Friday, April 3, 2009

Teenz.Fm @ Taiping - Part 1

Last weekend, company aku sekali lagi mengadakan program Teenz.Fm, sebuah program tentang kesedaran dan pengurusan kewangan khusus untuk pelajar menengah rendah, form 1 & 2. Form 3 takleh kacau, konsentret exam. Hehehe. Untuk tau program ni lebih lanjut bley bace entry ni.

Kami gerak ke Taiping hari jumaat pagi2. Awalnya cadang nk sewa bas, tp selepas ditimbang semula, lebih cost effective kalau naik kereta. Jadi, beberapa kereta la pegi secara berasingan. Aku tumpang kete Meor, jadi aku ke LRT Salak Selatan dan Meor pick-up aku kat situ. Aku agak lambat tiba sbb lambat keluar rumah. Ade peristiwa pinjam broadband. Hehehe.

Seperti biase la, kemana2 pun aku mmg jenis light traveller. Aku hanya bawak backpack dan satu slingbag untuk memudahkan aku bawak Marc and Lola

Kami sampai ke Taiping Golf Club sekitar pukul 2.30. Lunch di sana, balik bilik letak barang n turun semula untuk program seterusnya.

Haaa... budak2! Sape kate korang je ade kursus. Kami angels ni pun ade kursus tau, specially design untuk bantu korang pada hari Sabtu tu. Seronok!! Sgt2 seronok kursus tu. Ya la, org2 besar ni kene kursus yang aktiviti nya fun2 mcm budak2. Release segala stress tpt kerja.

Kami berkursus setengah hari sampai jam 7.30. Lps tu dinner, dan lps dinner terus sambung kerja. Banyak kerja tau, semua Sheeshadom (ni cerita participant saje faham.kuikuikui. shhhh!!) , susun atur dewan dan segala macam. Siap kerja jam 12. Kira rekod la, sbb dalm 3-3 Teenz.Fm yang pernah kami buat (yang pertama di Menara Affin dan second di Putrajaya), inilah persiapan paling cepat kami buat. Lepas siap, sempat lagi g makan mee udang. Sedap!! Kalau pegi Taiping lg mau makan lagi.

Balik makan mee udang (siap kira satu pinggan ade lebih kurang 17-20 ekor udang) kami balik tdo, dan bersedia utk hri esok. Yes, menanti dan menyambut kedatangan kamu2 semua!!




No comments: