Hari ini hampir seharian keluar bersama keluarga. Pagi jam 10 kami ke Jusco baru di Bukit Tinggi, mak mahu beli crocs (haha.. berjaya hasutanku). Ayah juga seperti mahu beli, tapi tidak jadi. Syukri juga hampir2 beli gitar semi elektrik di yamaha, tapi mungkin kerna kewangan tidak mengizinkan harganya, dia tangguhkan dulu. *haha.. crocs yang terlalu baru dibuka belum dpt terima transaksi kad kredit, ayah pula punya habit tidak gemar bawa cash y banyak, terpaksalah mak bayar sendiri*
Selepas makan kami ke Klang, hantar Syukri terus ke tuisyen, dan pulang rumah sebentar utk solat zuhur. Kemudian kami ke Jusco Bukit Raja pula. Hahaha.. hari melawat jusco. Tujuan utama untuk beli kelengkapan Acha yang bakal ke asrama buka sekolah nnt. Barang2 lain sekadar picisan.
Sepanjang hari aku membawa hati pilu sebenarnya. Jiwaku masih sebal dek peristiwa mlm smlm. Aku cuba utk tidak layan, rancak aja berjimba bersama keluarga. Di Bukit Tinggi aku nampak Big Apple, trus melompat.. mungkin pelanggan terawal, semua seleksi donut masih penuh dan aku tidak perlu beratur!! Meski smlm sejam kubazirkan di JCo, tetap juga kubeli sedozen donut disini. Boleh kata lebih enak dan lazat dr JCo, cuma masih ada beberapa perisa yang aku masih favour JCo's. Apa pun, aku tidak pikir aku ada jam2 utk dibazirkan di JCo lagi. Bagus ke Bukit Tinggi aja.
Di Bukit Tinggi, waktu tunggu ayah ke ATM mak ada pesan, minta tolong pada ayeh utk tgk2 kan acha di asrama, sbb asrama acha dan rumah ayeh dekat aje. Aduh, rase sebak balik dlm hati, tp aku buat muka bersahaja.. katakan ok aja. Ntah la.. aku pun tak tahu bila dia mahu bercakap dgnku lagi.
Ya, mmg aku yang sengaja buat hal. Meski tidak secara sengaja, tetap sepatutnya aku berpikir secara rasional, bukan ikut suka2 hati, meski waktu hormon bercelaru *ekhem.. aku selalu begini.. waktu2 yang hampir dgn dtg bulan mmg emosi mcm gampang*. Aku harap, lekas lah sejuk hatinya, rindu sgt pada dia.
Kepalaku makin sakit. Mungkin perlu layankan tidur aja.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment