Saturday, May 31, 2008

tambah la lagi

Aku putus cinta, bos makin bikin stress, kerja makin banyak, financial kian sempit (bukan apa, sbb aku dah mula investment baru, kene amik masa juga nk cope dgn limitasi kewangan skrg sblm investment tu mendatangkan hasil). aku sakit, demam selsema sampai 3 hari mc.. bersambung sabtu ahad ni, dan masih sakit kepala.

Hari ni

Aku berjaya meng kemek kan kereta aku. depan side kiri, lampu abes. Bapak aku kata 'habis sebulan gaji ni'.

mampus.



lps satu2 lah. tak cukup lg ke life aku dilelahkan mcm ni. penat la.

bantuan... plisss.. tttrrrtt ... tttrttrrr....

Wednesday, May 28, 2008

haih

kalau boleh bergaduh, nak je aku bergaduh. tp malas la.

kalau boleh memaki, nk je aku maki. tp bukan resam aku.

kalau boleh mati, mau saje aku mati. tp amal blom cukup nk jadikan bekal.

kerja makin menyakitkan. rumah makin menyempitkan. kawan2, malas mahu cerita lah. bersempit2 lah kau sorang2 kt situ. dtg nya mereka hanya waktu dompet kau keras dgn nota bernilai RM atau waktu jiwa mereka terluka.

aku rindu ketenangan yang aku rasa masa aku bersama ayeh. pressure dn family, aku ade penenang jiwa. tekanan dari bos, dia bawa aku jalan2 tgk neon kota.

tp bila aku hilang dia, lg2 bila dia boleh kata.. paling happy waktu kami friends. mmg aku rasa nk memaki. obviously aku ni selama ni even waktu bersama sekadar bukti kemampuan dia. punya wanita yang menyintai dia sepenuh hati. dia tak ingat kot mcm mana kami mula, bagaimana ia berkembang. sbb waktu kami friends itu, kami tidak kerap berhubung pun, apatah lg keluar sama2. f#*@k la!!~

skrg aku rase takde makna. tiada erti.

paling aku benci sbb waktu aku mahu cari kekuatan.. dengan berharap bukan aku sorang je yang rasa seteruk ini, dia lempar kata bahawa aku ini dewasa, dan waktu paling bahagia bg dia adalah waktu friends itu.

bagus la. mmg terangnya aku ini hanya bahagia sorang2, syok sendiri sepanjang waktu yang amat bahagia aku rasa. bodoh siti bodoh!!!

tolol kan aku ni?

Monday, May 26, 2008

i really need...

ntah. tatau. letih la. please come and rescue me. brrttt ttttrttt ttrttrt..

buddies part 2

Ekin

Aku kenal Ekin dr skolah rendah. Masuk asrama form 1, masih sama sekolah dgn ekin. Kami masih berkawan baik sampai skrg.

Even unlike sha (kawan yang dah lalui mcm2, kenal luar dlm), die la kawan dr kecik yang masih rapat dgn aku. Slambe je minah ni, and she'd just lost 12kg in a very healthy way.

Td die kidnap aku, dr pagi sampai dh nk dekat maghrib baru sampai rumah. Hahahaha.. padahal g Bukit Tinggi je, dlm Klang je lg.. blom lg kalo sampai KL.

Dia bawa aku g Fitness First, Besh, aku ala2 jatuh chenta dgn Fitness First. Tgk la.. setel problem2 aku... masalah2 aku.. maybe aku akan try FF. She showed me the rigth way to workout... functions of each machine. bes. And i found a better way to release my stress. Hm... :D

Lps workout layan fussion kat Black Canyon. Then lyn Indiana Jones. Abes tu beli Big Apple, sempat lg g Tesco shopping sikit2.. baru balik. I had a day. A great one. Many thanks Ekin... right timing.


Aksi sengal Ekin

buddies part 1

ok... entry ni tribute utk 2 kawan baik aku ni (Leen jangan terasa eh, nnt i jumpe u.. kite amik2 gamba.. i wat entry utk u plak. hehehe).

