Tuesday, June 16, 2009

update sket

tadi ade org komplen kt aku. Asyik buka blog aku jumpe ayat seketul due. Hehehehe. Sorry la kak, masih penat2 nk update. hehehe.

Hm, Alhamdulillah aku dan family dah selamat pulang ke tanah air, insyaAllah bebas dr penyakit2 tak dikehendaki. Byk cerita menarik sepanjang di bumi Minangkabau, tp nnt slow2 aku update n upload gambar2 nya. Kat fb dah ade, kalau takleh nk sabar la. Hehehe.

Bercakap tentang penyakit, aku terpanggil untuk bersuara (ecewah) tentang beberapa perkara yang aku tgk berlaku disekeliling aku semenjak 2 menjak ni. Byk penyakit2 di dalam hati manusia yang tanpa sedar membawa kepada kecelakaan.

Kadang2, kita mudah mencari escapism dlm hidup. Menjadikan perkara lain sebagai alasan demi melepaskan diri dari perkara2 yang kita cuba elakkan. Aku tak dapat straight A masa PMR sbb kawan2 aku suke kacau aku mase study, conthnya. Escapism kita dlm memberi alasan kegagalan, sedangkan punca nya diri kita sendiri.

Aku percaya (walau kadang2 aku pun suke carik escapism) setiap kesilapan dan keburukan adalah dari diri kita sendiri. Setiap kali kita tuding jari menyalahkan org lain, 4 jari lagi teracung ke diri sendiri. Tak perlu nk salahkan siapa2, intai dulu diri sendiri sebelum mahu jatuhkan hukuman pada org lain. Teliti dan fikir, apakah punca sebenar, dan tidak lain tidak, mesti ada yang dtg dr diri kita sendiri.

Aku elbih suke kalau ngaku je. Ye, aku fail sbb aku malas study, sbb aku nervous tiap kali exam, sbb aku byk main2. Org pun xdela nk marah kalau mengaku mmg kita salah. Salah2kan org lain ni bukan saja buat diri kita nampak bengung (bengung la, diri sendiri punya cerita, tp ditentukan oleh org lain punye suke. Kan bengung tu), ianya juga buat sesetengah pihak yang tak pasal2 disalahkan pun boleh mendoakan kita tau, doa org2 teraniaya ni antara doa2 yang dimakbulkan Tuhan. So, baik2 la sblm nk ckp org ape2. *tsk tsk

So, pikir masak2 sblm salahkan org2 lain. takyah tambah dosa yang dah sedia ada. Lagi2 tambah drama, then angkat tangan surrender. Nampak hero giler. Aku takde tuju the whole entry specific to sape. Its a mix up of anything that i can remember. Sama2 renungkan diri. Teguran ni untuk aku juga untuk kawan2 yang lain. Wassalam.

No comments: