Puisi ini untuk kekasihku
Tercarik hatinya dek kata-kataku
Meski dia tahu rinduku sebeban
Masih lagi dia buat tak hairan
Mari sayang
Dekati aku
Mari kemari sayang
Kurindu hangat pelukmu
Kurindu kemesraan kita, sayang
Kudamba gurau senda kita, kasih
Kuigau senyum manismu, cinta
Jangan kau pergi terlalu jauh
Langkahku tidak terkayuh
Jangan kau tinggal aku sendiri
Hatiku makin rasa sunyi
Saban hari aku kian sepi
Saban detik hatiku makin sunyi
Hadirmu kembali kudamba kasih
Kembali bersemi cinta kita cinta putih
*aku mmg tak pandai memujuk. Ah, mati akal sudah. Mahu dibuat bagaimana lagi ini?
Mungkinkah
-
Mungkinkah
rindu itu hanya harapan
dalam pengertian kehidupan
seperti ombak
yang membawa khabar berita
akan hadirmu yang sudah tiada
seperti sepi
yang memba...
1 day ago
No comments:
Post a Comment