Friday, December 28, 2007

Suam2 kuku

Hangat itu lama sudah tidak kurasa
dan aku sedang cuba beraksi biasa
Segalanya kupasrah saja pada Yang Esa

Thursday, December 27, 2007

tensi.~*

siapa kata orang atasan tahu mcm mana nak run the company
kadang2 mungkin mereka tahu the business, but do they master the admin as well?
Slalu ambil jalan mudah, nak selesaikan perkara yang dirasakan semak dimata mereka dengan membenarkan permintaan-permintaan yang kalau ikutkan aturannya tidak boleh!! Bukan nk fahami dulu secara mendalam dan teliti, atas tujuan apa sesuatu aturan itu dilaksanakan. Kami ni sudah masak benar dengan keletah bank ini. Usahkan mahu menimbulkan yang tidak2!!~

Mereka ni tak fikir, dengan melanggar aturan tersebut, akan timbul masalah2 lain kelak. Peningkan kepala orang yang menjaga aturan2 tersebut.

Kalau aku bermasalah masa audit nnt, mmg seronok sangat aku nk jawab, "Big boss suruh".

Dem.~*

Wednesday, December 26, 2007

Aku Masih Sayang

kau rinduku jiwaku indah memanggil dirimu
mataku terbangun untuk menanti
menantimu…

jangan pernah kau ragukan cinta yang sesungguhnya
itu bisa menghancurkan semua bukan begitu

* aku sungguh masih sayang padamu
jangan sampai kau meninggalkan aku
begitu sangat berharga dirimu bagiku
dan ku pastikan setia dihatimu
dan ku korbankan semuanya untukmu
sungguh kuberharap kau pun begitu padaku

coba engkau rasakan cinta yang begitukan mengesankan
yakin pasti dapatkan kemesraan yang penuh bintang

Alhamdulillah..

Selepas 4 hari bermata bengkak, pura2 gembira... mlm td dia sms

seperti sms2 biasa di malam2 sebelumnya. sms sblm mata terlelap.

hepi giler. berbalas sms sikit, then tdo.

Smlm siang aku ade buat nazar, untuk andai kami berbaik semula. Akan aku laksanakan minggu depan, 2 - 4 Januari 2008, insyaAllah.. Apa nazarnya? tungguuuuuuuuuuuu!!!!!!!

*aku rindu dia dan dia rindu aku! yeay.~*

Tuesday, December 25, 2007

Bila mau selesai aih...

Meski hari ini aku sudah tau sebab nya, namun hati masih nanar. sedih. pilu. sakit.

Ku kira berkali-kali aku menangis. Cuba kumpul semula kekuatan, cuba buat tak endah.. namun menangis juga tanpa dipinta.

Kasih, jangan lah kau biarkan salah faham ini berpanjangan. 3 hari kulalui tanpamu, mengajarku betapa aku sebenarnya sangat sayang dan kamu ada jauh dlm hatiku.

Kepala makin kuat denyutan, dada kian kuat terhimpit. Bimbang demam esok dan bimbang juga sukar tidur seperti malam2 suda, lenaku sebentar lagi berbekal 2 biji panadol dan 1 biji polyfed.

Moga esok bawa perkhabaran yang indah2 aja. Aku tidak mampu lagi menanggung.

Monday, December 24, 2007

Wahai cinta.

Puisi ini untuk kekasihku
Tercarik hatinya dek kata-kataku
Meski dia tahu rinduku sebeban
Masih lagi dia buat tak hairan

Mari sayang
Dekati aku
Mari kemari sayang
Kurindu hangat pelukmu

Kurindu kemesraan kita, sayang
Kudamba gurau senda kita, kasih
Kuigau senyum manismu, cinta

Jangan kau pergi terlalu jauh
Langkahku tidak terkayuh
Jangan kau tinggal aku sendiri
Hatiku makin rasa sunyi

Saban hari aku kian sepi
Saban detik hatiku makin sunyi
Hadirmu kembali kudamba kasih
Kembali bersemi cinta kita cinta putih

*aku mmg tak pandai memujuk. Ah, mati akal sudah. Mahu dibuat bagaimana lagi ini?

sakit

panadol tu pain killer
slalu org consume bila sakit kepala, demam, selsema...

kalau hati yang sakit ape pain killer nye?
rase2, makan panadol byk2 bley baik tak?

Sunday, December 23, 2007

keserabutan

satu lagi hari aku hidup dlm pura2
pura2 gembira
loser
pathetic
lame
gile la

aku punya masalah cinta yang complicated
bila mau selesai, ntah la
dem

*aku sangat rindu.. sangat2....

seharian berjalan

Hari ini hampir seharian keluar bersama keluarga. Pagi jam 10 kami ke Jusco baru di Bukit Tinggi, mak mahu beli crocs (haha.. berjaya hasutanku). Ayah juga seperti mahu beli, tapi tidak jadi. Syukri juga hampir2 beli gitar semi elektrik di yamaha, tapi mungkin kerna kewangan tidak mengizinkan harganya, dia tangguhkan dulu. *haha.. crocs yang terlalu baru dibuka belum dpt terima transaksi kad kredit, ayah pula punya habit tidak gemar bawa cash y banyak, terpaksalah mak bayar sendiri*

Selepas makan kami ke Klang, hantar Syukri terus ke tuisyen, dan pulang rumah sebentar utk solat zuhur. Kemudian kami ke Jusco Bukit Raja pula. Hahaha.. hari melawat jusco. Tujuan utama untuk beli kelengkapan Acha yang bakal ke asrama buka sekolah nnt. Barang2 lain sekadar picisan.

Sepanjang hari aku membawa hati pilu sebenarnya. Jiwaku masih sebal dek peristiwa mlm smlm. Aku cuba utk tidak layan, rancak aja berjimba bersama keluarga. Di Bukit Tinggi aku nampak Big Apple, trus melompat.. mungkin pelanggan terawal, semua seleksi donut masih penuh dan aku tidak perlu beratur!! Meski smlm sejam kubazirkan di JCo, tetap juga kubeli sedozen donut disini. Boleh kata lebih enak dan lazat dr JCo, cuma masih ada beberapa perisa yang aku masih favour JCo's. Apa pun, aku tidak pikir aku ada jam2 utk dibazirkan di JCo lagi. Bagus ke Bukit Tinggi aja.

Di Bukit Tinggi, waktu tunggu ayah ke ATM mak ada pesan, minta tolong pada ayeh utk tgk2 kan acha di asrama, sbb asrama acha dan rumah ayeh dekat aje. Aduh, rase sebak balik dlm hati, tp aku buat muka bersahaja.. katakan ok aja. Ntah la.. aku pun tak tahu bila dia mahu bercakap dgnku lagi.

Ya, mmg aku yang sengaja buat hal. Meski tidak secara sengaja, tetap sepatutnya aku berpikir secara rasional, bukan ikut suka2 hati, meski waktu hormon bercelaru *ekhem.. aku selalu begini.. waktu2 yang hampir dgn dtg bulan mmg emosi mcm gampang*. Aku harap, lekas lah sejuk hatinya, rindu sgt pada dia.

Kepalaku makin sakit. Mungkin perlu layankan tidur aja.....

Saturday, December 22, 2007

tiada tajuk

Langit itu cerah sahaja
Biru damai tak tercemar dek jingga
Sebelum tangan hinaku
Memperca langit birumu

Awan itu indah2 sahaja
Bak tertampal kapas putih merata
Sebelum hati goblokku
Merenjis merah ke awan putihmu

Aku hanya si pengemis
Memohon kasih nan secebis
Namun sering saja onarku
Hatimu kini penuh paku!!

Jangan kau tinggalkan aku sayang.....
Kerna tanpa mu jiwaku sering aja goyang.....

Tiada tajuk, cuma ini sejujurnya y sedang aku rasakan. Aku mmg tidak pandai memujuk!!

kebakaran, sejam yang disiakan dan walimatul urus

ok
aku cerita yang penting2 saja

Khamis

Hari Raya Aidiladha. Biasa2 saja. Aku bangun, golek2, tp bangkitnya slps terima sms dari ayeh. saja bermalas2. Bangun gosok baju kurung, sengaja mahu berbaju kurung di hari raya.

PakLang dtg. Kami sambut seperti biasa. Hanya berdua, dia dan anak bongsunya. MakLang tidak mahu jejak lagi bumi Sg Pinang ini sejak MakTeh dan nenek pindah semula ke sini. Apa pun alasan dia, bagi kami tidak ada apa2. Kalau dia dtg, tetap kami sambut seperti biasa. Mmg kami begitu dr dulu.

Ptg nya mak masak sup tulang, Syukri membantu org lapah lembu korban, dpt la sikit tulang. Mak minta ayah beli roti. Jadi, aku dan acha, dihantar ayah ke Giant utk beli roti. Dia tunggu dlm kereta saja.

Dalam perjalanan pulang dr beli roti, nampak kepul2 asap. Ada kebakaran!! Workshop atau kedai ekzos sebelah masjid Batu Belah (kampung sebelah). Ayah terus berhenti tepi jalan, kebakaran nampak baru saja bermula. Pantas ku capai hp dan dial 999, buat aduan. Tengok jam hp, pukul 21:21. Kami tunggu terus di situ, nampak la org2 yang tinggal dirumah2 blkg sudah mula keluar dr rumah. Dlm 5-7 minit bomba pun sampai. Terus aja kami tunggu, lebih kurang jam 22:05, kebakaran sudah dipadamkan sepenuhnya. 2 pintu kedai hangus, lg 2 terselamat. Org2 ramai yang membantu pihak bomba, memecahkan grill kedai dan membantu tuan kedai yang belum terbakar menyelamatkan barang2. 2 kereta bomba. Kami bergerak pulang slps itu, sampai rumah jam 22:20. Aiseh, Anak Pontianak sudah mau habes.

Sampai di rumah ada Bangah. Rupanya, waktu kebakaran baru mula Bangah baru keluar dr rumah mertuanya (dekat saja dgn masjid tu), mau pulang ke rumahnya (blkg rumahku saja). Dia nampak kebakaran itu, terus aja dia berhenti di masjid dan bunyikan hon, utk alert org rumah2 dibelakang tentang kebakaran itu. Mereka pon tak sedar rupanya. Tp, kebakaran minor saja, ayah kata mungkin litar pintas.

Slps bercerita itu ini, kami makan roti baguette cicah sup panas. best. makin gemuklah. hahaha.

Jumaat

Hari bermula seperti biasa. Malas mahu pergi kerja tp perlu pergi juga. Lunch nya kubazirkan dengan beratur di JCo. Hahaha

Azu tiba2 teria panggilan kecemasan, atuk nya di Melaka meninggal. Jadi, aku ketiadaan partner dan driver ke wedding Kak Tisya secara last minute!! kelam kabut sebentar. puas ku pikir2. Ayeh kerja. Leen kerja. Zana jauh pula, lg pun sudah lambat. Pening!!~

Ren online, disapa aku di cenel. Pikiran ku yang tiada kelain trus aja bertanya, mau apa? mau g wedding ke? Dia pula seperti mau aja mengikut. Hm.. ku sms ayeh, boleh kah kalau aku pergi dgn ren? tidak terpikir yang lain2, aku cuma cari teman waktu itu. Sms balasan dr ayeh yang menuntut air mataku!! Apa terpikir yang tidak enak dimindanya? Aku pun tak tahu. Tak dpt kubendung lagi, pantas aja mengunci diri di bilik kecil.. teresak2 menahan sebak. sedih sangat rasanya.

Akhirnya aku putuskan. Pergi sendirian aja. Bukan mati kalau tidak punya teman. Lg pun di sana pasti ada kawan2. Jam 6.30 bertolak dr opis, jam 7.00 tiba di LRT Taman Jaya. Kusegarkan diri serba sederhana, trus tanya arah ke Singgahsana. Maklumat pertama kuterima tidak betul, aku perlu berpatah balik, serasa mahu saja menangis waktu itu. Dengan jalan yang suny dan tiada org, aku tawakkal saja padaNya. Nasib baik, ada teksi lalu. Terus aja naik teksi ke singgahsana.

Aku antara yang terawal sampai. Menung makin jauh sambil dewan kian dipenuhi hadirin. Aku sms ayeh, mohon ampun, tp tiada jawapan. Hm.. biarlah dia sejuk.. bila, aku pun tak tahu. Majlis mula aga lewat, jam 9lebih. Terus aku sms wan, tanya apa mungkin aku dijemput balik nnt. Boleh katanya, Alhamdulillah...

Majlis berjalan lancar. Hidangan nya pun enak. Puas makan la. Jam 10, org mula beredar. Wan kata mau ambil jam 11. Apa mau buat? Aku pun main game, dan apa2 sajalah.. hampir jam 11 wan sudah sampai. Kami pun pulang.

Dirumah makan JCo yang dibeli dengan waktu sejam yang aku siakan. Kepala terasa sangat sakit sbnrnye, mau demam barangkali.

Rehatlah...

Friday, December 21, 2007

tag?

SI Lindosh tag aku. Ape aje lah die ni... blasah la.. aku nk tag sape? hohoho... aku pon tatau sape aje y bace blog ni, nak tag cane kan? anyway, sape bace n nak diri ditagkan, tag ajelah.. huhuhu

First Name - Siti
Nickname - siti, kotak, zya, sitek, rahmah
Name you wish you had - takde kot
What do people normally mistake your name as - rahmat la, rahimah, rahman
Birthday - 19 September 1982
Birthplace - rumah, Klang
Parents together or divorced - together
Get along with them - oh yesh
Single or taken - single but not available
Zodiac sign - virgo

Your Appearance-
How tall are you - 150cm *owh fendeksnyer*
Wish you were taller - used to
Eye color - dark brown
Eye color you want - brown
Natural Hair color - black
Current Hair color - black
hort or long hair - long. quite long la
Ever dye your hair a bizarre color - never
Curly,Straight,Wavy - wavy
Last time you did something dramatic with your hair - never do anything dramatic to my hair before
Glasses or contacts - glasses and kadang2 je contact lens.
Do you wear make-up - depends
Ever had hair extensions - nope
Paint your nails - used to

In the opposite gender-
What color eyes - brown
What color hair - black
Shy or Outgoing - outgoing
Looks or personality - personality
Sexy or Cute - cute. hehehehehe
Serious or Fun - sesuai dengan keadaan n masa
Older or Younger than you - older please, and more matured
A turn on - berpengetahuan luas and open.
A turn off - pengotor, slebet *comot tu lain lagik, comot sket2 la.. tp kalo dah comot sgt, erm..*

This or that-
Flowers or Chocolate - flowers *coklat bley beli sendiri, rase ok jek. tp flower beli sendiri.. hmm*
Pepsi or Coke - vanilla coke
Rap or Rock - rock.
Relationship or One night stand - relationship
School or Work - school.. but skrg mcm lg suke kerja je..
Love or Money - money, n love
Movies or Music - movies. not into music sgt. Preferred performance much, theater ke, poetry slam ke.. centu la
Country or City - city
Sunny or Rainy days - rainy..
Friends or Family - family first
Have you ever-Lied - tipu kalau tak
Stole something - kecik2 la.. tp tak ingat dah
Smoked - never
Hurt someone close to you - unluckily yes
Broke someones heart - yerp
Had you heart broken - yerp. au passe
Wondered what was wrong with you - not really
wish you were a prince/princess - nope. never wish like that. org kaye adelah, tp setakat tu je
Liked someone - yes.
Liked someone who was taken - used to
Shaved your head - mase baby. hahaha..
Been in love - yes, and am
Used chopsticks - yes. i love japanese food
Sang in the mirror to yourself - very rare

Favorites-
Flower - rose
Candy - candy coated kisses
Song - my all time fav is Heaven Knows by Rick Price
scent - a few.. Givenchy's, Guess', mochino's, ralph's...
Color - green, pink
Movie - LOTR, star wars', Harry Potters'
Singer - hm.. Norah Jones, Eric Clapton...
Word- choyh.. mngok.. ape lg eh
Junk food - chachos
Website - ntah.. OUM, mespes, ape lg eh
Lotion - aku takde lotion, ade body butter je, body shop pnyer.. peach. tu pon jarang pakai
Animal - hamster, kucing
Ever cried over someone - yerp
Is there anything you wish you could change about yourself - my body
Your biggest fear - losing
Do you think you're attractive - not really
If you had to choose a fairytale as your life what would you choose - ntah la..
Do you play any sports - volleyball, netball.. tp tu time skolah la

LAGIK SATU TAG..
The rules:- link to your tagger and post these rules.-
list (8) random facts about yourself and tag (8) people

1. mase form 1 &2, berat aku 45kg je.. kurus kan? skrg.. toksah ckp la..

2. aku ade kezen yang share tarikh lahir dgn aku. Majlis aqiqah n cukup jambul pun buat serentak kat rumah arwah opah.

3. kalau ade duit, aku prefer melancong dr shopping. Aku bukan pandai sgt shopping. Nnt aku beli ngarut2 je.

4. aku tak suke org cancel plan last minute atas alasan yang tak sepatutnya atau reasons ang klakar2. Rase nk sepak je.

5. aku sangat tak suke guna touch pad kat laptop ni. Mesti nk cucuk mouse jugak.

6. dpt tempat ketiga slps KISAS dlm pidato piala di raja mase aku form 5. KISAS tu sekolah asrama peboh ok, aku sekolah picisan je. Budak no1 tu mmg gile tere, aku ingat lagi nama dia Mega Nopija Khalidi.

7. mase sekolah aku aktif menulis. Mase matriks aku debat utk UIA *bahase melayu je la*. makin besar makin malas menulis. Bukan menulis, pk pon malas. hahahaha

8. dr kecik sampai besar, aku ade 2 je subjek kegemaran. Bahasa Melayu n Bahasa Inggeris.

Monday, December 17, 2007

Weekend yang menyampah

Aduh.. Liverpool kalah di tempat sendiri!! buat kali ke 5 dengan MU. Satu perasaan yang menyampah!!~

Hady Mirza menang Asian Idol. Huh, ade yang jata sms muka jambu. Tp tetap menang lah kan. Hady Mirza juga punya suara yang sedap. Dalam tangisan terkejut masih boleh perform ok. Kira ok la. Dari Jac, aku lebih prefer org lain. Bukan sbb tak support negara sendiri, tapi bagi aku suara seperti Jac tu muak didengar berkali. Sekali dua ya, tapi berkali jadi muak. Suara begitu sesuai nyanyi lagu2 soul, seperti Fantacia Barrino, lagu2 gereja.

Ahad yang tiada apa2 aktiviti. Esok kembali semula kepejabat. Busan lagi.

Saturday, December 15, 2007

Cerita untuk 2 hari

Jumaat

Sesuatu berlaku (hanya aku yang tahu.. hahaha). AKu sms Kamis, minta time off, mau dtg sedikit lewat. Tp, jam 10.30 masih dirumah.. trus aku minta half-day leave. Hahaha. Leen pula sms, ajak lunch sama di KLCC. Ok lah.. dah lama tak jumpa best friend ku sorang nih.

Nak jadi cerita, jam 11 aku keluar rumah.. tunggu bas punya lama, jam 11.45 baru sampai ke Klang. G pos office jap (sorry Lindosh, aku baru pos cd kau. hehehe, jangan mara arr..). Naik bas KL, bayar tambang RM3, cari seat. Dah duduk, tergerak pulak ati nk check wallet. Makkk... ATM kad tertinggal. Dlm wallet tinggal cukup2 duit.. aduii.. terpaksalah turun, naik semula bas balik ke rumah, semata2 untuk ambil ATM kad.

Aku sampai ke KLCC sudah lewat. Jam 1.30pm. Kami lunch di food court Avenue K, makan tepanyaki. Hujan lebat pula tu... jam makin lewat, dan aku tak rasa boleh sampai opis by time. Aduh, sms lagi Kamis, trus mintak EL satu hari.

Hm, Ayeh pula... masalah dengan majikan buat dia kian tertekan.. Nak jd cerita, dia MC dua hari, Jumaat dan Sabtu, jadi boleh la temankan aku tgk wayang. Yes!!~

Jam 4.30 lebih kurang, Ayeh jemput aku di LRT Dato Keramat. Kami ke rumah kakak nya, jenguk2 anak2 buah dia. Parents diorang balik kampung, ada urusan. Lepak2 sekejap, kemudian lepak pula rumah Ayeh skjp.. jam 7 trus shoot ke Damansara.

Di cineplex kami parking di open parking. Dua2 first time ke sana, jadi kami jalan2 tengok tempat dulu. Kemudian cari makan. Kami makan di Station Kopitiam. Hahaha.. aku makan tepanyaki chicken lagi, 2 kali makan pada hari yang sama. hahahahaha.

Lepas makan kami lepak2 tunggu wayang kat luar. Ramai pulak opis mate, mesti diorang pon dpt tiket free. hahaha.. OK la cerita tu.. Tentang seorang lelaki yang berusaha mencari penawar bagi penyakit yang telah memusnahkan manusia, sekaligus the civilization. Byk terkejut2.

Tamay wayang trus balik, sampai rumah pon dah jam 12.15. Yeay!! Laptop dah siap. tp takleh connect, tatau knp. Ni pon connect pakai pc lagi. Hm.. Sblm tdo sms2 siket dgn ayeh.. lps tu tros lenyap dlm lena.

*****************************************

Sabtu

Bangun agak awal, mandi dan bersiap2. Jam 12 baru keluar rumah, hehehehe. Aku sudah janji dgn acha, mau bawak dia ke RANtAi, art event yang aku pernah pergi last year. Cuma tahun ni venue berlainan, di MIA, dkt2 KLCC sana.

Kami lunch dulu di KLCC, baru ke MIA. Mak aih, giler ramai orang, owh, bukan orang, budak2. Aku rasa average umur mereka 13-21, yang palin ramai la. Ya, mmg aku tak nafikan, tahun lepas pon, ramai yang muda2. Tapi, itu artis2, pelukis2, performer2, org2 seni, org2 halus.. tp ni, dah rasa mcm pegi gig budak2 muda mudi. Bilangan nya, berkali2 ganda dari tahun lepas. Aku mmg kepingin sangat mau nonton Fynn beraksi, tapi memandangkan situasi yang begitu, aku jadi malas mahu menunggu. Aku kurang selesa dengan sebegitu ramai orang2 muda.. Hm, aku tidak mahu ulas terlalu lanjut. Cukup la sekadar beritahu, dlm jam 4.30, aku dan Acha tinggalkan MIA dengan 3 pasang tshirt, 1 keychain lomo, cd Hujan (Acha yang beli) dan coklat.

Call Ayeh, ajak dia jalan2. Kami ke Titiwangsa, beri ikan makan roti. Leen sms, tidak dpt pergi ke World MArching Band Competition. Hm.. ape boleh buat, trus aku ajak Ayeh makan yong tau foo Kg Pandan. Lpas tu Ayeh hantar kamie ke bus stand. Sampai rumah dlm jam 9.30 kot.

Laptop masih tak boleh connect internet. Sedang tunggu sms jawapan dr Din. Aku masih guna pc sehingga internet boleh connect di laptop. Mau betulkan connection router.

Thursday, December 13, 2007

Langsai kepingin sushi

Hari ni sampai opis sedang2 elok. Tak lambat, tak cepat. 9.05. hehehehe

Kerja mcm biasa. Masih sedikit bz. Waktu lunch aku ke Lot10. Temankan Kak Rosni bank-in check MD, lunch sekali dgn Azu. Seronok juga dpt borak2. Dah lama tak lepak2 begitu. Masa nk balik ke opis sempat singgah di KLiK, tanyakan tiket untuk World Marching Band Competition. Adik tu kata hanya dijual di Stadium kerana event sudah mula. Cheh.

Kamis, bos ku, kasik 2 tiket wayang, nonton Legend di Cathay Cineplex kat damansara. Jam 9.30 malam esok. Aduh, mau nonton sama siapa? Leen kerja, jauh plak tu. Harus bodek Ayeh.

Waktu balik, rasa2 mcm malas mau pulang terus. Ajak Ayeh makan, dia mahu pergi kerja pulak. Jadi, aku decide g sushi king, makan je sorang2, ape bley buat. Menarik juga sepanjang perjalanan berjalan kaki dari Menara Boustead ke Low Yatt.

Aku terserempak dgn sorang mamat yang aku pernah terserempak masa RANtAi last year, dan ada dlm ms. Tp tak pernah bertegur, jd aku buat bodo. Kemudian, di siarkaki tepi Sg Wang, seberang jalan nasi ayam tu.. ada lelaki pengsan. Aku tak tahu sawan atau apa.. tapi terlantar.. dan sudah ramai mengeremuni. Aku tak perlu la tambah sesak lagi kan, terus saja jalan ke Low Yatt.

Nikmatnya dpt unagi setelah sekian lama tak g Sushi King. Sempat sambar membership kad sblm bayar, diskaun sket. Lps makan, jalan2 sekejap dlm Sg Wang.. mcm busan pula. Lagi pun mau gegas pulang, mau nonton Anak Pontianak. Hehehe..

Sampai rumah tepat2 saja masa. Tgk Anak Pontianak sampai habis. Aku suka tgk lakonan Fynn Jamal, watak Hasni dlm drama tu. Bukan bias sebab dia kenalanku, tp mmg lakonan dialah yang menghidupkan drama tu. Kalau nk harapkan Mia tu, kayu. *this is a very personal view. tidak melibatkan sesiapa yang masih hidup, mahupun yang sudah tiada*

Kepala sangat sakit, telan lah panadol 2 biji. Upah adik lelakiku bersihkan kipas yang dah berhabuk kian tebal.. dan skrg sedang online sambil YM dgn Ayeh. Sakit tengkuknya makin teruk. Hm.. esok g urut ya syg.. hehehehe..

Oh, ya. Din kata laptopku siap esok. Wan, abangku, kata dia mahu pick up dr shah alam sendiri. mau guna agaknya. Baguslah.. kalau tak mau berzaman nk dpt semula. hehehehe...

Sekian lah.. mahu burn cd untuk Ayeh.

hari emosi terganggu

Pagi td lambat! dem, baru semalam beresolusi.

Hari ni kerja meletihkan. Banyak perkara kecil2 yang ditekankan orang lain. Mcm, bilik meeting pon nak rebut2, padahal aras2 lain byk lagi meeting room. Masing2 semua malas nk bergerak. Byk la lagi.. bikin sakit hati pula nak recall.

Di IRC pun mcm tu. Aih, senang cerita hari ni mmg hari y meletihkan emosi. Lekaslah tamat musim Haji, lekaslah Kak Aishah pulang dari tanah suci. Pada hemat aku la, dia la yang boleh faham bebanan kerjaku yang sedia ada. Sering aja ditegur andai ada orang lain pandai2 mahu menolak kerja. *sigh*

Rasa malas mahu stay back lama2 meski byk kerja, aku tinggalkan opis jam 7. Awal sejam dr kebiasaan. Tapi sampai rumah sama jugak, lebih kurang je, jam 10. *tahan sabar lagi*

Buka pc, godek sana godek sini... sampai jam 12 baru online. Tegur Ayeh, tp emosi tgh celaru lg.. mau gado nnt. Tk lama, ayah ajak makan chapati, tak tahu dr mana dia beli. Luka di kaki ayah makin teruk, hincutan dlm langkahnya makin ketara. Aku saran dia ke klinik, die diam. Hm...

Malas mau gosok baju untuk esok. Mau tidur saja. Esok pagi la buat.

Wednesday, December 12, 2007

melawat orang meniggal dan penyerahan laptops

Hari ni aku sampai opis agak awal. Sesuatu yang harus dikekalkan, lg2 di musim appraisal.

Pagi td, bunda officemate aku meninggal, agak pantas.. sbb pada paginya masih lagi dlm keadaan sihat. Aku pegi melawat waktu lunch, jumpa pula teman seperjuangan sepersatuan di rumah arwah. Makin sihat dia sekarang.

Jalan di KL hari ni mmg mintak ampun!! Kami gerak dr Gombak tuk pulang ke opis jam 2.30... tp hampir jam 4 baru sampai!! apa yang ada hari ni, byk road block, jalan tutup la... sudah2 la berdemonstrasi, kalau ia pun cari la hari minggu, bukan hari2 bekerja. Selangor saja cuti, KL tetap sesak. Harap maklum.

Pulang dr opis pun lewat, jam 8. Dalam perjalanan din (supra) sms, mahu ambil laptop. Yes!!~ Aku kata akan sms bila sudah tiba di rumah. Sampai2 depan rumah, nampak kedai along terang, byk selipar. Ada demo ke? rupa2nya ada orang buat demo cara peraga tudung. Alah, semua sama... cuma guna aksesori2 berlainan.. kalau mahu tahu lebih byk, sertai kursus, rm85. Buang duit.

Din sampai tidak lama kemudian. Dia dtg bersama apek dan are chong. Keluar sebentar ke Yok Mampir, tp dem, tadek nasik ayam plak ari ni.. baru nak pekena nasi burung puyuh. Jadi kami minum2 saja.

Sampai rumah semula, dah jam 11.45. Beri din laptops (mak dan aku, jadi harus plural) dan cpu lama yang aku kutip dr rumah nenek dulu.

Letih, esok masih byk kerja perlu dibereskan. Tapi ada skuasy. Mcm mana? Apek kata mau repeat Yok Mampir esok, cuba nasib lg.. tp, ntah la...

Kita tgk la esok mcm mana...

Monday, December 10, 2007

penamat hari yang meletihkan

Sampai rumah jam 11. Letih... badan letih, otak letih, emosi letih...

Aku baru habis cuti 2 minggu. Nama saja ada relieve, tp serupa mcm takde. Kadang2 aku ada terasa nk buat mcm Sarah.. Aidil.. Kumpul duit, mengembara ke bumi orang. Cari pengalaman, bekerja sambil makan angin. Huh.. tp mmg tak boleh la kan.. apa mau jawab sama ayah nnt?

Badan letih sbb tak makan kot. Waktu lunch td aku gunakan utk call kawan lama, org JB, Kak Pea. Pada Kak Pea aku tanyakan khabar org JB. Menurut beliau, semua tinggal sejarah.. Mas, Sha.. semua dah hilang tanpa cerita. Ntah ke mana. Susah mau baca hati manusia, kan?

Kak Pea bakal bersalin bayi ketiganya Feb depan. Aku doakan yang baik2 saja.

Lps call Kak Pea, call Ayeh. Lega sikit kesengalan dari pagi. Dah puas gelak2, buat lawak bodoh, letak gagang. Bancuh milo o, cicah biskut kering.. itu saja lah lunch utk hari ni.

Agak petang sikit, aku tergerak nk tgk ms. which leads to komen sorang kwn aku ni kepada kawan dia. Trus aku tersentak. Yakinnya yang dimaksudkan itu aku, dan Azu..

1. "easy" dan "cheap" mahupun "desperate" adalah 3 entiti berbeza. "easy" is mudah. "cheap" is murah dan "desperate" itu terdesak. Nah, jelas saja perbezaan nya, tidak perlu ulasan lanjut.

2. Waktu awal dia selisih faham, aku ada ym, ada pm.. namun dia yang diam, bungkam. Apa perlu aku tegur setiap kali online? Apa salah aku hingga perlu begitu? Pada Ayeh aku ada katakan, hingga takat itu sahaja sapaanku, jelas dia yang enggan reply. Bukan salahku!

3. Tidak pernah aku burukkan dia di channel, hingga menurutnya aku kecoh seisi channel tentang hutang yang seciput itu. She ignored me, and i buat hingaq? Bukan dia seorang saja berhutang denganku.. perlu ke terasa berlebihan? wtf la..

4. aku juga tak pernah tag team dgn siapa2 utk kenakan dia. bukan dia seorang saja temanku, dan bukan dia seorang saja yang punya urusan2... knp perlu extra terasa? Kalau bukan dia yang kunyah lada, kenapa nak bercerita tentang kepedasannya? kepedasan yang tidak benar pula tu..

*tiba2 teringat cerita hikayat monyet dgn cili. Jangan monyet, kita tak boleh makan tu.. monyet kata, aku nak juga.. aku nak juga.. dasar monyet degil*

Aku yang sudah sedia letih mentally n physically, malas pula mahu letih emosi dek dia. Kutitipkan kata maaf, dan tiada lagi teguranku yang kasar katanya. Pergilah kau hanyut dgn duniamu.

Aku sayang dia, sebagai teman yang pernah akrab. Tapi dia mungkin hanya cari teman enjoy.. Lepas ni dia boleh pergi sana, mabuk2 dan enjoy2 sama siapa2 yang dia suka. Aku sudah tidak mahu peduli.

***********************************

Ada kala chemistry aku dan Ayeh begitu kuat. Td di Klang, sementara tunggu bas (dah la hujan, takde bas pulak tu), aku baru nk sms dia, die dah sms aku. Hihihi.. sekadar tanya dimana.. bebalas 2-3 sms, itu saja.

Hujan dr opis, sampai rumah, buat kepala aku sakit. Tadi Ayeh dah pesan suruh mandi. Mcm bapak2, selalu pesan mcm2.. hehehe.. tp aku tahu itu sebab dia sayangkan aku.

Sekian, nk g mandi.

permulaan...

Aku pernah terdengar, diari itu sebenarnya satu therapy. Kira, blog ni, diari lah kan.. jadi menulis blog juga satu therapy.

Aku harap blog ini akan jadi therapy ku, kerna susur galur hidup aku kini suda makin rancak mempalit warna...