Thursday, February 5, 2009

ayam penyet, teh sosro dan novel bertajuk kawal berat badan

Pagi tadi jam gile babas waktu ke tempat kerja. Nasib baik aku naik kenderaan besar dan berpemandu, jadi tidur saje la sepanjang jam.

Aku hepi sket sbb sesi gym hari ni best. Walaupun calori burnt tak mcm abg treadmill sblh (640+ calori burnt, huhu). Aku berbual2 dgn ade sorang kakak ni mase kt changing room, die cerita berat die dulu 100+kg kau!! skrg dah 75kg. Role model baru aku selepas Ekin. Kalau nk kurus, biar kurus sihat. Dapat sihat pun dah Alhamdulillah. Jangan kurus tp tak sihat, Nauzubillah.

Aku dulu selalu buat diet makan. Pernah aku buat hampir sebulan, diet fiber konon.

Isnin : buah saja.
Selasa : sayur saja.
Rabu : buah dan sayur. mlm makan mashed potato.
Khamis : susu dan pisang.
Jumaat : daging dan tomato.
Sabtu : daging dan tomato dan mungkin ikan dan ayam.
Ahad : sedikit nasi, dan sayur.
hari2 minum sup.

siyes, cube try. seminggu kalau buat btul2, boleh turun 3kg. Aku pernah buat.

tapi siapa boleh makan mcm tu dlm tempoh yang lama. Victoria Beckham kot? Hahaha. Bila stop, badan naik. Standard la bile diet tak/kurang makan. Berhenti diet, terus naik mendadak.

Oh, jangan salah faham. Aku bukan nk kata diet makan tu tak baik. Ada orang boleh, ada yang tak boleh, mcm aku. Aku akan mula sakit2 kalau aku diet makan, tak kisah la diet mcm mana pun. Tak larat la nk sakit2. Last year aku dah byk MC.

Ada dua situasi:

1. diet makan : ala.. kalau diet makan, berhenti diet badan naik. - makan ni hari2 makan. Mesti mau makan. Kalau dlm bahasa ekonomi makan ni autonomous. Mau tak mau, mesti makan. Boleh ke kita berhenti makan?

2. bersenam : ala.. berhenti bersenam mesti badan naik. - bersenam ni kan baik dan penting untuk kesihatan. Kenapa nak berhenti bersenam kalau ianya baik?

kesimpulan, bersenam dan jaga pemakanan untuk kurus dengan sihat. Jaga makan = kurus. Bersenam = sihat. hehehe.

tapi....

aku bersenam bukan la untuk kurus semata2. Aku mau sihat, kalau dpt kurus, Alhamdulillah, bonus. Aku suke bersenam dan berpeluh. Aku suka sukan. Cuma stamina selalu kurang, agak susah nk bersukan bila stamina semput. InsyaAllah, boleh improve lepas ni.

So, kalau lepas ni korang jumpe aku masih lagi secomel biase, tak juge kurus2, jangan la heran. Sbb hari2 aku makan nasi juga. hahahaha.

Leen ade meeting kt KLCC td. Dia ajak aku lepak lps keje. Dia pikap aku kt opis dgn kete baru yang berbau leather gile kuat, bukak2 pintu menerjah bau leather tu masuk lubang idong aku. Dlm 15minit lps tu kepala aku pon start sakit. Hehehe.

Kitorang g makan kat The Curve, makan kt Waroeng Penyet (see, aku makan nasi dan ayam utk dinner, mcm mane nk kurus). Sblh table kitorang nampak Ajai. Hai, aku selalu jumpe selebriti waktu g makan nasik yang ada ayam. Mawi la, Zizzie la, Ajai la. Diorang pun suke nasik ade ayam kot.. oh, kat Waroeng Penyet ade teh sosro aka teh botol ok!! tp tadi mcm tade mood nk minum teh, order air mineral je. Aku suke sambal die. Kaw2 pedas.

Masih ade nasik dlm perut. Maybe kul 1 baru tdo. Jadi, aku nak sambung baca buku "Kawal Berat Badan" sampai ngantuk (buku ni dibeli atas pengaruh Ekin yang beli buku kesihatan waktu bersiar2 dgn aku ari tu). hehehe.

2 comments:

hUmmY said...

sdap ek ayam penyet?

x pnah mkn!

bwk pls~

[siti] said...

huhuh.. bln 3 nnt kite g the curve eh.. makan ayam penyet.