Hari ni sampai opis sedang2 elok. Tak lambat, tak cepat. 9.05. hehehehe
Kerja mcm biasa. Masih sedikit bz. Waktu lunch aku ke Lot10. Temankan Kak Rosni bank-in check MD, lunch sekali dgn Azu. Seronok juga dpt borak2. Dah lama tak lepak2 begitu. Masa nk balik ke opis sempat singgah di KLiK, tanyakan tiket untuk World Marching Band Competition. Adik tu kata hanya dijual di Stadium kerana event sudah mula. Cheh.
Kamis, bos ku, kasik 2 tiket wayang, nonton Legend di Cathay Cineplex kat damansara. Jam 9.30 malam esok. Aduh, mau nonton sama siapa? Leen kerja, jauh plak tu. Harus bodek Ayeh.
Waktu balik, rasa2 mcm malas mau pulang terus. Ajak Ayeh makan, dia mahu pergi kerja pulak. Jadi, aku decide g sushi king, makan je sorang2, ape bley buat. Menarik juga sepanjang perjalanan berjalan kaki dari Menara Boustead ke Low Yatt.
Aku terserempak dgn sorang mamat yang aku pernah terserempak masa RANtAi last year, dan ada dlm ms. Tp tak pernah bertegur, jd aku buat bodo. Kemudian, di siarkaki tepi Sg Wang, seberang jalan nasi ayam tu.. ada lelaki pengsan. Aku tak tahu sawan atau apa.. tapi terlantar.. dan sudah ramai mengeremuni. Aku tak perlu la tambah sesak lagi kan, terus saja jalan ke Low Yatt.
Nikmatnya dpt unagi setelah sekian lama tak g Sushi King. Sempat sambar membership kad sblm bayar, diskaun sket. Lps makan, jalan2 sekejap dlm Sg Wang.. mcm busan pula. Lagi pun mau gegas pulang, mau nonton Anak Pontianak. Hehehe..
Sampai rumah tepat2 saja masa. Tgk Anak Pontianak sampai habis. Aku suka tgk lakonan Fynn Jamal, watak Hasni dlm drama tu. Bukan bias sebab dia kenalanku, tp mmg lakonan dialah yang menghidupkan drama tu. Kalau nk harapkan Mia tu, kayu. *this is a very personal view. tidak melibatkan sesiapa yang masih hidup, mahupun yang sudah tiada*
Kepala sangat sakit, telan lah panadol 2 biji. Upah adik lelakiku bersihkan kipas yang dah berhabuk kian tebal.. dan skrg sedang online sambil YM dgn Ayeh. Sakit tengkuknya makin teruk. Hm.. esok g urut ya syg.. hehehehe..
Oh, ya. Din kata laptopku siap esok. Wan, abangku, kata dia mahu pick up dr shah alam sendiri. mau guna agaknya. Baguslah.. kalau tak mau berzaman nk dpt semula. hehehehe...
Sekian lah.. mahu burn cd untuk Ayeh.
Berserah
-
Diam itu
adalah kesepian
menyimpan dendam
Jika sengsara
nyatakan saja pada dunia
kerana Dia ada
berserahlah padaNya
*ashraf ishak5:44 Petang 22HB Disemb...
2 hours ago
1 comment:
salam ziarah...org baru ye dik...x pe,teruskan...akak pon arg baru...
Post a Comment