Monday, December 10, 2007

penamat hari yang meletihkan

Sampai rumah jam 11. Letih... badan letih, otak letih, emosi letih...

Aku baru habis cuti 2 minggu. Nama saja ada relieve, tp serupa mcm takde. Kadang2 aku ada terasa nk buat mcm Sarah.. Aidil.. Kumpul duit, mengembara ke bumi orang. Cari pengalaman, bekerja sambil makan angin. Huh.. tp mmg tak boleh la kan.. apa mau jawab sama ayah nnt?

Badan letih sbb tak makan kot. Waktu lunch td aku gunakan utk call kawan lama, org JB, Kak Pea. Pada Kak Pea aku tanyakan khabar org JB. Menurut beliau, semua tinggal sejarah.. Mas, Sha.. semua dah hilang tanpa cerita. Ntah ke mana. Susah mau baca hati manusia, kan?

Kak Pea bakal bersalin bayi ketiganya Feb depan. Aku doakan yang baik2 saja.

Lps call Kak Pea, call Ayeh. Lega sikit kesengalan dari pagi. Dah puas gelak2, buat lawak bodoh, letak gagang. Bancuh milo o, cicah biskut kering.. itu saja lah lunch utk hari ni.

Agak petang sikit, aku tergerak nk tgk ms. which leads to komen sorang kwn aku ni kepada kawan dia. Trus aku tersentak. Yakinnya yang dimaksudkan itu aku, dan Azu..

1. "easy" dan "cheap" mahupun "desperate" adalah 3 entiti berbeza. "easy" is mudah. "cheap" is murah dan "desperate" itu terdesak. Nah, jelas saja perbezaan nya, tidak perlu ulasan lanjut.

2. Waktu awal dia selisih faham, aku ada ym, ada pm.. namun dia yang diam, bungkam. Apa perlu aku tegur setiap kali online? Apa salah aku hingga perlu begitu? Pada Ayeh aku ada katakan, hingga takat itu sahaja sapaanku, jelas dia yang enggan reply. Bukan salahku!

3. Tidak pernah aku burukkan dia di channel, hingga menurutnya aku kecoh seisi channel tentang hutang yang seciput itu. She ignored me, and i buat hingaq? Bukan dia seorang saja berhutang denganku.. perlu ke terasa berlebihan? wtf la..

4. aku juga tak pernah tag team dgn siapa2 utk kenakan dia. bukan dia seorang saja temanku, dan bukan dia seorang saja yang punya urusan2... knp perlu extra terasa? Kalau bukan dia yang kunyah lada, kenapa nak bercerita tentang kepedasannya? kepedasan yang tidak benar pula tu..

*tiba2 teringat cerita hikayat monyet dgn cili. Jangan monyet, kita tak boleh makan tu.. monyet kata, aku nak juga.. aku nak juga.. dasar monyet degil*

Aku yang sudah sedia letih mentally n physically, malas pula mahu letih emosi dek dia. Kutitipkan kata maaf, dan tiada lagi teguranku yang kasar katanya. Pergilah kau hanyut dgn duniamu.

Aku sayang dia, sebagai teman yang pernah akrab. Tapi dia mungkin hanya cari teman enjoy.. Lepas ni dia boleh pergi sana, mabuk2 dan enjoy2 sama siapa2 yang dia suka. Aku sudah tidak mahu peduli.

***********************************

Ada kala chemistry aku dan Ayeh begitu kuat. Td di Klang, sementara tunggu bas (dah la hujan, takde bas pulak tu), aku baru nk sms dia, die dah sms aku. Hihihi.. sekadar tanya dimana.. bebalas 2-3 sms, itu saja.

Hujan dr opis, sampai rumah, buat kepala aku sakit. Tadi Ayeh dah pesan suruh mandi. Mcm bapak2, selalu pesan mcm2.. hehehe.. tp aku tahu itu sebab dia sayangkan aku.

Sekian, nk g mandi.

No comments: