Saturday, January 31, 2009
Dr Jayaraman mengingatkan saya kepad En Mokhtar Kassim, guru Prinsip Akaun saya dahulu
Pagi td bagun dengan malas2, tapi terpaksa bangun sbb ada kelas. Makan nasi lemak yang mak masak, baru cari baju dan bersiap2. Kelas pertama ialah Principles of Macroeconomy. Seriyes, saya akan pening nk paham dan apply theory2 aquilibrium (btol ke eja ni?). Y=C+I Y=S+I =CSI... whatever... Saya benci teori. Kan bes kalau semua subjek critical thinking.
Kelas kedua cross-culture management. Tutor saya Dr Jayaraman. Dia sgt bersemangat waktu bercerita dan dia ada macam2 cerita. Betul2 mengingatkan saya pada cikgu Mokhtar Kassim waktu beliau mengajar saya Prinsip Akaun untuk SPM. Takde satu kelas pun yang beliau tidak bersemangat. Kami2 je yang suke2 hati nk ade semangat atau tak untuk salin segala tok nenek catatan lejer jurnal dsb di papan hitam (yes, black board dan tulis guna kapur). Rindu pula zaman sekolah.
Dialog Dr Jaya dgn aku tadi:
DrJ : ok, introduce urself.
me : my name is Siti from Klang. I'm working in Affin Investment Bank.
DrJ : Oh, Affin Investment Bank.. interesting. So, how's the traffic?
me : traffic? (blur2)
DrJ : In Klang, I heard the traffic is really bad.
Hahaha.. klakar la tu.kadang2 aku harap dapat tutor yang sama tiap sem, so takyah nk perkenal diri tiap kali first tutorial.
Aku harap sepanjang sem ni aku stay bersemangat mcm Dr Jaya.
Batuk dah kurang sket. Mungkin berkat minum air ECPI. Alhamdulillah, kalau tak aku ni pesen batuk mcm tanak stop. Parents aku yang dah a few months amalkan pun nampak makin sihat skrg. Kebas2 tangan mak dah makin kurang. Terima kaih ECPI!!~
Esok ade match, Liverpool vs Chelshit. Ai of kos Never Walk Alone lah kan. Leen, please la.. keep those blue shirts away... Better buy the red one now, later the price will increase ok. Hahahaha!!~
Bile la nk lepak2 dgn Leen lagi eh? Rindu nak gossipun wal kutukun wal menyampahun. hahaha!!~
Friday, January 30, 2009
Fi haazal yaum..
*BHT MC. Tembak dagu dengan laser.
*batuk makin teruk. Esok ade kelas. Just great!!~
Let me tell you this: if you meet a loner, no matter what they tell you, it’s not because they enjoy solitude. It’s because they have tried to blend into the world before, and people continue to disappoint them. —Jodi Picoult, My Sister's Keeper.
Thursday, January 29, 2009
Kotak Hati
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu
Terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi
Berbaring renung kita ke bulan
lagu yang ku tulis ku nyanyikan
lagu cinta tentang kita berdua
yang kan kita kenangi hingga tiba masa
Terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi
Mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi
Tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu
Terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi
Mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi
*lirik lagu Hujan, takde kena mengena dgn KotakHati Photography. nGee!!~
Wednesday, January 28, 2009
sikit2
*aku jumpe kasut running aku kt rak kasut lama tepi rumah. So ari ni dah start g gym balik. dan aku telah jumpe kasut hard court aku kat gym!! punye meraban aku carik, tertinggal kat gym upernyer (kasut hard court tu slalu guna utk skuash, kasut running utk aktiviti2 len. Tapi kadang2 aku lenjan je kasut hard court utk lari. haha)
*opis baru even agak sempit berbanding dulu, kire ok la sbb mesin fotostate dah dekat. Bilik BHT pun sgt2 la dekatnye. Pusing sket dah bley nampak die. Takyah la nk tekan2 butang lg nk panggil aku ngadap. haih!!~
*smlm tak jd tgk underworld walaupun tiket dah beli. Kisahnye orang jaga tiket tak terpedaya dgn rupe Acha yang masih underage tu. Lalu kami pun tukar tgk Bride Wars. Best jugak. I lurve Anne Hathaways (cane eja name die eh?) die comel dan mulut die sgt lebar.
*Mula2 plan nk g A Famosa weekend ni, mau amik bungalow lepak reramai. Tapi ayah dah demam2, tatau sembuh bila. So, plan tak jadik la kot. Sedih sbb tak dpt jalan2, tp tak kisah sgt sbb dah pernah pergi. Sampai pulau2 monyet pon dah jejak. Ahaks.~*
*aku plak dah perit2 tekak. Ari ni layan air-cond kt opis, dah mule rase mcm nk demam. Oh, jangan la demam. Jumaat ni mau layan Akar di Galeri Shah Alam.
*2 kali tukar modem dlm 3 hari ni. Gile la modem streamyx. Asyik kong.
*Result dah kuar. OK la... ade yang truk ade yang ok. Tp latest cgpa blum update. Stended la OUM mmg mcm tu.
*laughing mcm org gile watching Russel Peters.. Somebody gonna get hurt real bad.. :)))))
Tuesday, January 27, 2009
Photogedics session dengan cikgu and cik model
Sunday, January 25, 2009
Saudara2 kita di luar sana - video wajib tonton!!
http://songkokterbalik.blogspot.com/2008/12/kesan-kejatuhan-empayar-turki.html
Menitik2 air mate aku tgk video2 yang Bob upload tu. Mesej2 yang disampaikan dalam video2 tu sangat tepat dan betul. Moga Allah turunkan balasan yang berat pada kafir2 laknatullah tu semua.
*aku hilang kata2. sangat tersentap dan tersentuh.
Saturday, January 24, 2009
Lucky
Lately ni aku sker layan lagu ni (aside from lagu Erna tu). Aku suke suara Colbie, ala2 niu jazz. Mcm suara Mary Janes dlm ceta Spiderman tu. Aku suke jazz2 ni.
This one is Jason's duet dgn Lesley Pikes. Not bad, best gak. Aku paling suke bile Jason buat bunyi 'ahhh' tu. Hehehe.
*aku perlu buat keputusan segera pasal rumah. haih, think siti...think..
Erna - Bukan Untuk Sesaat
Ku rasa berbeza
Dirimu seakan berubah
Sekelip mata
Kemana kah menghilang
Canda dan senyummu kekasih
Sungguh tak mengerti
Tidakkah kau sedari
Keikhlasan ini
Setia di sisimu
Katakanlah kekasih
Jangan kau pendam lagi
Ceritakanlah segala masalahmu kepadaku
Yakinkanlah hati mu
Diriku mencintai mu
Bukan untuk sesaat
Bukan untuk seketika
Tapi untuk selamanya
Kini kasih ku rasa berbeza
Dirimu seakan berubah
Dalam sekelip mata
Thursday, January 22, 2009
mungkin kot.. rase2 nye....
Aku pernah berada dalam satu tempat, di mana kat tempat tu aku tatau ahli2 kariah nye suke atau tidak dgn kewujudan aku. Diorang seems friendly. Macam suke je, dan aku pun mule rase comfortable.
Tapi rupenye diorang tade la sesuke mane pun. Tak tau la sama ada diorang buat2 suke, mmg tak kisah, mmg suke ke ape ke. Tapi yang pastinye aku suddenly rase out of place. Mula2 aku rase agak upset la. Ye la, aku jenis suke berterus terang. Bile aku tanye kenape aku tibe2 rase awkward (btol ke eja ni?), ade yang kate mmg biase mcm ni. But my naluri say nehi2... jangan la gule2kan aku centu kan.
Ok la.. aku ni pon mmg ade angin sket, dtg angin emo aku, aku emo la (eleh, takyah cakap la korang xde. tak normal namenye). Aku emo2.. lps tu aku pk.. mebi, kalo aku takde, tempat tu lebih aman dan boleh jalankan aktiviti diorang mcm biase kot. Bebanan je aku ni, semak. Jadi, aku pun angkat kaki. Takyah kot nk say2 goodbye. trus aja kembali.
Aku tgk tempat tu lebih hepi skrg tanpa aku. Dah boleh buat bisnes, buat extra income. Siang malam kerja, cari duit. Nampak hepi walaupun dah makin bz. Sekali sekala diorang kirim berita. Aku layankan aje kalau berkredit. Tak pernah juga aku paksa diri mencari sms free. Keadaan dah jauh berubah.
Aku juga dah mula rasa happy bile pikir yang diorang dah happy. Lepak+makan William hampir 3 kali dah dengan my besfren for the past 2 weeks. Carbonara alfredo nasi goreng ketam seafood pasta air kedondong blended ribena bla bla.. gile la. makin gemok la aku. Uncle william pun nampak aje muke kitorang yang blur2 nk order, tros la die suggest menu pelik2. ape ke blue fin tuna? eh, aku suke tuna. salmon lg sedap. manis. Nyumm!!~
Aku juga tak perlu nk fikir kewangan aku yang tgh tak berapa best ni. Aku tatau sejauh mane keikhlasan diorang tu dulu sapot aku sedikit sebanyak tu. Aku pnah ckp, aku nk belanje sekampung makan kenduri, tp ade yang kae takyah plak. Aku mintak halal je la eh mane terkurang. Kalo nk claim pun boleh je, tade hal. Nasib aku baik la jugak sbb besfren aku ni tak berkira nk kuar sen bersama2 dgn aku. Ari ni die blanje, esok aku plak (walaupun time die blanje lg mahal dr aku). Tol kadang2 aku bayar, kadang2 die jugak bayar, kete die bawak, minyak sendiri mau ingat (ampun la aku nk tuang minyak kete die. bley muflis aku). Leen, i nk say sgt2 thanks for ur support and energy and murah hati and stuff. Kita turun JB la, tempat terjatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bercanda. wah!!~*
Siapa minum sirap, die rase manis. Terima kasih banyak2 la sbb buat aku sedar, tak semua orang boleh jadi kawan kepada semua orang. Nak cakap ape, nk gossip ape, kalau itu bisa buat kalian happy, aku halalkan. dun worry. Aku dlm mood optimis yang tidak destruktif. Aku masih sgt suka berkongsi, takkan aku berkira berkongsi perkara selagi dlm kemampuan. Mari2.. i won't bite. :)
cerita pendek
*gile penat pindah opis 2-3 menjak ni. Ntah bile nk setel. Nasib baik ade aktiviti sosial malam2. hahaha.
