Wednesday, February 27, 2008

ini yang pertamanya

Malam ni buat pertama kali aku join TT (Teh Tarik = Technology Transfer) budak2 sekolah fotografi Candid Syndrome. Aku sgt teruja kerana GB kami, Saiful Nang mau join. Pertama kali bertemu live dgn photographer idola aku. Auww...

Agak sentap dengan sms yang aku terima waktu dlm perjalanan ke TT. Aku tenangkan dulu hati.. aku tidak terus membalas sms tu.. aku dah rase jiwa aku cool.. baru aku reply.

Aku telah jumpa seorang lelaki yang bagi aku sangat istimewa. Lelaki yang membuat aku mau berkongsi kehidupanku dengannya hingga akhir hayatku.Lelaki yang pada hematku bakanl menjadi suami dan ayah yang baik, mampu membimbingku ke jalan yang diredhai Tuhan, dan mendidik anak2 kami hingga jadi anak2 soleh dan solehah, sesuai dengan nama bapanya. :)

Lelaki ini dahulu, dia cuba mengambil hatiku, mencuri perhatianku. Meski pada awalnya, aku pernah cuba menjauhkan diri aku dari dia, namun nyatanya akhirnya aku tewas. Segala kebaikan yang ada pada dirinya begitu telus. Lantas aku tewas di kaki cinta si lelaki itu.

Namun, mungkin aku saja yang terlalu pantas ingin berlari.. sedang lelaki itu baru mahu menatih dalam hubungan kami. Aku sedang cuba memperlahankan tempo, kerna aku mahu lari seiringan dengan dia, bukan terlalu maju dihadapan. Takut nnt, lelah dia mahu mengejar, trus aja ditinggalkan itu. Aku tidak mahu begitu. Aku sasau tanpa lelaki itu.

Andai tiada jodoh pun antara kami, biarlah kerana ada pula pihak ketiga yang berjaya merampas hatinya.. atau pemisah yang terlalu kuat dayanya, hingga tidak mampu kami yang kerdil ini melawan. Namun, andai alasan tidak cukup sayang, terdetik di hati tidak berjodoh.. bagaimana mahu aku terima? Sudah resamku sukar menerima alasan yang tidak kukuh. Aku boleh punah. Relaku membujang hingga akhir usia. Biar merumah tangga sama fotografi saja!

Aku sedang melapangkan hati. Belajar menerima setiap ujian dan dugaan ini dengan jiwa tenang.. agar akal dpt mencari mana jalan keluarnya. Mohon padaMu Tuhan.. hamba ini sangat kerdil.. jangan kau uji hamba dengan ujian segetir itu.. manakan mampu pundak kecilku melawan kesakitan itu. Hanya Engkau tempat ku memohon Ya Rabb.

Aku tidak mahu kembali ke situ lagi.

2 comments:

Miss Reen said...

ar..bunga2 sgt ayat ko..
hehehehe..
oOoo..ko p TT smlm eh..
mesti besh kan...
wish u all the best...

Qaseh Bidadari said...

alasan lapok tuk mencari yg lain...

tgglkan saja die...

masih ramai yg menantimu...