Saturday, February 23, 2008

terimas kawan2

Aku terharu gak kawan2 baca dan beri komen tentang last post aku. Thanks ya.. terutama atas nasihat2 tu semua.

Perempuan tu aku treat die mcm kawan rapat. Bila aku tegur tu, sbb aku dah dgr org mengata dia, dan Ayeh pun tegur atas perkara betul yang pada hemat kami andai tak tegur, makin mudarat... tp die tak boleh terima, kata dia teguran tu terlalu kasar.. OK la.. apa boleh kami buat kan, sudah dia ada mind set mcm tu.

Sudah agak lama dia aku biarkan. Bukan aku sudah tak sayang, sering aje aku risik perkhabaran dia. Bila dgrnye happy dgn life, bagus la.. Mmg aku tak bertegur, sbb dia y mahu begitu, aku biarkan aja.. tgk saje sampai bla, mungkin akan bertegur semula..

Tapi baru2 ni, aku dgr cerita paling tak best. Dia ada bercerita cerita2 yang amat2 tidak enak tentang aku pd org lain. Baru satu yang aku tahu, entah berapa byk lagi, aku pun tak tahu. Segala kurap kudis nanah dlm kain die y aku tahu, tak pernah aku cerita pada sesiapa. Kenapa dia perlu jaja cerita aku pd org lain? Lagi2 pada orang yang takde kaitan dengan apa y terjadi antara aku dgn die.

Yang paling tak best, die boleh ckp dgn org lain, aku gadoh dgn die pasal duit. Aih.. berapa sgt lah hutang die pd aku. Kalau mahu sgt, aku boleh kira halal je. Aku tak suka menjaja cerita soal wang, soal maruah, cerita peribadi orang.. tiada untung pun. Aku bukan artis yang kisah aku boleh ditukar dengan wang ringgit. Kisah picisan yang diolah menjadi karya agung, yang meniti dr mulut ke mulut.

Aku bkn pendendam. Bukan juga aku jenis yang mahu marah2. Lagi2 dengan situasi keseriusan hubungan aku dan Ayeh, byk lagi perkara penting yang harus aku uruskan. Aku tidak mahu lagi kisah2 seperti ini mengganggu hubungan kami. Masa depan yang lebih aku pentingkan skrg. Tidak perlu aku serabutkan kepala dengan perkara begini. Tapi sakit hati lah kan. Sabar aja.

Aku berpegang teguh dan yakin, bahawa Allah itu TuhanKu Yang Maha Agung. Dia yang Maha Mengetahui, apa kebenarannya. Orang kata balasan ni, kalau tak dpt cash term (skrg), die dtg secara kredit (nnt2 ada lah balasannya). Biar Tuhan saja yang uruskan kawan yang mcm ni.

Amin.

1 comment:

Miss Reen said...

eh..aku cam tau kesah ini..
tp aku tatau saper gerangan nye yg meminjam duit la..
ropernye ko eh...
takper lar siti..
abaikan je la orang yg begitu