*masih menghitung hari.. banyak lg nk kene buat ni, sempat ke? haih.~*
*target masih jauh dari sasaran. Kasut gym dah hilang, mcm mane ni? sape amik sila pulangkan. Saya dah rindu giler dengan treadmill.
*cambes plak men fesbuk. Sbb tade org cakap aku jadik stalker. tak kuase aku nk stalk org, mcm tade kije laen. hahaha.~*
*start bayo duit kutu. InsyaAllah jadi duit raye la nnt. takyah amik festival advance lagi.
*harga DIA dah naik sket sempena nk raye cine. Aku ade jual sket. esok tgk brape dpt.
*seronok dpt lepak dgn besties semula secara kerap (bukan senang nk carik masa). Skrg aku dah ingat balik mcm mane kitorang bley kawan serapat ni selama ni walaupun masing2 jauh berbeza baik dr segi fizikal maupon lifestyle, baik sha maupun Leen. Coz we believe what happen in the friendship stays in the friendship itself. pronto.
*tak sabar nk tunggu kain yang diorder sampai. it is for the day!!
*Kak Aishah nk kasik Swiss Garden stay. yeay!! Family day??! Lumut? Kuantan?
*assignment suda patut mula bikin, tp laptop masih blom hantar repair. *sigh*
*aku tulis bile aku ingat nnt. Penat ni jadi mandur+kontraktor.
Sunday, January 18, 2009
Jalan2 dengan cik bakal pengantin
We'd been classmate from PJ to Gombak, taking the same course and major. Kitorang ber klik bertiga - me, zanna and sarah slalu hang out together. Bermula dengan subjek sosiologi yang kami amik bersama, bikin research and assignment bersame, jadi rapat since tu. I remember mase aku ade bf budak Ipoh time tu, diorang siap plan g holiday ke Ipoh mase sem break. Hahaha.
Between three of us, aku la yang first ade bf. Zanna was quite hard to like a guy, and sarah too. Kash (zanna's fiancee) is Zanna's first love, and it seems like her first love is her jodoh as well. Hehehe.
Kitorang mmg jarang2 jumpe coz masing2 bz. Zanna practice PR at a local magazine publisher. Bz keje, bz dgn family and bz nkbuat family, hehe. Sarah plak skrg duduk kat economy table kat Utusan. Lagi la bz sokmo nk kejar news. Aku, biase ar. Buat2 bz.
So, me and zanna decided to hang out ari neh. 1st destination g tgk pelamin kt jalan duta. then g medan mara amik baju nikah (aku sgt suke baju nikah die), then g carik lg ade a few barang2 die. Makan sup utara kat medan mara yang mmg mabeles.
Then kitorang g titiwangsa, tgk venue majlis zanna nnt, kat kelab Golf PDRM Titiwangsa. Scenary die mmg mabeles. Nampak semua skyline KL ni. I like!! Lps tu kitorang g CM, zanna ade beli buku kt sana. Zanna ni dgn Sarah hantu novel, esp english. Ingat lagi mase g cherating dgn diorang, bley la plak jumpe kedai kecik auntie Hawaii kat situ, buat sewa buku. Happy gile diorang mase tu.
Aku doa majlis zanna akan berjalan dengan lancar. Problem2 sblm menjelang majlis tu, dugaan. Aku seronok tgk kawan2 happy. Haih... tgk org nk kawen, aku pon rase nak kawen gak. hahahaha. Cepat2 la jumpe jodoh aku, Amin... *senyum gatal*
Saturday, January 17, 2009
How much my new baby will cost me?
hahaha.. tade la. aku kan baek, orang tanye kene jawab. Well, kalo kat Shashinki....
Canon EOS 5D Mark II Digital Camera (Camera Body Only) RM9,250.00
Canon EOS 5D Mark II Digital Camera-Camera Body Only(Canon Malaysia) RM8,950.00
Canon EOS 5D Mark II Digital Camera Kit Set with EF 24-105mm F/4 IS USM Lens (Canon Malaysia) RM12,550.00
Murah je kan? Mau lagi tiga tahun pun aku dok mimpi je kot. Sayang, hantaran takyah la kasik Coach ke Nine West ke ape ke.. yew kasik ai satu dulang jek, kasik 5DmkII eh? Kalo nak wak jadi batal air semayang pon ai tak kesah... hehe *lps tu aku kene pelangkung dgn bapak aku* haha.
Haih.. bile la nk dpt. Sejak di rachun itu ari, aku asyik mimpi2 je. Kesian aku. uhuk... tape la... maybe aku start je dgn 40D or 50D je dulu ke.... iso dah bule push 12800 kalo tak silap. LCD pon besar sket dr Lola skrg. Hm... InsyaAllah kalo cukup ongkos nya nnt. Amin.
Aineh pindah opis tadi. Esok2 la aku ceta. Agak2 ngantuk n sakit belakang. Esok nk g jenjalan dgn cik bakal pengantin plak. Hihik!! Mau amik aura2. hahaha.
Thursday, January 15, 2009
Outing Tasik Taman Jaya
Aku ambil half day td, ade bende tentang study yang aku nk kene setelkan. And aku jugak ade janji dgn adek gedik aku si Am nk shoot utk magazine. Ok la.. aku pilih Tasik Taman Jaya sbg spot utk shoot. 4 persalinan. Am dah boleh dikatakan semakin maju dengan modelling sekarang, dah tak kekok bergaya dan dah skill nk salin2 baju kt public (siap salin jeans ok!!). Walaupun muke n badan masih byk berparut (baru baik dr chicken pox), masih boleh posing2 (wah.. mcm ayat magazine plak. Haha).
Am bawak PA die (pasang PA dah skrg...) Imah and aku saje la ajak Hami ikot sekali. Hehehe. Asal lately ni aku asyik ajak Hami jenjalan eh? Sbb die ok, muke nak hepi aje. Sengal je. Aku suke berjalan dgn org2 yang hepi2 ni... secara tak langsung ke-hepi-an die tu aku dapat gak. Aku pon ceria sokmo, sengal memanjang. Hahaha. And Hami pon mmg ade time free kan. Tak reti penat, mcm aku. Tu penting gak. hehehehee.
Weather mula2 mcm tak syiok. Langit mendung, aku susah nk dpt gambar2 yang warm. Tapi dah hujung2 tu, the sky is beri biutipul la. Aku suke. Tapi time tu dah abes sesi am dah. Sesi gedik2 je mase tu. Hehehehe.
Lepas abes melepak, kitorang g A&W. Aku saje pow Am makan sbb aku dah kasik free photography service kat die. Aku makan waffle dgn float. Aku baru tau waffle A&W besor. Tak larat abes. Hehehehe.
Dari dulu Am mmg minat modelling. Who am I to say no? He got talent, go for it bro!! Tapi kurangkan gossip tau!! Jangan banyak main n tumpukan perhatian, focus!! *fyi, baru2 ni Am ade menang third place untuk Pencarian Gadis/Jejaka iRemaja. Congrates bro.~*
Redha...
Dari ape isu sekali pun sama saja. Takde istilah nk berdendam atau tak berpuas hati sampai nak membenci, jauh sekali nak bersengketa. Kalau secara baik tak dapat diselesaikan, biarkan saja. Bukan kita yang hak untuk menghukum insan lain. Kalau baik nnt ending nye, baik la. Dalam kata yang lebih deep, redha.
Bukan mudah nak redha, lagi pula bila hati btul2 sakit. Bila hati sakit, mula rasa kesumat. Kau sakitkan hati aku, aku nak sakitkan hati kau balik, biar kau rasa. Kadang2 perlu, sekadar untuk beri pengajaran. Tapi seringkalinya tak perlu. Jadi, biarkan saje.
Setiap yang terjadi tu, pasti ada hikmahnya. Putus cinta, mungkin bakal ketemu yang jauh lebih baik dari yang sebelumnya. Perselisihan faham dalam perhubungan, mungkin berpeluang untuk mengenali dengan lebih mendalam. Bos kuat mengarah, mungkin dengan itu kita berpeluang untuk belajar lebih dan mampu maju lebih jauh. Kawan yang pergi, mungkin dengan itu peluang untuk berteman2 dgn yang lain atau mungkin lebih akrab hubungan dengan yang telah sedia ada, who knows? Hikamh Tuhan itu sentiasa ada, tunggu masa saja untuk kita rasa, cepat atau lambat.
Jadi, harusnya aku belajar untuk lebih redha. Jangan merungut2!! :p~
*ramai btul org privatekan blog skrg. Biarlah.. nk privacy kot.
Monday, January 12, 2009
Ini racun tiada penawar...
Quote dari owner, bro Dzunain:
- Full frame dgn pixel tinggi; Walaupun crop, image quality tak effected sangat.
- Digic IV; keupayaan ISO tinggi dgn kadar noise yg minima. So masalah low light indoor mitigated.
- LCD 920k dgn keupayaan utk terang atau gelap ikut pencahayaan sekitar. Masalah silau mitigated.
- Boleh calibrate lens pd body je. Tak perlu hantar Canon.
- Auto ISO sehingga 3200.
- Live view; boleh shoot angle rendah tanpa byk trial & error
- HD movie; Some moments best captured guna video. Tgh shoot video still boleh shoot foto.
- Kecil saiznya compared to 1D series. Senang dibawa.
Video die siyes gambo cantik giler!! Lagi2 mlm tu kat Muara bro Dzunain gune 50mm... menurut beliau dah transfer ke pc pon gambar masih secantik tu. Mau nanges!!! aku nak jugak!!
Ini racun tiade penawar. Sudah dapat sebijik baru sembuh. Ouh.....
Mau jugak kasik teaser and sedikit share2. hehehe.
Aku letak die tepi bantal, tadi masa baring aku dgr die ade bunyi. Aih, short circuit ke? aduh la.. malas nya mau pikir.
Jadi, masih tak dpt edit pic yang ambil sabtu lepas. Tapi geram, mau juga kasik teaser sket. Ini semua unedited, cropping ke level ke semua tadek. Btol2 fresh dari CF.
cubaan silhouette kengkunun. hampeh je.
tapi langit aritu mmg cung. kitorang sampai just in time for the sunset.
and finally the food. Ehem, ni lauk2 kami kami berlima setengah (cikgu hadi amik lauk kt tpt kitorang ni and kat sebelah jugak. Kire setengah la tu). Habis licin okek. Sotong and udang goreng tu sgt mabeles.
Gambar2 street photo ampun ya. Nnt dah edit, tempek kat DF baru aku bley tempek sini plak. hehehehe.
Sunday, January 11, 2009
Outing DuniaFotografi.com
Mula dgn sesi kenal diri. Ramai ade, bro halim pun ada.Then tgk2 gambar streetphoto Zuhrie. Phew la.. penuh dgn story. Dipecahkan kepada 3 group, tp aku rase tak gerak ikut group pon. Jalan je ikut suke. Boleh la aku jumpe si achik tgh beli rojak kat sane, n mak n ayah dlm kete. hehehehehe.
Lps dah shoot, dlm kol 6 kami gerak ke Tanjung Harapan. Aku tumpang Abg Adi, balik pon tumpang die. Time kasih byk2 cikgu. Aku juge telah menyesatkan beberapa bijik kereta. huhuhuhu. Sampai Tanjung, layan sunset, layan silhouette cun giler babas. Tapi aku punye shot biase2 je la. Jeles tgk ade yang dpt sunset golden gile babas tu. And thanks to cikgu RoyalJelly yang kasi tips nk dptkan golden2 hue tu.
Lepas layan sunset, layan group photo. bab ni yang suke ni. sbb ade gambo ai. huehuehue.
See me? Semua org tayang kamera gabak2. Kamera aku jugak comel kecik. Hehehe.
Dah amik2 gambo, makan. Lama gak nk tunggu makanan. Tapi sbb reramai takde la rase lama sangat. Makan puas la. Banyak la aku rase. Kire ok la. Alhamdulillah....
Dah abes makan, takleh sembang lame2 sbb kat Muara tu ramai orang. Dok tunggu turn. Kami pun beransur bergerak pulang. Oh, makan tu tuang2 sorang RM30, tapi later ade belen dalam sorang RM3-4 centu. Semua tanak amik balance. Last2 decide yang Baki tu semua akan dimasukkan ke tabung utk Gaza. Moga bahagian kami yang sikit ni ade sumbangan nye pada mereka, Amin.
Tapi sedeyla sbb aku dah takleh nk sharing2 gambar2 aku (buat sementara ni, tp tak tau la sampai bila). Al-maklumla, aku skrg online pakai laptop mak. Dah instal YM and mozilla pon kire ok. Kalo aku nk install photoshop plak, mau mak aku bingit nnt.
Btw, secara overall aku suke hari ni, walaupun awalnye pagi td aku ade sindrom malas2 nk kuar umah (kalo cikgu adi tak call, mau malas sampai ptg kot). Lately ni kan agak2 havoc sket schedule dgn keje dll, jadi weekend tu mmg sokmo je malas. Hari ni, dpt streetshoot, dapat sunset, dpt portraiture, dpt silhouette, dpt couple shot, dpt food photography (ni suke2 je layan sendiri), dapat makan dan dapat bersosial. Kan mcm2 dlm satu tu. huhuhuhuhu.
Pening2 dah kepala aku layan ngadap matahari. Pinau rasenyer. Mau restkan mata. Oh, nyanyi lagi Alif sket...
Hingga hari esok kembali lagi...
Tambahan di pagi hari
Aku nak 5D MII plissss!!! gile babas mabeles video die.
Untuk Kawan2
Ya... Puan Fynn kita. She's a soulful person. :)
I've gone through friends issues yang aku hadap lately, and aku dah tanak pk dah. Kat blog LadyNoe jugak ade ceta pasal backstab. Yang pastinye, aku rase dan rase mcm2 bile aku jejak blog perempuan jomblo tersebut. Huhuhu.
Dari dulu, aku paling kurang senang bila dikalangan teman2 yang rapat ada yang mengata teman lain dibelakang. Dulu, waktu aku mula rapat dgn Minah dan Latipah (bukan name sebenar), aku masih ingat ada sekali Latipah tiba2 buka cerita kurang senang tentang Minah. Pasal org kata die psycho la, gile la... hey, korang berkawan dulu sblm aku mula berkawan dgn korang, tp kenapa ko bley burukkan Minah plak dkt aku? Makin lama die makin berani ceta mcm2 pasal Minah kat aku. Sampai skrg aku masih baik dgn Minah. Dan aku tau sape sbnrnye yang psycho dan gila. Hahahaha.
Aku tau, even tak disampaikan secara direct kepada aku, bahawa ade yang 'talk behind my back'. Aku tak suke nk ckp backstab, coz it's a bad bad word. Korang boleh cakap ape2 aje yang korang suke tentang aku.Aku suke sgt ke org tu? aku tak suke sgt ke korang bersama? Asal aku nk terasa sgt? Hakikatnye ape yang benar, aku tau, tu paling penting.
Friday, January 9, 2009
lappy rosak dan streetshoot
Esok mau join Cikgu Hadi streetshoot di Klang. Yeah, Klang Bandar Di Raja... tapi kami mcm mau shoot jalan tengku kelana. Jadi Bandar Klang Bombay la.. ke madras. whatever la. Then nk g Muara, melantak seafood sambil enjoy scenary. Tapi aku tatau nk g Muara or not. Tgk la mcm mane esok.
Ahad, si adik gedik mintak tolong buat portfolio die, nak hantar ke Media katanya. Hm.. InsyaAllah.. harap larat la. esok mcm havoc je kan. Monday nk keje plak tu.
Tadi makan Wendy's. Ade kupon diskaun. Sape mau kupon diskaun utk wendy's, sile beri saye email. Eh, wendy's ni amerika punye ke?
Apa lagi. Tu je kot. 2-3 hari ni byk gossip plak dpt. Hadeh, kawan2 ku, ku doa mu2 sekalian bahagia dan sejahtera la. Pikirkan lah yang terbaik untuk diri masing2. Masa depan ni susah nk cakap kan?
Oh, kelas akan start minggu depan. Minggu ni masih boleh menjoys!!
Thursday, January 8, 2009
Happy birthday Cik Yan!!~
Tghari td makan dgn azu kt lot10, makan tepanyaki. Aku rase tak lama lagi Mr Tepanyaki boleh tukar nama jadi Mr Tandoorayaki. Hahahaha. Gelap2 je staff2 die semer. Yang kaler coklat pon takde dah.
Puas aku carik walnut, takde jugak. Aneh btol la, 2-3 hari ni merata aku carik takde. Ari tu la, Kak Aishah n Kak Rosni kasik aku duit soh buat brownies. Tapi asyik tak jumpe walnut, buat brownies kosong je la. Taruk choc chip and tabur almond nipis2 tu sket kt atas die. hehehe.
Td masa baru nk kuar opis dgn Kak Aishah (aku slalu tumpang bos aku ni sampai area cm), Leen call. Die ade dkt2 area opis aku, mau ajak aku balik same la. Aku plak dah plan nk beli selendang baru, smlm nk g tapi Leen ajak lepak. So td aku g gak la beli selendang. Mula2 nk jumpe Leen kat jln tar je, tp Leen kene g Tun Razak plak dulu. Aku... pk2.. takpelah. Susah die nk tempuh jam masuk kl balik amik aku, lps tu nk g opis die, nak anto aku balik lagi. Aku ckp takpelah, nnt kita lepak lagi la. Tapi tu la, kalu tak merase gak naik siris2. Brapa series u bawak ari ni? ke series 405? Muahahaha.
Balik rumah tgk wan ade. Anak die Haikal dah setahun lebih. Pantang nampak benda bulat, bola. Buah ke bawang ke semua bola. Tadi si achik dok la ckp limau limau. Die cakap bola jugak. Funny, and comel btol la bile die sebut 'bolla' tu. Lps diorang balik aku layan la Rona Roni Makaroni kat 104. Skrg dah mcm takleh miss nk tgk. Gandingan Bront Parale dengan Amani tu bes la. Aku suke derang since ceta Sin.Dar.Ela lagik. Tapi watak Amani lain sket dlm ceta ni. Mcm mak die rupe die ikat skaf mcm tu. Sengal. hahaha.
Tapi.......
Lps ber Rona Roni Makaroni sambil memicit2 dan mengurut kaki ayah, aku kengkonon nak try recipe brownies lagi satu, chewy katenye, aku save dlm lappy. Uwargh!!! Aku takleh on lappy aku!!! Mcm2 dah try takleh bukak gak. Mcm mau nanges dah. Aku pinjam la lappy mak, kene la install segala mak nenek ym mozilla sbb lappy mak ni takde pape dalam. Tensi2. Ya Allah, murahkanlah rezeki aku, boleh aku repair lappy aku tu. Ape ke hal nye ntah. Naik la lagi banyak2 DIA aku, boleh gak jual sket (aku noticed market naik sket skrg. menurut sumber dipercayai, sbb nk chinese new year, diorang nk push market sbb nk duit). Haih... Lappy... Kalo mlm ni tdo pelok die, esok die benti majuk tak?
Aku tgh tunggu brownies masak, sambil belai wajah dengan Holistic Bath. Hm.... cepat la masak, aku mau titun......
Wednesday, January 7, 2009
Lepaking session
Sampai lrt kj trus jumpe leen. Tukar plan, mau lepak same kawan leen di hartamas. Punye susah mau carik parking sana. Kitorang makan kat ade satu vietnamese bistro. Ape name tak ingat.
The food was yummy. Squid salad paling mabeles. Pineapple juice die mabeles. Vietnam springroll die not bad, tp springroll bikin sendiri paling best, ade daging. Tapi aku tak bikin sendiri sbb aku makan yang staff situ demo mcm mane nk bikin. hehehehe. Thanks Sam belanje makan.
Lama tak lepak dgn leen, dpt spend time mcm ni mmg bes. Even borak2 dlm keta, catching up, sampai sejam dok dlm kete depan umah aku. Bila ceta pasal sha, leen pon gelak je. We knew him very well. Bak kata Leen, "ala, lac (sha) tu biarkan je. Nnt2 ok la". ye la leen, abang u yang tertinggalkan mase perang jepun tu kan? hahahahahaha.
It happen to be in our friendship (me, leen n sha) selama beberapa tahun ni, it's always like that. Bila something happen, sooner or later it'll be back to normal by itself.
I'm a bit comfortable with my life lately. xde dah benda2 yang menyerabutkan kepala. Work gonna be bz shortly. Dah nk dekat payroll and kitorang kene pindah (again) dari tingkat 26 skrg, ke tingkat 14. Mula2 aku masuk keje pon kt tingkat 14, skrg balik tingkat 14 balik. And slps tu maybe ade pindah lagi. Haih.