No 1. Sha

Well, we'd been kawan for past few years (dkt 3 tahun gak kot). We'd been through so many things, dr kecik2, sampai ke sebesar2 hal... it really test the strength of our friendship. I bet, tak ramai friendship yang boleh survive things that kitorang had been through. Aku pernah 'lari' dr die selama 6 bulan. Langsung tak bertegur. Langsung2. Aku tukar no hp. Ym tak layan, pm tak layan. Senang cerita mmg langsung2 tak. Gara2 perihal perempuan ketiga. Aku frust menonggeng gile babas pasal mamat ni. Senang ceta, mmg sgt2 byk benda yang jd dlm friendship kitorang.

Aku ingat, aku pernah jumpa dia, dan wktu tu kitorang g jumpa kawan dia. Dia kenalkan aku pada kawan dia as bestfriend sha.. "ni besfren sha. zya ni tau semua pasal sha tau". Wah, bangga aku masa tu. FYI, sha ni.. even die mmg sgt2 la friendly dan manis mulut, tp tentang personal life die sgt2 secretive. die mmg tak share dgn org. die sgt2 susah nk percaya org. Rapat la mcm mana sekalipun, mmg tak la die nk share benda2 personal. But he shared seriously lot dgn aku. Same with me, masa kitorang sgt2 rapat tu, aku pon tak ingat sebarang perkara tentang aku yang die tak tahu.

Aku ingat.. ade satu time tu.. kitorang berbaik balik lps aku 'merajuk' 6 bln (mmg gile2 frust and sakit hati masa tu)... sha ada ckp dgn aku. mcm mana gado pon, balik2 kita akan baik balik dgn org tu. kawan sejati kan.

Sha ni, mmg gile kentang la. kalau korang tak tahan, mmg jangan dekat n kawan dgn die. 1, mmg sgt2 mudah utk rasa senang n syok kt sha ni. serious. 2, kalau hati tak cukup tegar, senang sgt calar balar bila kawan dgn die. secara serius, aku sgt2 byk bersabar dgn die. tp, die kate... bukan sabar, faham... hm... correct indeed... faham.. n kenal karaktor die. n tau, jahat mcm mana pun.. apa pun die buat... ada byk yang special pasal die.. yang aku akan kenang n simpan. I can say he's the bestest buddies i'd ever had. no matter how painful die pnah treat aku, but time tu aku je yang tak paham. skrg aku dh paham.

Sha, zya sgt2 harap kita boleh baik mcm dulu. baik yang sgt2 baik. jarak tu never jd penghalang friendship kita kan? byk yang kita lalui, terlalu byk... i hope, i wish kita akan stay kawan baik, dan moga sha tak dpt lg gf yang.. well, u know. she really ruined our friendship dulu kan? dun ever let it happen again.

hmm.. ni la sha...

(sengaja taruk gambar ni. gambar lama. misterius la konon. hahahha)

Sunday, May 25, 2008

Tapi Bukan Aku

aku dgr lagu ni. trus bercucuran air mata aku. aku terasa sgt2 mcm Ayeh nyanyi lagu ni utk aku. Uwaa...... kacau sungguh.


KerisPatih - Tapi Bukan Aku

jangan lagi kau sesali keputusanku
ku tak ingin kau semakin kan terluka
tak ingin ku paksakan cinta ini
meski tiada sanggup untuk kau terima

aku memang manusia paling berdosa
khianati rasa demi keinginan semu
lebih baik jangan mencintaiku aku dan semua hatiku
karena takkan pernah kau temui, cinta sejati

reff:
berakhirlah sudah semua kisah ini
dan jangan kau tangisi lagi
sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
sejuta kata maaf terasa kan percuma
sebab rasa ku tlah mati untuk menyadarinya

semoga saja kan kau dapati
hati yg tulus mencintaimu
tapi bukan aku


*aku tatau knp. Maybe sbb aku makin byk problem dan kesempitan skrg. I barely breath, and i hate myself for the fact that I can't adopt to this kesempitan. Byk sgt, mcm2 benda masuk sesakkan pale utak aku dlm masa yang sama. And aku takleh nk pk nk setel macam mana, and yang mana satu nk setel dulu sbb semua nak kene setel cepat cepat cepat. Uh, bley gile aku. Hampir gila, hampir2 hilang pertimbangan kewarasan. Tp aku masih disayangi.... aku cerita lepas ni, aku akan post 2 entry, tentang kawan baik aku, dan childhood friend aku yang tiba2 dtg gicing aid in time of i really in need of moral support. Thanks sha, ekin... u know how much i love u guys. Cerita dan gambarnya next entry ya. :D

Friday, May 23, 2008

hm...

i hate myself. pronto.



*mood aku...hm.. malas sambung la.. mau mencarut je ni.

Thursday, May 22, 2008

while waiting...

hm... sementara tunggu bola start, teringat ade org tanye resipi nasik kerabu. adeh, aku ni jenis antik sket bab masak2 ni, men campak... tak tau la sukatan ang btol2. lebih kurang ceni la (kalo korang pandai masak, sure bley campak2 gak. tp kalo tidak, susah sket ar.. jangan campak kusi plak masuk periuk tau).



nasi

beras (ikut suke nk masak berapa pot)
serai sebatang
daun pandan
air perahan bunga biru (ade org tak suke rasanye, taruk pewarna biru pon bley je)
air (ikut sukatan beras mcm biasa)

*masak je nasik macam biasa tapi masuk skali la semua yang diatas tu.



serunding kelapa/ikan

kelapa parut (hari tu aku buat sebiji)
serai (lebih kurang 2 btg)
bawang merah (agak2 2 biji yang besar)
bawang putih (dlm 4 ulas, tp aku tak suke sgt, aku pakai 2 je ari tu)
ikan (kembung ke mabung ke, byk gak la... dlm 1/2 kg lebih skit)

*goreng kelapa mcm nk buat kerisik. tp jangan hitam sgt. ala2 golden dah, angkat... tumbuk kasik halus sikit (kalau kelapa nye kasar2).
*ikan tu perisi kan. Ada org bakar atau rebus dulu ikan nya. Tp sbb aku pemalas, aku perisi kan masa raw2, then masuk blender skali dgn bawang n serai. kisar halus.
*goreng tanpa minyak semua bahan kisar td. bila nampak dah agak2 kering, masuk kelapa td. masukkan garam gula secukup rasa. bila dah agak2 kering tu, angkat la.



Kuah kerabu

ikan (byk2 bes. lebih kurang byk mcm nk wat serunding gak)
serai
bawang besar
bawang putih
santan
cili boh sket

*masukkan je semua bahan dlm periuk. kacau sampai pekat. taruk garam gula secukup rasa.
*ade tips ni. kadang2 kita takut santan tu pecah lemak, kuah tak cantik kan? dun worry, bila kuah dah masak, biar sejuk sekejap. bila dah sejuk sikit tu, masuk je blender. blend kasik kuah jd smooth. dah cantik kuah tu. (bukan gambar je boleh edit paka photoshop ok, kuah kerabu ni pon bley. hahahahaha)


air lada

7 biji cili padi
limau nipis
lada hitam kasar (byk2 pun takpe, ikut selera)

*blend semua bhn. tambah garam gula secukup rasa.


solok lada

cili hijau - buang biji (cari cili besar2 sket
kelapa parut - dlm suku biji lebih sikit je
ikan - perisi, dlm 1/2 kg lebih kurang
bawang besar
bawang putih
limau nipis
santan

*kisar kelapa, isi ikan, bawang2. perahkan limau nipis. garam gula secukup rasa.
*sumbatkan bhn2 td dlm cili yang dah buang biji tu.
*masuk dlm periuk. rebus dgn santan.


ape lg ek.... hm....


Daging bakar

daging
sos tiram
gula
garam

*daging hiris nipis2
*perap skjp daging dgn sos tiram
*taruk gula n garam secukup rasa. actually, garam boleh buat daging jd liat n tak sedap. so, very less garam, ganti dgn sugar je.
*bakar. aku tak bakar atas api direct pun. masuk dlm kuali non stick, tutup.. time to time balik2 kan.. sampai daging masak (kering n tak liat)


ok, lain2 tu biasa lah... sayur2 nya kobis, taugeh, daun selom, bunga kantan. Aksesori tambahan ikan masin bulu ayam tu, ada org suka telur masin and ayam goreng. Lauk2 lain tu kire ikut selera lah.

Senang je kan? tp leceh la... tu je. :p


nnt2 free aku kasik resipi chicken chop and ice cream goreng plak. hahaha...


*hami, sile masak utk mak mertua ok. prektis ok!!~ miahahaha

sebulan berlalu

hm... genap dah sebulan aku single semula. Aku rasa cukup kot tempo sebulan grieve period untuk aku. Life must goes on, with or without him. And must be better. I always can do better. Hehehe. Tapi jangan marah bile sesekali ter dtg emo tu. huhuhuhu.

Esok InsyaAllah Lola dpt speedlite baru. Alhamdulillah rezeki. Aku mohon Tuhan permudahkan urusan aku... byk2 rezeki halal, insyaAllah...


tgh tunggu bola start. aku harap2 celsik menang sbb aku tak suke MU. bwahahaha!!~


Larut - Dewa

Mungkin aku pernah juga merasakan cinta
Tapi tak pernah seindah ini
Mungkin aku juga pernah merasakan rindu
Tapi tak pernah sedalam ini

Mungkin kamu takkan pernah percaya
Bahwa sesungguhnya Aku telah terjatuh

Kuakui aku telah larut
Larut ke dalam, kamu, yang ku cintai


*masa awal2 bercinte, die tujukan lagu ni kt aku. adeh.~*

Tuesday, May 20, 2008

the ym

got a very great ym conversation with this guy tonite. Well, i dun really know him. We just coincidently being in each other's list (tatau mcm mane leh jd centu). Mcm2 kitorang borak, starting from the small gegaran to Ayeh. He gave me a few words yang really make me feel.. hm.. much much better.


pixelparty2000: pada pendapat i..
pixelparty2000: i org dah kawin.. ok
Siti Mansor: ok
pixelparty2000: and i'm not flirting also..
Siti Mansor: ok
pixelparty2000: marriage is not about cari yg sesuai
pixelparty2000: but learn how to accept and living each other to the most
pixelparty2000: no matter what.. most of it about sharing
pixelparty2000: sharing hardship
pixelparty2000: sharing kesenangan
pixelparty2000: sharing tears
pixelparty2000: sharing laugh
pixelparty2000: tak kira apa background kita
pixelparty2000: that is marriage
pixelparty2000: so it is not about ready or not ready
pixelparty2000: ..
Siti Mansor: hm..
pixelparty2000: it's about accepting
Siti Mansor: u know what
pixelparty2000: camtu la kot
pixelparty2000: what?
Siti Mansor: i'm really thankful for sleeping late and chatting wit u here.. tonite
pixelparty2000: no big deal

Thanks bro. right timing we have here. sgt2 appreciate it. and also the tagline. :D

Sunday, May 18, 2008

mari masak2

ok. hari ni aku masak. stended la... bile tade ektibiti lebih berhasiat untuk dilakukan, aku pon start la pk nk menerai resipi dan juga memasak yang pelik2. hahahaha.

aku sbnrnye nk sgt masak kek. dah lama tak masak kek. tp sbb oven tu blom di install lagik, pandang sepi je lah. mak masih blom make up her mind mane nk install oven tu. Haih.. cepat la install... aku nk buat cupcakes ni. hehehhe.

so, hari ni aku telah masak nasik kerabu. Ada nasihat dr abg ipar aku (husband along, die org kelantan) aku telah memasak dan menjayakan nasi tersebut. Dah siap n testing, dia bley kasik 5 bintang!! Wah, terlebih sudah. hahahaha!!~ *bangge gile, first time try buat nasik kerabu ni*

ni la nasiknye (ni set untuk kasik jiran sebelah rumah aku)



k, nk tdo. esok nk ikut along g skolah imran ade hari sukan. nk amik gamba. hehehehe.

Friday, May 16, 2008

kenape la ni...

aku cuti half day. ntah. saje nk cuti. bosan dah keje kot. n maybe sbb 2-3 minggu kebelakangan ni weekend pun slalu full je.

Tp masalahnye...

Aku sampai rumah ptg td dlm kul 4.30 (mmg saje melewat2). Sampai rumah layan acha jd model lolipop la.. layan photoshop la...

dah pukul 9.30.. aku start rase bosan. aiseh. dulu bosan2 aku bley call or sms ayeh. ni, bosan. aku tatau nk wat ape. nk online pun bosan. nk main kamera pun tibe2 rase bosan. nak layan photoshop pun tibe2 rase sgt2 bosan n tiade idea. lalu jadilah aku mcm kera kene ketip kutu *suke2 aku je buat peribahasa*. keluar masuk bilik.. tgk org ktluar buat ape. layan rata lauk togeh along masak siang td. masuk bilik balik. bosan jugak.

wah.. boleh gile aku kalo bosan ceni slalu. adekah ini bermakna aku perlu selalu bz, sbb kalau tak aku bosan? tp bile slalu bz aku bosan juga sbb asyik bz. haih. tak paham ape aku ckp.

kemaruk!!~

tiap2 mlm balik keje mesti aku godek photoshop. Aku bley lyn ps ni tiap2 mlm sampai dah kul 1-2 pon tak perasan. hahaha.. gile kemaruk.

tp ok la. Aku rase since aku layan photoshop ni secara berleluasa, aku kurang pk pasal hati aku.. feeling dsb. Layan ps je... ps la bf baruku.. oh ai lebiu!! muah muah muah *lap2 air liur kt screen. sukati la laptop aku*

dulu, aku edit balik2 curve, vignette... typo sket.. mcm ni...




ni aku buat mlm td. baru siap.. fresh from oven!!~



skrg suda tau mcm mane mau buat mcm2. brushes masking jadah semua tu. heh, tau la org lain dah lame pandai. Aku baru nak belajar ok. dok sana diam2. suke ati aku la nk riak. hahahahaha!!~ *keji sungguh*.. ish, Alhamdulillah.. ilmu kurniaan Allah.. moga dpt lagi byk, Amin!!~ *sesenyum*

Huhuhu.. lewat dah.. nk titun... zassss!!~

Thursday, May 15, 2008

yeay... mari main...








Past few nights ni aku excited sgt nk balik rumah lps keje. Ni la keje aku, experimenting on creative bokeh. Untuk pengetahuan kawan2, objek2 berbentuk tu sebenarnya lampu ya. Boleh tgk sini http://www.diyphotography.net/diy_create_your_own_bokeh.

Ade idea tak, ape bentuk lagi yang nak dieksperiment kan? :D

Wednesday, May 14, 2008

Monday, May 12, 2008

tag cemut, ouch!!~

7 wonder of my world


7 RANDOM FACTS ABOUT ME:

1) gila gambar. bukan gile bergambar atau gile geleman. Ada paham?
2) not a morning person.
3) mesra alam yang perlu masa untuk warm up.
4) sehari tanpa internet bagai mlm tanpa bintang
5) ai manje tau tau tau... *dgn certain org je.. ehem...*
6) jenis pembelian dan pembelahan kini sudah beralih arah kepa ayang lebih mahal *dulu beli tishet, skrg beli lens. muahahaha*
7) aku baru putus cinta

7 THINGS THAT SCARE ME:

1) Allah s.w.t
2) mati
3) hantu
4) kehilangan org yg aku sayang
5) mak ngan ayah marah
6) gagal
7) gagal lagi.. cis!!~

7 RANDOM MUSIC AT THE MOMENT:

1) sempurna - andra & thebackbone
2) hanya kau yang mampu - aizat
3) cinta hampa - d'lloyd
4) biarlah - Nidji
5) negarakau - kau lah nyanyi
6) Asmaul Husna - kita nyanyi ramai2
7) bila nk saksi - spider (lagu tema ni dulu... skrg jd lagu kenangan. haha)

7 THINGS I SAY THE MOST:

1) bengong
2) kau
3) aku
4) i
5) u
6) saya
7) gile
*eh, things ke words? lantak lah.. suke hati aku la..

7 THINGS I TREASURE THE MOST:

1) family
2) my Lola
3) kawan2
4) my Reza
5) my Sabun. haha
6) my sanity
7) my sanity

7 “FIRST TIME” THINGS I EVER DID:

1) pegi sekolah - masa tadika 5 tahun
2) masuk asrama - mase tingkatan 1
3) masuk u - mase masuk matriks, tahun 2000
4) naik bas - umor 4 tahun.. ikut maknyah balik rumah mak die kat mane ek.. tak ingat la plak. Aku asyik main loceng bas sampai kene marah dgn driver (ala.. dulu2 loceng yang ring besi ade merah kt tgh2 tu)
5) makan sate padang - dgn Ayeh. hm..
6) naik eye on malaysia - tahun lepas, dgn Ayeh.
7) tgk wayang kat cineplex - tgk citer I Am Legend, dpt tiket free. Juga tgk dgn Ayeh.


*hahaha... ni je memori yang aku ingat skrg. Jangan marah arr...


Biarlah - Nidji

aku sudah berlari
mengejar yang tak pasti
mengejar kamu.. hanya dirimu..

kulantunkan hidupku
kubisikkan cintaku
hanya untukmu.. hanya untukmu...

tapi engkau terus pergi
tapi engkau terus berlari
jadi biarkanlah aku di sini

biarlah kurela
melepasmu, meninggalkan aku
berikanlah aku
kekuatan untuk lupakanmu

waktu terus bergulir
sakit tetap mengukir
jalan hidupku.. jalan hidupku..

berikanlah jiwamu
berikanlah cintamu
hanya untukku.. hanya untukku

tetapi engkau terus pergi
tapi engkau terus berlari
jadi biarkanlah aku di sini

kau jauh dariku
kau tetap menjauh dari aku.

wah wah!!~

Cinta Hampa

Ibarat air di daun keladi
Walaupun tergenang tetapi
Tak meninggalkan bekas
Pabila tersentuh
Dahannya bergoyang
Airpun tertumpah tercurah
Habis tak tinggal lagi

Begitu juga cintamu padaku
Cinta hanya separuh hati
Kau lepas kembali
Nanti di suatu masa
Kau juga akan merasa
Betapa sakitnya hati kecewa
Karena cinta

Bila kau lihat gadis yang lebih gaya
Cintamupun segera berpindah kepadanya

Tapi biarlah kau cari yang lain
Kan kau buat sebagai korban
Cinta palsu hampa
Nanti di suatu masa
Kau juga kan merasa
Betapa sakitnya hati kecewa karena cinta


*penat penat penat. seronok gak jimba2 dgn kenkawan lama. Dah lama tak jumpe geng jenayah aku mase skolah dulu (si Zamzill, ekin die noob. hahahaha). bes gilak wes, mengenang kembali nostalgia mase sekolah2 (mcm aku buat dulu.. hahahaha). Esok kene masuk keje kul 8.45am. Mau tdo la.. da!!~

Sunday, May 11, 2008

ghairah berganda2.. tp tak klimaks2 juga

hahahaha.. 18sx sungguh entry aku kali ni kan? Miahahaha...

1. Kucing yang aku dan kakak adik aku cube selamatkan dah mati. Pagi tu juga, kitorang tgk die dah mati. Inalillah... tp ok la.. die mati dlm keadaan yang selesa, InsyaAllah...

2. Aku dah tau cane nk wat mcm2 benda guna photoshop. Hahahaha.. hepi nyer. hepi dan hepi lagi..

3. Aku rase, dlm 3 minggu kebelakangan ni, ari ni lah first day yang aku takde rase down sbb teringatkan Ayeh. Huhuhu.. mcm achievement besar je kan, padahal ape sgt la. Mlm td la, bile si Nubhan nk nyanyi lagu Aizat - Hanya Kau Yang Mampu, aku mcm nk teremo sket.. tp tibe2.. aiseh.. hancur la mamat!!! trus tak jadik emo aku. Hahahaha..

4. Esok nk g Kuala Selangor, wedding Gd belah lelaki plak. Nyambut menantu la kirenyer. Wah, lama gile tak jejak Kuala Selangor (tempat terjatuh lagikan dikenang kan?). nGee!!~

5. Aku tatau nk cp ape lg. Aku nk enjoice weekend ni abes2, sbb aku tau next week mesti aku sakit jiwa balik. Muahahaha!!~

*dah dah.. aku nk sambung donlod brushes. *gelak RM50*

Thursday, May 8, 2008

bday mira

Bday girl nyer tgk je.. abgnye yang lebih2



anak ayah... wan n haikal




pandainyer makan....


the food


sayang nye... eh, salah sayang ni!!~


5 May hari tu genap la umur Nur Amirah Najwa setahun. Bangah buat makan2 kat pangkin tepi rumah ni. Wah.. meriah sungguh. Seronok btol makan ramai2. Gila2 aku snap gamba2 budak2 comel2 tu. Huhuhuhuhu... (gambo2 di atas semua unedited. blom sempat n masih malas nk ngedit. hehehe)


Seronok makan ramai2. Meriah, walaupun makan simple2. ada pulak kek ice BR. wallawei.. mint choc chips.. my fav. hehehhe (rosak diet)



Hari ni plak, tghari td ade org blanje lunch *sengih 20sen*. Kak Suzi nk resign, die blanje aku makan kt Societe Lot10 (terbalik kan? patutnye org nk resign yang dibelanja. hahahaha). Aku makan ni...



nampak yummy tak? ade udang, ayam, ikan n kambing. jacket potato, corn and vege. Best, layan dgn air nenas. mabeles!!

Ari ni aku balik agak awal (kul 6pm). lari, hahahaha... lari dr ape.. jeng jeng jeng.. hanye bdk2 opis aku yang tau. hahahaha....

*sampai rumah td along dgn bangchik tgh tolong kucing. Dah tinggal tulang kucing tu, along kata masa dia jumpa kucing tu bawah van ayah, semut dah kerumun, masuk mata semua. Kitorang mandikan, kasik minum susu, kasuk dlm kotak, selimutkan. Harap2 kucing tu ok. Amin...

Monday, May 5, 2008

Sunday, May 4, 2008

sabar siti sabar....

Hati aku calar balar, lagi.
Smlm pagi, sekali.
Hari ni, baru tadi. lagi sekali.

Aku tak paham dah ape masalah org2 dlm rumah ni.

Dan aku selaku org yang paling tak pandai nk melawan dlm rumah ni, angkat punggung, masuk bilik, kunci, bungkam, nangis.

Ada satu org yang paham situasi aku dlm rumah ni. Dia dulu sering nasihat dan teman aku, minta aku sabarkan hati... lebih2 lagi bila pulang untuk berbuka di bulan puasa dengan angin saja sbb semua juadah buka dah habis. Orang yang boleh kasihani aku dan dodoi jiwa aku semula agar aku tidak menangis lagi. Tapi skrg orang tu dah takde untuk aku. Aku pernah harap dia akan bawa aku pergi dunia lain. Tapi kini takde dah. Palsu je harapan yang die kasik tu.

Aku tatau nnk buat apa. Takde solusi, tak nampak jalan pun. Sabar siti... Tuhan sedang uji...



*makin lama hati aku makin byk terperca. Apa je yang akan tinggal nnt?

Saturday, May 3, 2008

Kosong

Kamu seperti hantu
Terus menghantuiku
Kemana pun tubuhku pergi
Kau terus membayangi aku

Salahku biarkan kamu
Bermain dengan hatiku
Aku tak bisa memusnahkan
Kau dari fikiranku ini

Di dalam keramaian aku masih merasa sepi
Sendiri memikirkan kamu
Kau genggam hatiku
dan kau tuliskan namamu
Kau tulis namamu

Tubuhku ada disini
Tetapi tidak jiwaku
Kosong yang hanya kurasakan
Kau telah tinggal di hatiku

Di dalam keramaian aku masih merasa sepi
Sendiri memikirkan kamu
Kau genggam hatiku
dan kau tuliskan namamu
Kau tulis namamu



Esok genap 2 minggu kami putus. 2 minggu aku cuba ignore the feelings... try tepis all the memory. Yerp, most of the days berjaya. Aku bley layan makan2, layan jalan2, layan Lola etc etc etc. Tp ada jugak waktu yang aku sgt tewas. Ntah aih.. aku pon dah bosan dah mcm ni. Bukan korang je yang bosan baca aku asyik nk cerita pasal frust ni (aku tak paksa sapa2 baca.)

Hari ni setahu aku dia kerja pagi. Tapi mlm masih tak online. Gila.. baru aku tau, aku sbnrnye follow die, walau aku tak reply sms dia.. walau aku tak angkat call die (die tercall atau saje call aku tatau). Yang pastinya, bila tak nampak die online.. aku rasa dia makin jauh. Makin aku rasa lost. Aih, ntah lah...

Mebi die dah move on dgn life die.. maybe dah mula ngorat2 awek laen. Ntah la.. asal aku masih takleh nk buang die, n all our memories dr dlm pale otak aku.

Td siang aku g men bowling dgn wan, aida n acha (adik beradik aku dan kakak ipar). Acha tiba2 boleh ckp... "org teringin nk ade style sendiri men bowling.. mcm abg wan bola spin.. abg soleh siap ade brek.....". siot la adik aku ni. Perlu ke ingatkan aku pd die? Yerp, aku mmg sgt suke tgk skill die men bowling. Mcm cumel sgt, siap ade brek sblm baling bola tu. Dan aku ingat lg jari die luka mase men bowling (mase tu ade aku, die n acha je). aku siap amik kertas resit utk kesat darah tu (sebab tak jumpe tisu masa tu). Aku masih simpan kertas resit tu sampai skrg. Tak mampu lg nk buang barang2 kenangan aku dgn die.

Mmg aku patut move on. Tp aku perlu masa untuk redakan feeling dan hati aku yang sgt2 sakit. Mcm org demam, kena rest byk2 baru sihat kan? Telan ubat walaupun pahit, supaya nnt sihat spt sediakala. Jadi biarlah aku telan kepahitan ni semua, InsyaAllah nnt aku akan comeback. *senyum 20sen*

Aku hanya beritahu along dan acha pasal kitorang dah putus. Aku blom nk bgtau mak sendiri. Aku tanak mak pk aku tgh frust. Nnt aku jd sgt2 fragile. Biarlah die tatau. Tp bila org tanye, bile kawen nye, payah gak aku nk jawap. "InsyaAllah... ade nnt, ade lah.."... tu je yang aku bley reply.

Esok kawan aku kawen, kawan sekolah. Aku akan jd unofficial photographer.. miahahaha... nk charge battery dan nk tdo.. zasss....

*doakan jiwa aku cepat2 sembuh ya kawan2... luka kali ni sgt dlm.. aku pun tatau mcm mane nk handle*

promo



hehehe... hari ni aku beli 2 benda ni. gatal2 tangan, sesambil practice edit2.


Thursday, May 1, 2008

mula2...


baru2 belajar editing. :) komen plissss....

taww t aww ta www

1. Give me a nickname and explain why you picked it.

2. Am I lovable?

3. How long have you known me?

4. When and how did we first meet?

5. What was your first impression?

6. Do you still think that way about me now?

7. What do you think my weakness is?

8. Do you think I'll get married?

9. What makes me happy?

10. What makes me sad?

11. What reminds you of me?

12. If you could give me anything what would it be?

13. How well do you know me?

14. When's the last time you saw me?

15. Ever wanted to tell me something but couldn't?

16. Do you think I could kill someone?

17. Describe me in one word.

18. Do you think our friendship is getting stronger, weaker, or staying the same?

19. Do you feel that you could talk to me about anything and I would listen?


*kalau sayang saye reply taww....

benci lah

Aku baca balik blog aku. Mcm2 aku jumpa. Lama dah rupanye relationship kami mula goyang. Tapi aku cuba nk selamatkan.. cuba dgn sangat kuat, sabar dan tabah. Tapi, tak boleh selamat jugak.

Makin aku tak percaya alasan masa depan aku tak indah kalau dgn die. Alasan sbnr adalah diri die sendiri. Susah sgt nak ngaku kan?

Ayat ni yang aku tersentap bila baca balik...

"Tahun ni juga aku jumpa insan yang aku paling sayang. Mohd Soleh aka Ayeh,lelaki yang mnerima aku seadanya, sabar melayan kesengalan aku, dan yang paling penting, tidak mengambil kesempatan diatas kelemahan aku (sebab aku dah selalu sangat jumpa lelaki yang suka ambil kesempatan.Mentang2 aku hati tisu). Die yang jaga aku, bila aku dah start nak ngarut2, kene marah. Hehehehe. I can say he's my guardian angel."

... tp my guardian angel had broke my wings and my heart. How could he.

Liverpool kalah. Benci lah. Mlm ni mlm yang sangat benci.