siang, luka tu terbiar. Emak juga yang peka, sampai rumah terus dia suruh rawat, bimbang jangkitan pula kemudian nnt (emak, saya sangat sayang emak. Bantu keserabutan saya emak.. plsss). Jari yang uratnya seperti bengkak2 minta acha urut2. Taruk minyak sikit. Menangis lagi aku. Lebih nya tangisan tu dari pedih hati, bukan pedih luka. Entah, aku sudah gila agaknya.

Aku terlalu memaksa ke? Aku terlalu meminta ke? Kadang2 aku rasa mcm tong, di mana semua orang campakkan segala kemarahan, kebencian, kesibukan.. dan segala2 yang tidak enak. Hanya mampu aku pasang wajah ceria ini tiap kali itu. Ada kala bosan juga. Aku juga punya hati dan perasaan yang mohon dijaga dan ditimang. Entahlah.

Aku sudah hampir letih. Tp aku tak tahu aku harus terus letih atau aku harus kumpul semula kekuatan. Tidak mahu fikir, tp akal ligat mencari keputusan. Langsung pening lagi. Haih, tidak mudah menjadi seorang siti ini. Jiwanya penuh komplikasi, segala selirat yang tuan empunya badan sendiri pun tidak tahu bagaimana mahu diurai. Pasrah sajalah... Apa lagi boleh bikin.

Hm.. kenapa kau mahu seksa jiwaku? Kalau dah benci tu, bunuh saja aku.

No comments: