hm... sementara tunggu bola start, teringat ade org tanye resipi nasik kerabu. adeh, aku ni jenis antik sket bab masak2 ni, men campak... tak tau la sukatan ang btol2. lebih kurang ceni la (kalo korang pandai masak, sure bley campak2 gak. tp kalo tidak, susah sket ar.. jangan campak kusi plak masuk periuk tau).
nasi
beras (ikut suke nk masak berapa pot)
serai sebatang
daun pandan
air perahan bunga biru (ade org tak suke rasanye, taruk pewarna biru pon bley je)
air (ikut sukatan beras mcm biasa)
*masak je nasik macam biasa tapi masuk skali la semua yang diatas tu.
serunding kelapa/ikan
kelapa parut (hari tu aku buat sebiji)
serai (lebih kurang 2 btg)
bawang merah (agak2 2 biji yang besar)
bawang putih (dlm 4 ulas, tp aku tak suke sgt, aku pakai 2 je ari tu)
ikan (kembung ke mabung ke, byk gak la... dlm 1/2 kg lebih skit)
*goreng kelapa mcm nk buat kerisik. tp jangan hitam sgt. ala2 golden dah, angkat... tumbuk kasik halus sikit (kalau kelapa nye kasar2).
*ikan tu perisi kan. Ada org bakar atau rebus dulu ikan nya. Tp sbb aku pemalas, aku perisi kan masa raw2, then masuk blender skali dgn bawang n serai. kisar halus.
*goreng tanpa minyak semua bahan kisar td. bila nampak dah agak2 kering, masuk kelapa td. masukkan garam gula secukup rasa. bila dah agak2 kering tu, angkat la.
Kuah kerabu
ikan (byk2 bes. lebih kurang byk mcm nk wat serunding gak)
serai
bawang besar
bawang putih
santan
cili boh sket
*masukkan je semua bahan dlm periuk. kacau sampai pekat. taruk garam gula secukup rasa.
*ade tips ni. kadang2 kita takut santan tu pecah lemak, kuah tak cantik kan? dun worry, bila kuah dah masak, biar sejuk sekejap. bila dah sejuk sikit tu, masuk je blender. blend kasik kuah jd smooth. dah cantik kuah tu. (bukan gambar je boleh edit paka photoshop ok, kuah kerabu ni pon bley. hahahahaha)
air lada
7 biji cili padi
limau nipis
lada hitam kasar (byk2 pun takpe, ikut selera)
*blend semua bhn. tambah garam gula secukup rasa.
solok lada
cili hijau - buang biji (cari cili besar2 sket
kelapa parut - dlm suku biji lebih sikit je
ikan - perisi, dlm 1/2 kg lebih kurang
bawang besar
bawang putih
limau nipis
santan
*kisar kelapa, isi ikan, bawang2. perahkan limau nipis. garam gula secukup rasa.
*sumbatkan bhn2 td dlm cili yang dah buang biji tu.
*masuk dlm periuk. rebus dgn santan.
ape lg ek.... hm....
Daging bakar
daging
sos tiram
gula
garam
*daging hiris nipis2
*perap skjp daging dgn sos tiram
*taruk gula n garam secukup rasa. actually, garam boleh buat daging jd liat n tak sedap. so, very less garam, ganti dgn sugar je.
*bakar. aku tak bakar atas api direct pun. masuk dlm kuali non stick, tutup.. time to time balik2 kan.. sampai daging masak (kering n tak liat)
ok, lain2 tu biasa lah... sayur2 nya kobis, taugeh, daun selom, bunga kantan. Aksesori tambahan ikan masin bulu ayam tu, ada org suka telur masin and ayam goreng. Lauk2 lain tu kire ikut selera lah.
Senang je kan? tp leceh la... tu je. :p
nnt2 free aku kasik resipi chicken chop and ice cream goreng plak. hahaha...
*hami, sile masak utk mak mertua ok. prektis ok!!~ miahahaha
Berserah
-
Diam itu
adalah kesepian
menyimpan dendam
Jika sengsara
nyatakan saja pada dunia
kerana Dia ada
berserahlah padaNya
*ashraf ishak5:44 Petang 22HB Disemb...
1 hour ago
5 comments:
wahahahaha!
akan ku prektis kan!
mekaseh krn bekongsi resepik!
hihihi~
mak ai ....
payah nih
mau amik masa sehari suntuk nak masak
hehheehhe
:D
hami : sesamer. hehehe
lily : hehehe. tak la lama mana pun. kene plan la... mana yang bahan lebih kurang sama bley blend serentak. sambil2 buat tu, bley buat ni. hehehehe.
sedapnyeeeeeee ns kerabu
wiu wiu
*lap2 air lio
apa kata siti buatkan then panggil akak makan? uhuhuh..
kecur air liur tenguk resepi ni..
Post a Comment