Saturday, December 15, 2007

Cerita untuk 2 hari

Jumaat

Sesuatu berlaku (hanya aku yang tahu.. hahaha). AKu sms Kamis, minta time off, mau dtg sedikit lewat. Tp, jam 10.30 masih dirumah.. trus aku minta half-day leave. Hahaha. Leen pula sms, ajak lunch sama di KLCC. Ok lah.. dah lama tak jumpa best friend ku sorang nih.

Nak jadi cerita, jam 11 aku keluar rumah.. tunggu bas punya lama, jam 11.45 baru sampai ke Klang. G pos office jap (sorry Lindosh, aku baru pos cd kau. hehehe, jangan mara arr..). Naik bas KL, bayar tambang RM3, cari seat. Dah duduk, tergerak pulak ati nk check wallet. Makkk... ATM kad tertinggal. Dlm wallet tinggal cukup2 duit.. aduii.. terpaksalah turun, naik semula bas balik ke rumah, semata2 untuk ambil ATM kad.

Aku sampai ke KLCC sudah lewat. Jam 1.30pm. Kami lunch di food court Avenue K, makan tepanyaki. Hujan lebat pula tu... jam makin lewat, dan aku tak rasa boleh sampai opis by time. Aduh, sms lagi Kamis, trus mintak EL satu hari.

Hm, Ayeh pula... masalah dengan majikan buat dia kian tertekan.. Nak jd cerita, dia MC dua hari, Jumaat dan Sabtu, jadi boleh la temankan aku tgk wayang. Yes!!~

Jam 4.30 lebih kurang, Ayeh jemput aku di LRT Dato Keramat. Kami ke rumah kakak nya, jenguk2 anak2 buah dia. Parents diorang balik kampung, ada urusan. Lepak2 sekejap, kemudian lepak pula rumah Ayeh skjp.. jam 7 trus shoot ke Damansara.

Di cineplex kami parking di open parking. Dua2 first time ke sana, jadi kami jalan2 tengok tempat dulu. Kemudian cari makan. Kami makan di Station Kopitiam. Hahaha.. aku makan tepanyaki chicken lagi, 2 kali makan pada hari yang sama. hahahahaha.

Lepas makan kami lepak2 tunggu wayang kat luar. Ramai pulak opis mate, mesti diorang pon dpt tiket free. hahaha.. OK la cerita tu.. Tentang seorang lelaki yang berusaha mencari penawar bagi penyakit yang telah memusnahkan manusia, sekaligus the civilization. Byk terkejut2.

Tamay wayang trus balik, sampai rumah pon dah jam 12.15. Yeay!! Laptop dah siap. tp takleh connect, tatau knp. Ni pon connect pakai pc lagi. Hm.. Sblm tdo sms2 siket dgn ayeh.. lps tu tros lenyap dlm lena.

*****************************************

Sabtu

Bangun agak awal, mandi dan bersiap2. Jam 12 baru keluar rumah, hehehehe. Aku sudah janji dgn acha, mau bawak dia ke RANtAi, art event yang aku pernah pergi last year. Cuma tahun ni venue berlainan, di MIA, dkt2 KLCC sana.

Kami lunch dulu di KLCC, baru ke MIA. Mak aih, giler ramai orang, owh, bukan orang, budak2. Aku rasa average umur mereka 13-21, yang palin ramai la. Ya, mmg aku tak nafikan, tahun lepas pon, ramai yang muda2. Tapi, itu artis2, pelukis2, performer2, org2 seni, org2 halus.. tp ni, dah rasa mcm pegi gig budak2 muda mudi. Bilangan nya, berkali2 ganda dari tahun lepas. Aku mmg kepingin sangat mau nonton Fynn beraksi, tapi memandangkan situasi yang begitu, aku jadi malas mahu menunggu. Aku kurang selesa dengan sebegitu ramai orang2 muda.. Hm, aku tidak mahu ulas terlalu lanjut. Cukup la sekadar beritahu, dlm jam 4.30, aku dan Acha tinggalkan MIA dengan 3 pasang tshirt, 1 keychain lomo, cd Hujan (Acha yang beli) dan coklat.

Call Ayeh, ajak dia jalan2. Kami ke Titiwangsa, beri ikan makan roti. Leen sms, tidak dpt pergi ke World MArching Band Competition. Hm.. ape boleh buat, trus aku ajak Ayeh makan yong tau foo Kg Pandan. Lpas tu Ayeh hantar kamie ke bus stand. Sampai rumah dlm jam 9.30 kot.

Laptop masih tak boleh connect internet. Sedang tunggu sms jawapan dr Din. Aku masih guna pc sehingga internet boleh connect di laptop. Mau betulkan connection router.

No comments: