seurat ikal itu yang terlabuh di bahu kamu
telah aku ambil secara curi dan ku selit rapi
di celahan dada maka di saatnya ku rindu
dapat ku ambil secara peribadi dan ku puja sepi.
dalam terdekat ini akan aku diamkan engkau
di antara malam nan hanyut kamu di mimpi
kerana semoga itu lelap terakhir kau igau
dan betapa molek, tertamat dengan aku ini.
matilah di hujung kuku ini, kekasih.
dunia terlalu tidak memahami.
fynn jamal
*secebis yang ini tiba2 terasa sipi2 menembak. hampir kenakah? Wallahualam.
Pendam
-
Seperca kata
yang dilunas tanpa arah
ketika mana
dunia tidak lagi bersuara
dan luka
menjadi dendam yang membara
ke mana perginya
aku yang dahulu
terdampar da...
1 week ago

1 comment:
uih..aper maksud ar?
Post a Comment