I learnt a few things lately. Bout life, bout love, family values.. bout byk benda la.
Bila kita dewasa, tanggungjawab kita akan bertambah sama sada kita sedar atau tidak... mahu atau tidak. Kadang2 kita terlupa tanggungjawab kita yang sebenar. Perkara2 yang kita anggap kecil, mungkin merupakan satu bebanan besar atau kemarahan bagi orang lain.
Aku tidak perlu pergi jauh untuk mempelajari perkara ini. Apa yang terjadi dlm lingkung keluarga aku sendiri cukup untuk beri pengajaran bahawa dengan mempunyai keluarga, kita patut punya priority yang lebih pada yang sepatutnya. Lebih besar lagi jika sudah punya anak. Life tidak lagi seperti waktu bujang.
Setiap perkara ada limitasi tersendiri. Kita tidak boleh bergantung pada keluarga selama-lamanya. Sampai waktu kita perlu berdikari. Belajar urus keluarga kita sendiri. Berhentilah menyusahkan orang tua, lebih2 lagi jika ketahuan org tua kita punya sakit2 sendiri. Mereka ni mmg tak sering marah, mungkin juga tak pernah bersungut, tapi itu tidak bermakna mereka tak kisah. Kena sensitif dengan perasaan mereka.
Ipar duai ku boleh dianggap menantu2 bertuah. Mereka punya mertua yang tidak marah2, tidak mengarah, tidak protes, tidak cerewet. Ya, emak aku mmg cerewet, tp bila dgn menantu, dia jadi malas mahu menegur. Sekadar merungut protes pada anak2nya yang lain. Pernah emakku dipuji besannya kerana tahan tinggal sebumbung dengan menantu. Tapi apa pun, aku kagumi kesabaran emakku. Kami hampir hilang sabar, tp sebagai adik2, apa mampu kami buat? sekadar mengomel merungut. Tapi emak hanya diam. Mmg sejak2 berusia, dia tidak pandai marah!
Aku mahu miliki kesabaran emak. Itu yang aku perlukan untuk masa depanku. Untuk keluargaku kelak. Untuk anak2 ku nnt yang aku pun tidak tahu bagaimana coraknya. Wallahualam.
Waktu tidak menjadi kayu ukur sejauh mana kita mengenali seseorang. Keakraban juga tidak bisa menentukan adakah kita faham seluruh pelusuk hati seseorang. Kadang kala di sesuatu jangka waktu, ada sikap2 seseorang yang tiba2 muncul.. dan waktu itulah kita tahu, dia memiliki sikap itu. Apa harus kita buat? Sabar, dan cuba belajar terima dan belajar juga bagaimana mahu bereaksi sekiranya seseorang itu datang semula sikapnya yang itu.
Tidak semestinya buruk. Kadang kala perangai atau sikap itu yang azalinya, cuma kita belum ketahui. Kita pun punya kelaku2 yang belum sampai ke pengetahuan orang lain, tinggal tunggu masa saja untuk ke permukaan.
Setiap kali aku pelajari sesuatu yang baru tentang ayeh, aku cuba absorb dlm diri aku. Ada juga yang mulanya aku agak reluctant, sbb bertentangan dengan apa yang aku pelajari tentang dia awal2 dulu. Padahal bukan perangai buruk pun, ak saja yang sering berlebih2. Tapi aku akan tanya diri, adakah aku sayang dia? jawapannya tidak pernah tidak, malahan makin lama sayang itu makin menebal. Jadi, apa aku buat? Aku absorb, terima secara positif. Kerna kadang2 aku sendiri saja bereaksi berlebihan pada perkara yang tidak ada apa2 pun sbnrnya. Secara personal, aku ambil ia sebagai satu cara aku perbaiki diri.
Dulu aku seorang yang posesif, pesimis, cemburu, selfish. Tapi kini aku pelajari, aku perlu buang semua sikap negatif itu untuk jayakan apa jenis hubungan sekali pun. Aku harus letakkan akal di depan emosi gila aku. Agar aku dapat buat pertimbangan sewajarnya. Begitulah sebaiknya.
Aku doakan yang baik2 aja dlm hubungan kami. Aku mahu dia di masa depanku. Aku mahu dia selamanya. Dan aku paling tidak mahu hidup tanpa dia, terutama dlm waktu terdekat ini. Kerna aku tidak mahu berpaling kepada kehidupanku yang lama. Hidup yang tanpa dia. Aku bukan survivor dlm dunia kejam itu tanpa Ayeh. Tuhan bantu aku ya!
Ameen...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
parah dah tahap kecintaan ko nie siti..
aper²..ingat pesanan aku..
sayangi diri ko lebey drpd yg lain..
jgn buat mende giler ngan idop ko..
idop hanya sekali..
hargai idop yg ada skrg..
sayangi orang yg ko ada skrg..
terimalah diri dier seadaanya dier..
krn tidak mungkin dia menjadi macammana ko nak dier jadi..(tunggang terbalek ayat melayu aku)
kurangkan kontroversi..tingkatkan prestasi...zasss (ayat melooooodiiii)
gud luck dalam kehidupan ini ...
semoga apa yang di impikan akan tercapai nanti ..
tapi kita tak leh hanya duduk tunggu dan lihat aje ..
kena berusaha juge
:)
all daa besh cik siti !!
Post a Comment