K la... mau titun. Bes and kenyang makan2 sangat santiang!!
Tuesday, January 6, 2009
Akan Tiba - Alif OIAM
Selalu
mendambakan cinta namun tak kunjung tiba
Hatimu itu
Seperti apa yg ku mahu selama ini
Ertikanlah pagi ku yg kaku tanpa kamu
Kau ku cinta
Engkaulah yg ku puja
Tertunggu selama ini tak ku jumpa
Dengan mu ku di lamun indah
Ku harap cinta akan tiba di hati kita..
Lihat kamu
Tak ku sedari
Waktu dah mulai tinggalkan ku
Kau kau kau
Buatku lupa mengapa ku disini pada mulanya..
Ertikanlah malam ku yg sayu dingin tanpamu
Setiap hari bersama mu
Ku ingin selalu dekatmu
Ku hitung saat dan waktu
Hingga hari esok kembali lagi
*sapa tengok Rona Roni Makaroni sure tau lagu ni. I like very much! ala2 jazzy, mmg jiwa aku la.
Hari Asyura
(10 MUHARRAM 1430 , BERSAMAAN RABU 7 JANUARI 2009)
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
9. Bercelak
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala"
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca
"hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru"
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.
Mahu berkongsi
Sahabat2, teman2, para pembaca.
Aku tak pandai nak buat ayat, meminta jasa baik korang untuk sokong perkara ni. Tapi andai bisa kalian beri sedikit saja dari masa yang kalian ada untuk klik ke link ini dan tunjukkan sokongan anda, jazakallahu khairan katsira.
aku ade misi
hehehe
setakat ni yang tau misi ni ekin (ala.. yang aku sms tanye ko poyo2 ari tu) and budak2 opis aku.
hehehhehehe.
one thing i learn la, things kalo aku dok sebut, susah nak jadi.
so, korang tunggu je la. bile misi tu dah berjaya, mesti korang tau pnyer.
hahahahaha
poyo tol aku ni.
Sunday, January 4, 2009
Cinta Ini Membunuhku
Kau membuatku berantakan
Kau membuatku tak karuan
Kau membuatku tak berdaya
Kau menolakku, acuhkan diriku
Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Kusadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan
Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku…
Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Kusadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan
Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku… ooo…
Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku… ooo…
huuu… haaa…
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku…
Jalan2 cari pasal
Jadi, dok umah je la. Sangap lagi. Tapi ptg tu balik semayang jumaat, ayah ajak g ikea. Yeay!! aku mmg dah lama ajak g sana, aku nk ushar or bli tros katil idaman aku.
Kalau dah jalan2 dgn adik2 aku ni, tak sah kalo tak berfotogedik. Aku tak bawak Lola, malas mau bawak beg besar2. Bawak kamera kecik je. Amik gambar dlm kete on the way, tgh makan pon amik gamba. Hehehe.
Sblm masuk ikea g ikano jap. Mak nk g crocs, nk carik crocs butter. Org tu ckp mmg dah discontinue sales dah crocs butter ni kt mesia. Haih.. sedey ar. Die kate pakai shoe polish biase pun boleh. Nenanti ar aku try. Mak la beria2 nk crocs butter, nak kasik kasut die shiny miny mcm baru. hehehehe. Kat crocs ayah ade beli satu, venture canvas kaler khakis. Mak pun ade beli untuk makteh, malindi kaler chocolate. Kat situ die ade buat draw. Kalau beli 3 jibitz, boleh draw 1 jibbitz free. Ingat nk beli la, tp tgk design jibbitz yang ade kat situ takbes, tak jd la.
Kat ikea boleh tahan ramai orang. Katil tu aku tau, harga die dlm 400+. Tapi tilam die dlm 800+. Mak aih. Kalau tak beli tilam baru nnt tenggelam la.. sbb katil ni kena pakai tilam tinggi. Ouh, lupe plak. Katil ni jenis day bed kaler itam. Metal frame. Kalo korang g ikea tgk ar. ade 2 je day bed, satu putih (harga dlm 600+) and yang itam ni la. Haih... aku kene cari katil len ar gamaknye.
Aku ade gak amik a few items. Stool, saje nk buat jd ala2 side table, letak hp magz dsb, aku beli bowl and mug utk opis. dan Almondy. hehehe.
Dinner kitorang makan kt cafe die tu. Aku amik meatball 5 pcs je, sama mcm mak. Then brocolli extra. Tu pun dah kenyang gile. Achik amik meatball 10pcs, tp free sbb ayah swipe card member die utk redeem. Ayah n acha makan ayam ape ntah name die. tp sedap gravy die. Aku nak cari la recipe gravy meatball n cranberry sauce die tu. Sedap.
Aku ngan mak pakat2 nk share almondy 1 slice. Hahaha.. ending nye, masa balik kitorang beli bawak balik 2 pcs almondy tu. Dah abes satu, ade tinggal 1 lagi dlm peti ais. Santiang kalo ckp minang. Kami pun mmg suke daim, jadi mmg syok la Almondy ni.
Tapi paling best ari tu sbb aku dpt rasmikan jaket baru, hahaha. And aku tak kuar satu sen pon jalan2 n makan2 n beli2 barang. Thanks ayah n mak sbb belanje kitorang. Hehehehehe.
Aku suke ikea. Tgk design dapur die, dapur kecik pun boleh nampak spacious. Kalo aku dah mampu nk beli umah sendiri nnt, bley ar aku kayakan ikea lagi. Hehehehe.
*****
*edited demi keamanan sejagat. hehehe*
Aku rase aku nk tukar blog ni. Jadilah die blog yang sangat general. Aku taruk gambar2 aku, atau cerita2 yang happy2 je. Best jugak eh. hm....
Mase borak2 dgn angah die ade suggest kat aku, suro carik bf. Boleh tak jadikan cari bf azam tahun baru? Muekekekekeke.~*
Saturday, January 3, 2009
mari test iq
Friday, January 2, 2009
the sims 2 castaway - for psp
the game is quite easy, but u need to explore to know. The more u explore, the more plans is unlocked. Bagi aku, yang tricky dan aku lambat nk dapat dlm game ni ialah:
1. essemble radio transmitter n send sos
- ada 2 airplane dlm game ni. Dua2 kat second island. kat airplane yang first amik radio, kat second plane amik transmitter. kalau essemble kat tempat len, x dpt. cari tempat paling tinggi ie puncak everest, eh, puncak volcano.
2. mystery door dlm dark cave
- cari Llama throne kat third island. Dah dpt korang mesti tau pnyer.
3. beard beard's treasure
- dapatkan semua map. nnt korang tau la.
4. death daisy
- death daisy will grow on death sim's grave. get a sim killed, u'll get a death daisy. haha.
5. cheat
-ha, bab cheat ni suke la. aku pon sangat hepi lepas dpt cheat. hahaha. tapi kedekut sket. korang bley google untuk dptkan cheat ni. ade 3 je cheat yang bley dpt dgn uncle gnome, max crafting, max resources, all plan. Kalo ade lelain, tatau ar aku.
Lelain aku rase bley explore sendiri dgn mudah. kalo tak tau gak, google je. selamat khatam!!
Thursday, January 1, 2009
House warming wan@Setia Alam
Hari ni abang aku buat house warming, untuk rumah barunya di setia alam. Ni rumah Wan, nnt hujung bulan InsyaAllah rumah bangah pula (rumah diorang dkt2 je).
Alhamdulillah berjalan dgn lancar. Makan sambal tumis udang yang sangat pedas. Layan kerenah budak2 dan layan portraiture. Aku rasa, nnt dah stabil aku nk serius on portraiture, esp kids portraiture. Sangat suka.
Balik dari rumah wan kami singgah ke Tesco Setia Alam. Aku agak berabis duit kat sini (duit yang asalnya aku save utk semalam). Dah lama aku cari jaket besar, sesuai la dengan saiz aku ni. Jumpa!! muat, cantik, terus ambil. Tak mahu berkira harga, sekali sekala spend untuk diri sendiri. Lain2 aku beli card reader utk CF card aku dan stok bateri utk speedlite.
Sepanjang malam smlm (malam menjelang masuknya 2009), aku berym dgn Angah, kawan yang kuanggap bagai abang. Penasihat dan pendengar bila aku dihujung buntu. Bukan sbb dah abes buntu baru mau cari, tapi mmg resam aku jarang meluah. Kalau dah meluah tu, dah tak tertahan dipendam la maknanya. Atau ketemu teman yang rasa sangat selesa mau berbicara. Mmg dah mcm tu peel aku.
Berampur baur cerita kecewa smlm. Rasa terpinggir dan out of place. Janji mahu saksi bunga api tapi akhirnya ke lain, dipinggir lagi. Cuba mau kawan sama kucing2 parsi berbulu kilat terjaga, tapi mana mau dibiar bulu2 mereka terpalit lumpur yang aku bawa, atau mungkin tak sesuai mau berkongsi makanan mewah disantap saban hari. Tak kurang si belang yang bertahun menjadi teman sejati, terus senyap lepas dapat yang dicari. haih.~*
Sedar aku sekadar bergaji yang tahapnya miskin kalau mengikut statistik yang disediakan kerajaan. Kerja lebih masa menjadi wajib untuk menampung hidup dan hutang. Mak ayah pula jenis suka biar kau belajar hidup, hanya bantu hanya bila terdesak dan sangat perlu, tidak pernah pun bermewah dari kecil. Haih.. aku ni macam kucing aku si Meow. Mata hanya satu yang tinggal, pipi berbekas luka di patuk ular, bulu2 gugur dek asyik dibuli si kucing2 parsi yang gemuk2 tu. Biar la.. walau banyak kekurangan, aku penuh kasih sayang. Siapa mahu? mari, aku bisa beri. *hehehe*
Tak apalah. Aku sentiasa percaya adanya Tuhan. Allah wujud. Setiap yang Dia tentukan, ada asalanNya. Aku bisa jadi pesimis waktu ini, menerima ketentuan dengan jiwa sebal. Tapi nnt aku akan optimis semula, dan mula nampak dan nikmati bahawa rahmatNya sentiasa ada. Kalau bukan sekarang, nanti2 pasti ada.
Rindu la angah. on ym buzz orang tau.~*